Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 24, 2011

Boleh!

Di mana mana juga dalam dunia ini, ada banyak guru Motivasi sebenarnya. Ada ramai manusia yang boleh membuka mata dan minda kita. Tidak kira lah apa pangkat dan status mereka sekali pun. Cuma kita kena buka mata kita sikit untuk memilih manusia yang boleh kita rujuk dan tidak. Ada banyak guru pembuka pintu kejayaan di luar sana!

Tempoh hari menggunakan khidmat teksi Brader yang berada didalam gambar di atas untuk Ke KLIA dari Kajang. Terdapat banyak perkara menarik yang Masterji dapat belajar daripada dia. Nampak sahaja status pemandu teksi tetapi pemandangan nya cukup tinggi.

"Apa susah Abang, dalam Malaysia hah, semua orang boleh cari makan tapi mau rajin juga Bangg" Kata nya.
Berdesup peluru masuk ke telinga Masterji.

"Kita hah Bangg..banyak cerita juga, hari hari complaint,complaint sana salah, sini salah , mana mana tempat pun mesti ada kurang punya, tapi kita mesti mau usaha juga, macam macam boleh bikin Bang, banyak kerja atau wang itu bersih punya cara boleh dapat dalam kita punya Negeri" Point yang seterus nya daripada dia. Berdesup peluru yang kedua masuk ke telinga Masterji.

"Saya bawa teksi pun boleh hidup juga Bang, anak sama bini makan juga , sini station tak ada customer, lain station saya pergi cari customer lah Bang, tak da susah punya Bang" Point yang lebih jelas. Dia seorang yang percaya pada perkataan "BOLEH"

"Saya hari hari kerja , satu tahun satu kali saya bawa saya punya family pergi overseas cuti lah Bang, Deepavali pun saya kerja juga tapi December saya mesti pergi cuti sama family"

Jadual yang tetap dan nampak visi nya dengan jelas dan strategy yang convincing. Driver Teksi boleh pergi Overseas setahun sekali! Bermakna dia benar benar kerja dengan rajin. Masterji pun tak dapat nak bercuti overseas setahun sekali.

"Saya punya teksi pun kasi wang juga sama saya Bang, ini teksi lama punya style, kadang kadang itu filem punya orang ada sewa saya sama saya punya teksi untuk filem shooting lah Banggg.." Tambah nya lagi.
Dia gunakan secara sepenuh nya resources dan strong point yang dia ada. Creative juga ya pemandu teksi ni.

Macam macam yang kami borak kan dalam perjalanan. Masterji seronok dan banyak slogan yang catchy dapat daripada dia. Thank you Ane. Sorry awak punya story ada lambat keluar pasal saya ada busy sikit. Anyway you're good teacher of success!

Nak turun dari teksi kami sama sama ketawa, sebab Masterji sebut perkataan Tamil, Oru Tadawe Sona, Noru Tadawe Sona Madri, ha ha ha , dialog tu dari filem Rajni Kanth, Baasha. Bermaksud, sekali saya cakap sama dengan seribu kali saya pesan. Dia pun terperanjat dan ketawa. Kami sama sama happy. Masterji salam dia dan dia pun rasa mesra dan terharu di hargai. Bila minta bergambar , dia gembira dan sikit punya hebat posing nya.

Benar, ada ramai Cikgu Motivasi diluar sana, carilah dan tinggal kan reference point yang tak berguna dan membuat kita jadi Merry Go Round.
Cari lah reference point yang boleh berikan kita faedah.
Didalam Kapal Terbang, fikiran Masterji terbayang slogan slogan pemandu teksi tu tadi.
Mereka yang berfikiran boleh , akan boleh berjaya sepenuh nya.

Ane, thank you.

Pada Adik Masterji, Hafiza, atau Cik Nora, thank you for your comments in Harta ku. Thank you Dik, tak sangka pula letak comment . Well your Brother is still around and so don't worry as we can still laugh, smile and cry together Dik.
Falsafah kita sama, miskin harta, kaya nilai diri. Thank you mera sweet.

5 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Mlm ni bila saya buka blog ni...terus berderau hati saya.. gambar entri tu..mula2 mmg nampak kepala jer...sebiji rupa arwah bapa saya masa muda!! Tetiba sayu rasa hati saya teringatkan dia.

Anyway...saya salute 'ane' tu. Mmg betul apa yg dikata. Kalau tak takkan ramai 'foreigners' kat negara kita ni yg boleh hidup. Malah ada yg mempunyai kehidupan yg lebih baik dari Malaysian itu sendiri.

Wanita Bertudung Hijau said...

master ji pun salah seorang pakar dan mentor kami yg dahagakan entry mendidik jiwa sebegini

Unknown said...

Foreign boleh hidup walhal IC (Identication Card) pun tak ada, passport jer. Contohnya tengok kat pasar-pasar lambak atau dah upgrade nama pasar-pasar tu sebagai UPTOWN Shah Alam contohnya,
kedai aneka tudung pun dimonopoli oleh foreign. Kita pulak beli barangan daripada mereka.
Ane tu memang bagus dijadikan contoh,lagi pun kalau tidak takkan pepatah mengatakan USAHA TANGGA KEJAYAAN ! Yg penting usaha dan rajin.

Sonia said...

Ya, kita kena ukur baju di badan kita sendiri bukan di badan orang lain. Orang pakai Honda kita pun nak pakai Honda. Orang pakai Estima kita pun nak pakai Estima. Orang beli rumah besar kita pun nak beli rumah besar. Akibatnya isteri kena kerja sampai pencen untuk support family sebab gaji suami tak cukup nak bayar harga kemahuan yang melebihi keperluan. Tak cukup dengan itu..yang ada kuasa dan pengaruh mulalah mencari penaja yang mana patut., kalau tak, macamana nak settlekan hutang piutang tu? akibatnya..timbullah masalah makan suap, undertable money, pecah amanah, songlap duit syarikat dan sebagainya.. Tak malu ke kalau berpangkat besar, rumah besar, kereta besar, makwe ramai..tapi muka keluar suratkhabar sebab pecah amanah juta-juta. Bahagiakah namanya tu? Lebih baik jadi macam Ane tu. Gunakan resources sebaik mungkin, bezakan antara keperluan dan kemahuan dengan jelas. Nilai yang paling tinggi dalam kehidupan adalah kebahagiaan yang hakiki yang lahir dari jiwa yang tenteram., hati yang bersih dan hidup dengan berlandaskan jalan yang betul. Hasad dengki..jauhkan!