Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, September 1, 2010

Double O Seven


Salam satu Malaysia pada semua pembaca dan peminat. Anda sihat? Anda mesti sihat kerana Malaysia memerlukan jasa anda dan sumbangan anda setiap hari untuk menjadikan Negara kita , negara yang cemerlang, Therefore kita kena sihat. Apa apa pun tak lama lagi dah nak Raya, demam nanti susah.

Masterji nak tanya, banyak dah beli baju raya? Huh! duit zakat jangan lupa ya.

Terimakasih pada komen yang di berikan termasuk sms berkaitan entri Cause you are so smooth dan You light Up my life. Entri You Light Up My life banyak dapat feedback yang baik. Entri Smooth banyak feed back yang gemar pada lagu nya.

Entri kali ini masuk babak sejarah sedikit. Berkaitan dengan James Bond. Maklum lah James Bond hebat bukan. Sampai kan Tina Turner dalam lagu dari filem Golden Eye , menyuarakan sambil berdendang,...
'You'll never know how it feels,...
"Other girls they gather around him, If I had him, I wouldn't let him out."....

Dahsyat nya jadi James Bond. Ramai yang gila dan minat. James Bond punyai gaya, rupa, kepintaran , pantas dan seseorang yang amat mengoda.

James Bond adalah satu satu nya filem atau scenario yang mencerminkan betapa agung nya seorang lelaki itu, betapa hebat nya lelaki ini sampai menjadi igauan ramai wanita dan betapa cekap nya lelaki ini menjadi ahli perisikan yang berjaya dan penuh bergaya. The Legend Spy, James Bond 007!

Siapa yang telah mencipta nya? Ucapan terimakasih dan tahniah pada pemikir dan penulis kreatif , Ian Lancaster Fleming. Beliau di lahirkan pada tahun 28th May 1908 dan pulang pada 12th August 1964.

Beliau yang telah menulis novel James Bond dan telah mencipta watak tersebut. Tahukah anda filem Casino Royale yang di tayang kan pada tahun 2006 ialah buku novel James Bond yang pertama dari pada Ian Fleming pada tahun 1953! Lama tu.


Beliau juga melakukan kerja kerja perisikan. Setiap pengalaman menarik di bukukan sewaktu aktiviti perisikan di jalankan.Beliau telah menulis kebanyak kan filem filem James Bond seperti :
1953:, Casino Royale,
1954 : Live and Let Die,
1955 :Moonraker
1956 :Diamonds are Forever
1957 : From Russia with love.
1958 :Dr No
1959 :Goldfinger
1960 :For your eyes only
1961 :Thunderball
1962, :The Spy who Loved me
1963, :On her Majesty's secret service
1964, :You only live twice
1965, :The Man with Golden Gun
1966, :0ctopussy and The Living Daylights.

Pada awal pengeluaran buku James Bond, sambutan tidak mengalak kan tetapi apabila pada satu ketika President John F Kenedy mengatkan salah satu buku yang diminati daripada senarai peribadi beliau ialah "From Russia with Love" telah membuatkan jualan buku tersebut hangat dan seterus nya di filem kan.

Walaupun beliau sudah tiada tetapi idea dan pengaruh James Bond tetap kuat. Mengikut statistik, filem James Bond tidak pernah pun rugi apabila di tayangkan. Mungkin bukan Box office semua nya tetapi ia berhasil.

Beliau mengambar kan hero adalah seseorang yang kemas, handsome, bergaya dan tidak selekeh dengan seluar jeans sahaja 24 jam, pintar, dan cekap. Dari Hero yang pertama sampai lah yang paling latest, tiada yang berjambang ataupun bermisai, mungkin bagi nya itu adalah mesti. Hero tak perlu ada misai. Harus kemas dan bersih pada pandagan nya. Berlainan dengan watak Charles Bronson dalam filem death wish, misai nya adalah sumber yang paling di geruni.

Apa pun kita harus belajar satu perkara dari beliau iaitu Ian Fleeming, Beliau menghasilkan sesuatu dar pengalaman nya sendiri. Beliau menulis buku. Menulis buku perihal apa dia tahu dan kepakaran nya. Maka kalau kita ingin berniaga, sebaik baik nya ia mestilah sesuatu yang kita ketahui dan pakar dalam bidang berkenaan. Berniaga benda yang kita tahu dan mahir boleh membuat kan berjaya. Melaksana kan perniagaan tanpa pengetahuan dan kemahiran, kita akan terlungkup dengan cepat walupun beribu rakan baik yang bisa jadi consultant perniagaan secara percuma. Jadi bagi sesiapa yang ada modal, baru dapat pencen, dapat VSS ke MSS ke atau apa sahaja wang tunai dan sedang fikir fikir nak buat business therefore berhati hati lah. Fikir kan apa yang Masterji cakap kan.

Kalau anda tukang masak sekarang, maka business yang baik ialah buka warung makanan atau restoran. Kalau anda bekerja sebagai tenaga pengajar maka buka lah syarikat consultancy , kalau anda seorang pekerja IT maka buka lah kedai IT.

Apa pun hidup harus ada tiang gol. Ian Fleming menjadi tugas risikan nya sebagai tiang gol yang berkesan. Beliau berazam dari awal lagi untuk membuku kan nya. Janji ada tiang gol!

Dengarkan lah lagu selingan James Bond dan ingat lah legenda Ian Fleming. Anda boleh dapat keuntungan daripada pengalaman anda! why not!



2 comments:

one said...

Salam masterji,

Dok puji mat salleh, jangan lupa Bond Malaysia - Jins Samsudin.
Promosi Barangan Buatan Tempatan

Noor Jahan said...

Wah dahsyat tajuk tu....sekali imbas baca tak dapat tangkap...baca kali kedua baru tahu....ooooo 0.0.7

Salam Master Ji.

Memang suka nonton citer2 James Bond ni....kebijaksanaan dia menyelesaikan problem, ketangkasan pergerakan dia dgn penampilan yg menarik. Tambah pulak dengan pelakon yg hebat....apalagi...
ternganga duduk kat panggung!!!

Penampilan penting...walaupun ada yg kata "don't judge the book by its cover". Pd saya the first impression itu penting....ia akan membawa kita lebih jauh!!

Berbalik pd 007, kalau tak silap saya M'sia ada gak buat citer ala2 James Bond dulu...tajuk saya tak ingat tapi pelakon dia Jins Shamsudin.