Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, May 20, 2011

Harta Ku


Darah lebih pekat dari air. Benar. Semalam sewaktu program latihan di adakan , sewaktu sibuk mengajar , Masterji terpandang muka adik perempuan Masterji. Cik Nora atau lebih mesra di panggil Jah .
Kali ini Masterji ingin hadiah kan sebuah entri khas untuknya.

Wajahnya manis, menyalin redup wajah ibu juga mewarisi segala ketabahan yang ada dalam jiwa ibu.
Sekarang dia menjawat jawatan Marketing Manager dan pembantu latihan yang Masterji anjurkan. Kami bersama-sama menjalankan perniagaan berunsur latihan.
Keluarga saya, hanya ada 3 beradik. Saya yang sulung di turuti Cik Nora dan berbelas tahun selepas saya di lahirkan maka lahirlah Cik Siti.
Cik Siti sekarang bekerja sebagai pegawai di jabatan imigresen. Cik Siti orangnya "strict" dan ada unsur-unsur jenaka. Dia periang dan ada iras Lisa Surihani.

Selesai program latihan, saya memandu pulang dan sepanjang perjalanan, saya terbayang wajahnya. Semenjak kecil hinggalah sekarang, dia selalu bersama saya.Sedar-sedar, Cik Nora sudah semakin dewasa, sudah berumah tangga dan mempunyai tiga cahaya mata. Suami Cik Nora(adik ipar saya) seorang yang penyabar.

Masterji masih ingat dengan jelas, setiap kali mengambil kad laporan sekolah atau urusan berkaitan sekolah, saya menguruskan segalanya, waris kepada Cik Nora.
Setiap kali itu juga, cikgu akan bertanya " ini abang awak yer? Bapa atau mak mana?"

"Bapak tak ada cuma ada mak tapi mak kerja cikgu..." jawap Masterji ketika itu. Mummy terpaksa bekerja dua tempat sehari.
8 pagi sampai 4.30 petang ibu bekerja di kilang dan dari pukul 6 petang hingga 10 malam sebagai pembantu kedai perniagaan secara part time. Mummy kerja kuat untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Masterji dan nenek akan menjaga adik.

Apa yang saya buat , semua dia buat. Kalau saya main bola dia pun dah ready nak main bola. Kalau saya main hoki, dia pun ready nak main hoki. Selalu berbasikal ke sana sini. Ketika itu di Berkeley dan Taman Eng Ann hanya ada dua beradik sahaja yang naik basikal bersama sama selain daripada keluarga lain. Ramai yang selalu menegur kami. Adik akan duduk membonceng. Pergi kedai ataupun ronda ronda kawasan perumahan. Kalau dia sekolah pagi dan Masterji sekolah petang , maka pagi saya akan hantar dia dan waktu rehat pergi jaga dia.

Kenangan yang termanis bagi kami berdua, makan nasi lemak sebungkus dan bahagi dua, Masterji makan dan sambil suap dia pada waktu rehat sekolah. Bila menjelang hari raya hampir, kalau Mummy sibuk maka saya akan bawa dia dan belikan pakaian. Dua beradik yang sentiasa tersenyum di balik seribu kesukaran hidup. Kami tetap gembira walaupun hanya ada Mummy dan Nenek. Kami berdua menjadi rakan yang rapat.

Mummy mendidik kami dengan nilai adab , kasih sayang dan disiplin yang tinggi. Kalau makan nasi tak boleh jatuh ke lantai atau meja. Kalau menumpang kereta orang , bila tutup pintu kereta mesti lembut dan perlahan dan macam macam lagi. Selalunya Masterji banyak cover adik. Kalau buat salah, dua dua kena sebat dan Masterji pujuk bawa pergi kedai beli air oren dalam botol dan cari penutup minuman untuk di jadikan permainan timbang timbang.

Saya bangga mempunyai adik seperti beliau. Banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui bersama. Syukur kami bersama sama berjaya melalui dugaan hidup yang penuh dugaan. Kini dia bekerja dengan Abang nya.

"Abang Apit, Jah akan buat kita maju lebih jauh ya..." Kata nya ketika bersetuju untuk bekerja bersama.
Abang mana yang tak gembira bila adik nya ingin bersama nya. Tentu saya gembira.

Jahh...masih ingat tak bagaimana kita makan nasi lemak bersama dan pusing pusing naik baisikal ? Apa keadaan pun pun atau dimana sekalipun, Abang bangga punyai adik seperti Jah dan Cik Siti. Kalau diberikan peluang sekali lagi untuk memilih seorang adik, sudah tentu Abang akan pilih Jah dan Cik Siti.

Adik beradik adalah harta yang lebih bernilai dari jutaan ringgit.

Harta ku,
Bukannya wang berjuta
Bukan juga kilau emas
Bukan juga berlian berkedip

Harta ku cuma ;
Seorang ibu yang sentiasa damai jiwa
Teman hidup yang terlalu setia
Anak-anak pewaris jiwa
Dua adik yang patuh segala

Harta ku juga ;
Ilmu yang di alir di kongsi bersama.

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Hebat entri kali ni!! Kasih sayang antara adik-beradik...bak kata pepatah 'air yg dicincang takkan putus'. Sejuk perut ibu yang mengandung...ini juga berkat didikan mummy!! She's great!! Must see her one day....

Masterji...saya pun ada gambar duduk kat buaian besi mcm tu. Masa tu x pandai posing2...so duduk keras tegak jer...he..he...

Saya doakan agar kejayaan demi kejayaan menyebelahi Masterji dgn berkat gandingan adik tersayang dan sokongan isteri yg setia. Kagum saya....

Unknown said...

Assalamualaikum..semua
Masterji memang seorang abang yang terbaik buat kami dari segala segi.
Dia seorang yang penyayang tapi dalam penyayang ketegasannya sebagai bapa kepada kami terserlah daripada kecil lagi.
Sifat kepimpinanannya, tegas adil dan saksama. If dia kata NO ! Means NO ! Mummy pun tak boleh nak cakap apa.
Kami adik beradik sangat sayang dengan masterji.
Dia pandai buat kami ketawa tapi kalau marah kecut perut kami.
Dia menatang kami bagai minyak yang penuh.
Nora memang selalu habiskan masa dgn Masterji sebab usia Nora dgn Masterji hanya 5 thn jer. Byk kenangan pahit manis bersamanya samapaikan Nora dah nak kahwin naik pelamin masa tu, masterji suapkan makanan utk Nora, kata masterji "Lepas nie adik dah bersuami abang tak berpeluang lagi"
Itulah MASTERJI. MASTER KAMI SEKELUARGA. WE LOVE BROTHER.