Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, May 30, 2011

From The Coach

Blog Masterji akan ada sesuatu yang baru mulai minggu ini. Masterji buat review sedikit dan Kaizenkan blog ini supaya ia boleh memberikan faedah yang lebih ”EXTRA” untuk kegunaan semua. Setiap minggu akan satu entri yang bertajuk From The Coach ( FDC ) dimana entri akan ditulis oleh Komentator jemputan berpandukan pengalaman dan kemahiran mereka. Kita akan dapat pelbagai jenis sudut pemikiran dan tambahan cadangan. Kita belajar bersama sama. Pada para peminat dan pembaca yang budiman, Saya fikir anda juga punyai pengalaman dan kemahiran tertentu maka Masterji alu alukan sekira nya anda ingin berkongsi apa apa short view and sharing dengan pembaca lain. I welcome it and would be very happy to put it in my blog.

Selain dapat belajar daripada pelbagai sudut pengalaman , tujuan entri From The Coach ini adalah juga untuk memupuk pemikiran positif dan menjadi Pembina pada insan insan lain. Mendidik penulis supaya menulis perkara yang berkualiti serta dapat menjadikan kehidupan insan lain bersih, komited dan selalu fikirkan perkara yang berfaedah amatlah penting. Ada beza menulis untuk menjadikan meaningful mind dan double meaning mind. Ada beza dan banyak beza nya.

Tak salah kan kalau Masterji beri peluang pada anda menulis perkara perkara yang berfaedah, dan dapat membina orang lain. Therefore, sila lah berikan tunjuk ajar pada yang lain dan malah Masterji pun suka nak belajar dan membaca idea idea orang lain.

Kita mulakan dengan panel jemputan yang pertama untuk merasmikan From The Coach, Encik Azaman with Leadership sharing. Tajuk nya agak menarik..Leadership in you!

Masterji,

Adakah seseorang “Leader” itu dilahirkan atau pun dibentuk? Saya pun tak ada jawapan yang betul. Saya rasa memang tak ada jawapan yang betul pun. Bagi saya dua-dua betul.

Saya lebih suka untuk mengatakan seseorang “Leader” itu boleh dibentuk, jadi paling tidak kita akan rasa masih ada peluang lagi untuk belajar. Kalau “Leader” itu cuma dilahirkan, macam keturunan, bagi mereka yang lemah, tak ada peluanglah untuk memajukan diri. Stop. Give up. Kalau macam tu macam mana bangsa nak maju.

Saya ada seorang kawan, anak kepada tokoh ternamalah juga. Masa zaman sekolah dulu, macam orang biasa saja. Tak juga jadi pengawas ke, ketua darjah ke atau menjawat jawatan yang tinggi dalam persatuan-persatuan yang ada (entah tak masuk pun agaknya), tapi hari ini beliau adalah seorang timbalan menteri, ketua cawangan, CEO company dan macam-macam lagilah yang beliau terajui.

Saya rasa bukan pasal bapanya, tetapi lebih kepada keinginan beliau. Mungkin adalah didalam darah beliau sifat kepimipinan yang diwarisi tetapi selama ini tidak ditonjolkan atau digunakan. Bila harapan yang menggunung dari penyokong ayah beliau yang mengharapkan beliau menjadi pengganti ayahnya, mungkin dari situlah mulanya titik tolak transformasi. Transformasi yang di mulakan oleh diri sendiri untuk menonjolkan sifat kepimpinan yang selama ini terpendam.

Dari sini saya buat analisa tersendiri, tak adalah sampai tahap Masterji – kita ni buat simple-simple saja, bahawa setiap orang yang dilahirkan kedunia ini sememangnya mempunyai asas sifat kepimpinan. Sama ada dia menggunakannya atau tidak, itulah persoalannya. Sesetengah orang akan menggunakannya sejak dari kecil lagi dek kerana persekitaran hidupnya. Dia mungkin anak yang sulung dari keluarga yang tidak berada, terpaksa menolong ibu bapa menjaga adik-adik, menolong ayah di kebun,di kedai dan sebagainya. Mereka inilah yang kita akan nampak sifat kepimpinan yang menonjol pada masa sekolah lagi. Kategori yang inilah mungkin orang akan cakap “Leader is born”.

Sesetengah orang pula mungkin sifat kepimpinannya akan menonjol semasa dialam pekerjaan. Yang inilah yang kita patut bincangkan. Bagaimana untuk mengeluarkan sifat kepimpinan seseorang itu? Macam mana untuk “memaksa” sifat itu keluar? Kalau ada antara mereka yang berkata meraka tidak layak dan tidak ada tokoh untuk menjadi leader, beritahu dia orang “Jangan mengarut!!”.

Saya pernah memberi analogy semasa training leaders saya dahulu apabila mereka mula bercakap seperti di atas. Saya tanya mereka, “Semua dah kahwin dan ada anakkan?”, “Yaaa”, semua menjawab. Saya bertanya lagi, “Kalau pada satu malam pukul 2 pagilah, anak awak menangis, apa awak buat?”. Sorang mamat ni menjawab, “Saya suruh isteri saya bangunlah tengokkan budak tu”. Saya pun kata okay, lepas tu apabila isteri awak beritahu yang anak awak demam panas, apa nak buat? “Bangun, lap dengan tuala basah”, jawab sorang dari belakang. Saya tambah lagi kalau panas budak tu tak nak kurang, makin panas adalah budak tu, apa nak buat? Semua cakap bawak pergi klinik.

Saya kata bagus cadangan tu. Tapi nak dijadikan cerita, start kereta tak mahu hidup, start tak hidup, habis apa macam? “Mintak tolong orang sebelahlah bang. Pinjam kereta bawak pergi klinik” jawab sorang lagi. Saya tanya dia, “tak segan ke nak kejut orang sebelah pukul 3 pagi nak pinjam kereta?”. “ Anak bang, sayang anak . Kalau mati nanti, menyesal seumur hidup. Malu pun tak apa.“

Ada pernah kita belajar macam mana hendak menyelesai masalah sebegini masa sekolah? Ada orang pernah ajar kita? Tentu jawapnya tidak. Ini semua adalah semata-mata untuk menyelamatkan anak kesayangan. Sebagai ketua keluarga (ibu atau bapa), kita akan melakukan apa yang kita fikir terbaik pada masa itu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bukankah antara tugas “Leader” itu menyelesaikan masalah? Jadi sebenarnya memang kita semua ada sifat kepimipinan dalam diri kita. Macam mana nak kita keluarkannya?

Itu lain kalilah kita bincang Masterji. Mungkin ramai yang boleh bagi idea yang bernas. Saya ni cuma nak mencetus suatu pandangan mengenai pemimpin.

Terima kasih.

Azaman.

Learning point is :

SEMUA ORANG ADA FAKTOR KEPIMPINAN DALAM DIRI CUMA ADAKAH DI KELUARKAN ATAU TIDAK.

HARUS DIKELUARKAN. LEBIH RAMAI PEMIMPIN LEBIH RAMAI YANG AKAN DIPIMPIN. LEBIH RAMAI BERFIKIRAN PEMIMPIN LEBIH BANYAK MASALAH DAPAT DISELESAIKAN.

LEBIH BANYAK SIKAP PEMIMPIN MAKA LEBIH BANYAK LAH KELUARGA YANG AKAN BERJAYA.

Thank you Encik Azaman. Simple sahaja point nya: Semua orang ada kelebihan Leadership, Cuma pakai atau tidak sahaja.

1 comment:

one said...

Salam masterji,

Menarik jugak nie bcoz when a few heads combined, there would be a few good ideas created.

Salam En. Azaman,

Betul kata En.Azaman, mungkin dua2nya betul. Leadership seseorang itu boleh dilihat dari quality yang ada padanya. Dr kecik kita boleh lihat leadership seseorang itu. Satu geng budak2 ketika bermain pun kita boleh lihat salah seorang dr budak itu memberi arahan dan jika tidak diikuti dia akan influence yg lain supaya x berkawan dgn yg engkar arahan. Ini lah yg dimaksudkan dgn leadership. Can inspire and influence others.

Develop leaders selalunya terpaksa atau dipaksa oleh orang lain untuk menjadi leader. Selalunya the environment ataupun situation akan mendorong leadership sesorang itu terserlah. Macam saya lah...

Saya pun bukan nya seorang yg aktif dalam persatuan ketika sekolah dulu tp bila dah kerja lain pulak.

Kita boleh memaksa bakat terpendam dalam seseorang itu ditonjolkan tapi sekarang nie tak ramai yang buat. Organization buat tp untuk keuntungan kerana bila dapat develop seorang leader maka sudah ada satu asset untuk organization tersebut. Di politik pulak lain ceritanya, yang diatas seboleh-boleh tidak mau yang dibawah menonjol agar tiada competition. So sucession planning tak wujud. Disinilah rasanya ramai yang berbakat terpendam bakatnya.

rgds

One &Only