Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, March 30, 2011

Babahhh...


Pagi yang menyentuh jiwa. Pagi yang membuatkan saya terfikir. Pagi yang membuatkan saya tersenyum. Ya satu pagi yang cukup bermakna.

Baru baru ini, di satu pagi lebih kurang jam 6 , Saya bergegas bersiap untuk mengendalikan latihan Team Building di PD. Sessi saya satu jam setengah untuk topik leadership bagi kumpulan staff pengeluaran sebuah kilang. Jadi Trainer jemputan. Memandangkan ramai anak muda yang menghadiri training berkenaan , dan di adakan di luar bilik hotel dan berpakaian informal maka dress code Masterji pun bertukar. Jadi remaja sekejap. Nasib baik badan slim.

Semua nya pakai jeans dan kepala harus di ikat dengan "key" atau saputangan macam penunggang motor pulak. Masterji pun ikut juga dress code berkenaan. Nak tergelak pun ada. Ada chance berlakon filem rempit akan datang. Kenangan lama melintas di fikiran.

Babak yang menyentuh jiwa apabila meminta pertolongan anak lelaki pertama Junior mengikatkan saputangan merah di kepala. Junior tersenyum dan mengikatnya dengan penuh teliti. Selepas itu diambil nya cermin dan di tunjukan pada saya. "Okey tak Babahh?" Junior bertanya.

Saya tergelak besar dan jawap "Ok, ngam ". Saya tanya pada nya, "Junior amacam , ada nampak Babah muda tak macam umur Junior?"

Junior angguk kan kepala dan terus tunduk mencium pipi saya sambil berkata.."Babahhhh"..,
Saya lihat wajah nya dan dia menunjuk kan ibu jari tanda good. Saya peluk dan ucapkan terimakasih pada nya. Selalu nya hanya mencium tangan ketika bersalam.

Anak anak yang lain bersama ibu nya melihat saya sambil tersenyum dan pelik tengok berpakaian begitu.

Saya bertolak dan memandu kereta ke PD. Didalam perjalanan , saya teringat ciuman yang diberikan oleh Junior pada saya. Satu hadiah yang tidak ternilai rasa nya pada pagi itu. Perkataan Babahhhh yang di ucapkan begitu lembut... bergiang giang di telinga saya.
Semangat mengajar menjadi lebih kuat .

Satu ciuman yang mendatangkan mata pelajaran yang berkesan pada saya pagi itu. Ciuman daripada orang yang tersayang bisa membuatkan hati kita menjadi lebih tenang dan bahagia.
Benar kata pepatah, air walaupun lembut pada dasarnya tetapi mampu memecah kan batu yang keras.

Suara yang keras kadang kadang dan panas baran yang tidak menentu akan membuatkan orang melaksanakan sesuatu untuk kita tetapi tanpa hati sepenuh nya.

Tetapi kalau kita gunakan kelembutan , orang akan melaksanakan ia dengan sepenuh hati dan kerelaan. Cuma di takuti kelembutan bisa membuatkan orang memijak kepala kita.

Apa pun kita boleh cuba kerana kuasa air bila menghempas , batu yang keras jua bisa hancur.

Pagi itu, Masterji terpaksa keluar dari rumah dan berlari masuk kereta sebab segan jiran nampak dan gelak nanti. Semasa singgah minum pun begitu juga takut ada orang kenal dan nampak pasti mereka tersenyum. Ha ha ha. Kepala ikat, t shirt fit putih dan spek hitam. Gelak habis nanti kenalan yang nampak.

Seronok mengajar pada hari itu dan gambar nya Masterji tak letak kan ditakuti ada yang tersedak bila melihat. Mungkin ada juga yang nak minta sign autograf pulak nanti. Pakaian orang muda buat kita berfikiran muda dan berjiwa muda. Bagus untuk kesihatan tetapi dengan syarat perbuatan harus matang dan yang dibenarkan sahaja.

Junior mengajar saya satu perkara, kelembutan bisa mengubah keadaan.

Pada group Propel, saya ucapkan ribuan terimakasih dan gambar anda akan dimuatkan dalam entri akan datang. Seronok sungguh bersama anda semua dalam program Managing Employees Performance and Discipline. Macam macam karenah ada. Terimakasih kerana mengajar saya erti dan betapa susah nya melaksanakan pengurusan jalan raya. Tunggu untuk entri High Way Star nanti ya!

Terimakasih pada Pn Siti Amnah , Pn Zaizalina dan juga Cik Roszita selaku training key person.

Cik Fame.... romber nandri.....haha pandai ya cakap tamil...bagus tu.Kelebihan nama nya tu. Ketika membaca komen Cik Fame, Pn Noor Jahan saya tak tahan gelak. Jelas sebutan nya tu. Ya mereka pandai membeli jiwa kanak kanak. Team Work mereka baguskan. ...Wokeyyy Romber nandri for your sharing.. Romber nandri tu maksud nya Thank you so muchhhh.


No comments: