Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Pagi


24 Jam yang baru kita perolehi pada pagi ini. Semua akan berpeluang mengguna kan nya dengan baik.

Macam macam yang kita boleh lihat sewaktu memandu. Pagi ini Masterji keluar selepas dibekal kan sarapan nasi goreng dan teh tarik oleh Isteri. Best! Ada telor goreng mata kerbau, ada tisu yang dilipat kemas dan pesanan jangan main mata sebab tu Masterji pakai cermin mata ha ha haha.


Masterji ke program latihan pagi ini. Menyusuri hari dan menyumbangkan sesuatu pada masyarakat dengan program latihan.Kita boleh memulakan hari dengan pelbagai persepsi. Murung, sedih, kecewa , ceria , gembira dan bersinar sinar.

Kata Robin Sharma pakar motivasi , kita bagaikan seorang wira hebat pada permulaan hari. Hero yang tidak terkalah, hero yang hanya berbekalkan diri nya untuk menangani cabaran yang akan dunia hantar pada hari ini! Kita harus bergerak, berfikir , melaksanakan misi dan mencapai hasil persis seorang wira.! Seorang Hero!
Tak boleh lembik mesti cergas, tak boleh lemah mesti kuat, tak boleh selekeh mesti kemas, tak boleh cepat putus asa mesti berani!
Hero yang apa sahaja dugaan melanda pasti akan dapat ditangani nya.

Muka mesti tersenyum manis walaupun trafik jam teramat lah teruk nya. Nak buat macam mana dah memang tak boleh gerak. reverse pun tak boleh, nak potong kiri kanan pun tak boleh. Jadi apa yang boleh, tengok kiri kanan lah sambil sambil berbalas senyuman dan menahan temperature lah ha ha ha. Kadang kadang ternampak yang kita kenal kadang kadang yang macam kenal tapi lupa dimana dan semenjak buku Dulu Pencuci Kini pengurus dikeluarkan serta beberapa program dimerata tempat mungkin ramai yang mengenali Masterji.

Ada yang tersenyum dan ada yang lambaikan tangan. Semuanya Masterji balas.
Walaubagaimana pun suasana pagi adalah begitu indah untuk kita bazirkan begitu sahaja.

Nasi goreng dah habis dan teh tarik pun dah habis.Best in the world!

Cik Fame thank you so much for your great comments.

Dr Lap Top dengar khabar hari bahagia bakal berkunjung ya! Tahniah!

3 comments:

DrLaptop said...

terima kasih tuan Masterji. :)

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Wahhh...mesti sedap nasi goreng & teh tarik tu. Besar hati isteri. Patutlah wlwpun dalam jem tapi masih mampu tersenyum simpul... :-))

Sania said...

Selamat Hari Guru, Masterji..
Terimakasih kerana menjadi guru yang sabar, berdedikasi dan ikhlas..