Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, March 20, 2011

Extra miles

Selalunya kalau saya berjogging, saya akan berlari sejauh 3 KM. Tak banyak tetapi bagi saya konsisten nya penting daripada langsung tak bersenam. Sekarang 3.5KM pasal dah kena mind change dengan Master Q, Pn Saniyah Kadir.

Minggu lepas , ketika membincang kan contents sebuah training program bersama Pn Saniyah Kadir, MasTer Q, saya ternampak satu nota yang disediakan oleh beliau mengatakan , "Walk Extra Miles A Bit/Do it A Bit More than Ussual
". Tolong explain sikit kata saya.

' If every Managers do extra a bit than yesterday, organization will be a bit better than yesterday, macam Masterji jogging satu hari 3KM, kenapa tak buat lebih sedikit seperti 3.5 atau 4KM ke?, kerana lebih banyak kalori yang akan terbakar , stamina akan bertambah dan paling penting masa terpakai dengan hasil yang berkesan". Alamak! Terus masuk dalam otak.

"Begitu juga kita bila bekerja , selalu nya kita mengikut rutin dan setakat buat sahaja, kalau sebagai pemeriksa kualiti mungkin kita disuruh memeriksa setiap produk di kawasan atas sahaja tapi cuba sekali sekala kita check kawasan bawah nya atau tepi nya mungkin kita akan jumpa kesilapan kualiti"Kata nya lagi.

"Begitu juga , kalau kita menjalankan ibadah dan amalan kebaikan dan agama, kenapa tak kita lebihkan sedikit amalan kita hari ini daripada semalam dan esok atau lusa kita lebihkan sedikit lagi tapi kalau dapat buat banyak lebih baik" Beliau Terus menerus berpidato.

"Cuma jangan tambah gula lebih sikit daripada hari biasa dalam minuman kita , hah yang itu patut dikurangkan" Menghabiskan contoh yang diberikan dengan penuh semangat dan bergaya. Saya tertarik dan tersenyum.

Saya rasa beliau sendiri juga laksanakan pandangan itu. Selalunya ketika mengajar beliau pasti punyai rujukan yang lebih sedikit bagi para peserta. Contoh yang paling ketara ialah selain menyediakan nota, banyak artikel daripada buku atau suratkhabar yang di gunakan.

Satu pandangan yang logik dan berkesan. Untuk memenangi persaingan,kita kena ada kelebihan dan kita patut buat lebih sedikit yang terbaik daripada semalam dan cari yang lebih baik sedikit daripada semalam.

When Superwoman starts to talk, you saw additional door to success! Thank you to Master Q Pn Saniyah. Untung juga Masterji ada Consultant macam tu, ha ha ha.

Cik Fame, Pn Noor Jahan sibuk mungkin March ya, selalu nya bulan closing kan. Ada berita baik yang Masterji nak kongsi kan. nanti kita jumpa ya. Thank you.

Jangan lupa ya , Walk Extra Miles A Bit !

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Wlwpun agak sibuk tp masih terus mengikuti blog Masterji cuma tidak berkesempatan memberi komen. Wlwpun kat tempat kerja 'closing' bulan ni....kat rumah yg tak closing pun busy gak...ada additional tasks....kehidupan diteruskan dgn cabaran2 yg lebih mematangkan diri kita...itu pun dipanggil "Extra Miles"

InsyaAllah...boleh juma dlm masa yg terdekat.