Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, July 19, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - FAKTA TERKINI

Carta jualan buku terlaris di MPH Bookstore Giant Seksyen 13, Shah Alam

Berita terbaru yang Masterji hari ini sungguh menggembirakan hati. Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus menduduki tangga kedua di belakang buku Doktor Umum-Memoir Tun Dr.Mahathir menurut carta jualan buku terlaris di MPH Giant Seksyen 13, Shah Alam Selangor.

Maklumat ini di sahkan lagi setelah Masterji membuat pemantauan di laman web MPH Online sendiri.
Pembaca semua boleh ke bahagian MPH Online Bestseller

Masterji juga sempat menghubungi MPH Giant 13 untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan jualan buku ini dan di fahamkan bahawa stok di MPH Giant 13 sudah habis!
Bagi pembaca yang sedang mencari dan ingin membeli buku ini, Masterji nasihatkan agar boleh ke MPH Bookstore AEON Bukit Raja, Klang atau yang berada berhampiran Putrajaya boleh terus ke MPH Alamanda.
Jika mahu lebih selesa tetapi tidak tergesa, boleh beli secara 'online' dari MPH Online

Masterji bukanlah mahu mendabik dada atau berlumba-lumba mengatakan buku ini adalah yang terbaik tetapi Masterji cuma ingin mengatakan bahawa rakyat Malaysia perlu membaca buku ini untuk lebih menyedarkan kita bahawa kita semua BOLEH berjaya asalkan meletakkan sasaran yang jelas dan usaha yang tidak pernah mengenal jemu.
Buku ini memberikan tips-tips yang di perlukan untuk menjana diri menjadi lebih berjaya.
Bagi yang sudah mendapatkan buku sulung dari Masterji, jutaan terima kasih di ucapkan.


"Sama ada mahu menjadi orang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!"

2 comments:

Prof said...

Wow! Tahniah uncle. Kakak saya suruh kawan-kawan dia cari buku ni.
Kakak saya ketawa terguling-guling tengok gambar uncle "Sebelum" berubah kepada "Sekarang". Macam Alleycat.."Makasseh!"

Sania said...

Tahniah! Tahniah Masterji..