Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, May 27, 2011

PI JOE

Hari ini, Masterji ingin berkongsi cerita perihal sahabat lama Masterji, bukan hanya sekadar cerita tetapi ada pengisian yang boleh di jadikan pengajaran kepada pembaca semua.
Petang semalam, handphone Masterji berdering(memang selalu berdering pun) tetapi panggilan ini amat istimewa. Masterji kaku seketika ketika menjawab panggilan ini, rupanya sahabat lama Masterji, Joe Bai menelefon. Sudah berbelas tahun dia hilang tanpa apa khabar berita dan sudah berbelas tahun rasanya Masterji kehilangan rasa gerun pada nama Joe Bai. Dia sahabat lama Masterji. Ada antara rakan-rakan yang memanggil beliau dengan panggilan PI Joe tetapi lebih "glamour" di kenali dengan panggilan Joe Bai.
Di kalangan rakan-rakan ketika itu, hanya dua orang sahaja yang di panggil dengan gelaran Bai. Salah seorangnya, Rafi Bai(saya le tu). Orangnya tegap dan mempunyai iras Punjabi.

Masterji sedikit gusar, terdetik di hati dari mana Joe Bai mendapat nombor telefon Masterji. Setelah bersembang agak panjang, rupanya Joe Bai mendapatkan nombor telefon Masterji dari seorang rakan.

Perbualan di dalam telefon tidak mendatangkan apa-apa imbasan lantas satu pertemuan di atur pada petang semalam, sesudah Masterji menghabiskan sedikit urusan.
Ketika memandu ke tempat pertemuan seperti yang di janjikan, Masterji terbayang kenangan lama bersama Joe Bai. Dia seorang yang berjiwa keras, kental, garang dan mewarisi sifat seperti sang harimau. Pendek kata, memang dia di geruni.
Tetapi, Masterji juga merasakan sedikit aneh ketika berbual di telefon tadi. Suara dan cara perbualan Joe Bai sudah berubah. Adakah mungkin di sebabkan berbual di telefon, makanya Joe Bai sedikit berlembut, ada seakan perubahan? Masterji perlukan kepastian dan keterujaan untuk berjumpa dan bertentang mata dengan Joe Bai semakin meninggi.

Akhirnya, Masterji bertentang mata dengan Joe Bai. Matanya sudah redup, sudah hilang sinar mata yang sentiasa tajam seperti dulu.
Tujuan bertemu adalah untuk meminta pertolongan Masterji, sama ada ada apa apa pekerjaan yang sesuai untuk adiknya.

Dulu Joe pantang di usik dan kalau mula bertempur , amat sukar untuk meleraikan atau menghentikan tindakannya. Joe Bai, sering menjadi pelindung kami dahulu sekiranya diganggu atau di buli. Ada ketikanya kami cuba mengelak dari bertemu dan berjalan dengannya ditakuti dilanda masalah yang tak sepatutnya.

Dulu , kalau berjalan di sisi Joe Bai, ramai yang akan menunduk tanda hormat. Gayanya sudah membuatkan orang gerun, belum lagi kalau dia bercakap. Percakapannya yang lantang boleh membuat si pendengar tak keruan hidup!

Tapi apa yang Masterji tengok malam tadi , Joe telah menjadi seorang pemalu, bersopan santun dan setiap perkataannya tiada lain selain mencerminkan rasa rendah diri. Lama Masterji perhatikan gelagatnya sewaktu berbual di deretan warung tempat beliau bertugas. Kami makan bersama dan minum teh tarik bersama. Masterji cuba perhatikan tangan dan wajahnya, parut lama hampir hilang cuma ada satu dua yang masih jelas. Masterji boleh agak dari mana beliau dapat parut parut berkenaan dan selama tidak bertemu, pelayaran beliau sudah tentu menarik.

Dulu, bila semua berpecah dan mula berkerja , dia juga bekerja tetapi bekerja dengan hobinya iaitu "bouncer" kelab Malam. Tapi sekarang beliau seorang pemandu. Pemandu yang memastikan manusia jumpa dan sampai ke destinasi tujuan mereka. Joe dah jadi Pilot. (pemandu bas express ).

Dulu Joe macam harimau, tetapi sekarang, Joe sudah lain. Joe sudah tidak bersuara tinggi. Perlahan dan berbudi bahasa orangnya. Amat berlainan.

Dulu, Joe selekeh dan sekarang berkemeja kemas dan nampak lebih segak. Masih tidak berjambang dan berkumis. Cuma kulitnya sedikit gelap berbanding dahulu.

Walaupun dulu dia begitu , satu perkara yang bagus pada dirinya, dia tidak terhegeh-hegeh dan tunjuk terrer tak bertempat.


"Joe, kau dah kahwin ke" Soalan dari saya.
"Dah..Pi, anak tiga orang" Jawap Joe.
" Oh..samalah" kata saya. Dulu Joe suka sorang sorang dan bukan Mat Bunga Bunga atau Mat Kapel Kapel.
Tetapi sekarang dalam hatinya sudah ada taman (macam pernah dengar ayat ni).

Masterji tersenyum dan dia seakan tahu maksud yang tersirat.
"Pi..aku dah berubah, dah kerja tetap dan bukan macam dulu",terangnya dengan bunyi yang amat syahdu dan perlahan. Dia pun tersenyum lama lama senyuman bertukar jadi gelak tawa yang kuat di antara kami berdua.

Warung tempat minum kami terlalu bising dan berhampiran dengan satu kumpulan remaja yang bergurau senda menerusi tingkah laku dan ayat ayat yang tak sepatut nya dibualkan di hadapan public. Masterji mencuri pandang Joe Bai. Dulu, situasi yang sama sudah pasti Joe Bai akan menjeling dan memastikan mereka memahami isyarat yang diberikan untuk tidak berterusan begitu. Tapi sekarang, dia tunduk dan buat buat tak dengar apa apa. Lain benar Joe sekarang.

Dulu, silap haribulan, gelas minuman di tangannya akan dengan pantas terbang apabila dia mengamuk. Bukan sahaja gelas minuman tetapi apa sahaja yang ada disekelilingnya. Dia pantas dan cekap menggunakan apa sahaja yang berhampiran. Termasuklah lighter Zippo kesayangannya dulu. Balingannya selalu tepat. Sebab tu kami fikir dua kali untuk berjalan dan lepak bersamanya. Tetapi sekarang Joe Bai benar benar lain. Benar benar sudah berubah.

Beliau ucapkan tahniah dan gembira dengan perkembangan Masterji dan Masterji lebih gembira dengan dirinya sekarang. Lebih hormat dan rasa terperanjat yang bukan kepalang melihat budi bahasa , serta tingkah lakunya.
Joe sudah berubah. Jauh berubah. Bukan seekor harimau yang garang lagi tetapi seakan kapas yang lembut dan putih bersih. halus dan lembut. Seorang yang bertanggungjawap dan begitu lemah lembut. Dua alam yang berbeza.

Andai dia pulang ke dunia Joe Bai dahulu, Masterji tak dapat bayangkan betapa ramai yang akan tersungkur dan gerun dibayangi kegarangannya. Jangan dikejutkan Joe Bai dahulu dalam diri nya. Biarlah Joe Bai yang baru hidup dalam diri nya dan biarlah selamanya begitu. Dalam hati nya sudah ada taman. Joe ada berapa taman dah sekarang...ha ha ha.Kerja kuat nampak..ehmmm macam lebih dari satu taman aje:)

Joe pulang dan Masterji perhatikan langkah nya sewaktu dia menuju ke keretanya . Waw! Cukup berbeza betul manusia satu ni sekarang cukup berbeza! Dulu mendongak ke langit dan sekarang tunduk ke bumi!

Masterji turut belajar. Manusia boleh berubah. Joe sudah lain dari dulu.
Yang lain juga boleh berubah. Itu learning point nya. Boleh berubah.....

Andai kata Joe Bai kembali...Aduhai....parah jadi nya.....So therefore no U-TURN. Go straight and no belok belok ok my friend.

Apa pun Joe, Masterji salute pada anda. Saya sebenar nya terperanjat tengok anda. Salute Bai!
Terimakasih ya belanja minum. Lain kali datang Shah Alam tau..

Doakan anda yang terbaik dan Joe baru yang akan berjaya

4 comments:

Sonia said...

Kalau Pi Joe masih dengan karektor yang dulu, agaknya dah lama dia jadi tokeh night club tempat dia bekerja sebagai bouncer dulu..atau setidak-tidaknya jadi Ah Long yang terkenal. Pencapaian yang tinggi tapi di jalan yang salah di mata orang lain. Pada masa itu orang melihat PiJoe sebagai seorang lelaki yang kasar dan agak ganas, tapi saya melihat lagak kasar Pijoe adalah bertempat. Dia kasar pada orang yang tidak bermoral dan beretika. Dia tidak suka pada orang yang jahat dan suka buat kacau. Ada kalanya orang yang jahat perlu di'ajar' dengan cara yang kasar. Baru bertemu buku dengan ruas.
Tentu ada peristiwa yang membuatkan PiJe berubah. PiJoe telah membuat satu u-turn dalam hidupnya. Dalam kasar wataknya sebenarnya PiJoe punyai jiwa dan hati yang lembut. Cuma jangan dicuit ekor harimau yang sedang tidur..kerana di dalam PiJoe masih ada Tiger Joe.. Salute PiJoe!

Unknown said...

Salam Semua Pembaca Blog,
Entri kali ini mengingatkan saya tentang rakan lama Masterji, memang benar ia adalah rakan lama masterji. Selalu masterji ceritakan pada saya, dengar jer cerita pun gerun tapi hatinya baik sebab saya sebagai adik masterji tak pernah dikasari, keadaan sekelilingnya yang membuatnya dia jadi begitu. Wah kalau Pi Joe dah berubah saya pun tumpang gembira.
Tahniah padanya, bak kata orang bijak pandai, u can't change others but u can change yourself.
Pembaca Blog tengoklah filem 'BAASHAH' lakonan Shah Rukh Khan. Macamtuler lagak ngeri Pi Joe.

Unknown said...

Entri kali ini mengingatkan saya zaman silam saya, masa tu saya remaja lagi,
Pi Joe adalah rakan lama abang saya iaitu masterji. Masterji dan dia memang berkawan baik.
Dengar cerita daripada masterji pun saya dah gerun.
Wah ! Pi Joe dah berubah saya sendiri tak sangka sehingga saya baca entri terbaru nie, bak kata orang bijak pandai you can't change others but you can change yourself.

Kalau pembaca blog nak tahu tengok cerita 'BADSHAAH' lakonan Rajinikanth. Macam tuler hebatnya Pi Joe malah lebih hebat.

Semoga kisah Pi Joe dijadikan iktibar dan pedoman pada kita semua khasnya muda-mudi sekarang.

Anonymous said...

Sekali air bah, akan pasti pantai akan berubah. Perubahan dari karektor tidak baik kepada baik suatu HIDAYAH Allah. Mungkin PI Joe telah mengalami atau menempuh sesuatu kejadian yang membuat beliau berubah. Berubah sebelum rebah.Manusia boleh berubah, masa dan keadaan yang menentukannya. Buang yang keruh ambil yang jernih (salah satu lirik lagu P. Ramlee....dah 38 tahun beliau meninggalkan kita)Segala-galanya berubah mengikut masa dan tempat. Berubah dikala umur semakin lanjut, dari tidak baik kepada baik dan lebih baik suatu rahmat dari Allah. Jangan jadi bagaikan IKAN, walaupun berenang dilautan yang airnya masin, tetapi isi/dagingnya tetap tawar,( kena letak garam jika nak digoreng). Ia mempunyai kekebalan dari dipengaruhi oleh persekitaran.
Pada PI Joe, anda telah memilih jalan yang betul bagi mengisi sisa-sisa usia yg masih berbaki, teruskan don't belok2.....
But don't sangka clear water tiada buaya....

Happy always Masterji....

Nazurin Osman (Coconut Group)
don't drink petrol....if u drink..."kita bakar aje....."