Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, June 17, 2010

Whistle from Penang


Entri kali ini saya cuba lari dari perkongsian cerita/pengalaman saya buat seketika,cuma seketika, entri akan datang insyaallah saya akan kembali berkongsi dengan cerita Masterji.

Kepada Encik Azaman,
Komen Encik Azaman tentang wanita berumur 60 pun masih belajar itu cukup bagus. Di lain kesempatan, bolehlah berikan saya maklumat lengkap dan kita akan berkongsi bersama di dalam blog ini. Nampaknya , you still got your bite ya . Masih kuat membaca. Bagus. Sifu yang berjaya.

Kepada Pn Noorjahan ,
Ada yang bertanya kepada saya, macam mana nak jadi Cik Fame tu. Saya tak boleh nak jawap. Mungkin boleh bagi sepuluh key points sebagai tips kot. Bagaimana senyum yang berkarisma boleh di bentuk.

Seantero dunia, sampai ke pelusuk dan ceruk mana sekalipun yang ada manusia yang memahami sukan bolasepak akan ternanti penuh debar keputusan setiap perlawanan Piala Dunia yang sedang galak berlangsung di negara penuh debu, Afrika Selatan. Sebuah negara yang sebelumnya di kenali kerana dasar apartheid kini di terjah manusia-manusia yang gilakan sukan nombor satu dunia itu.
Ahh...demam Piala Dunia sudah bermula, mudahnya di sebut begitu.

Negara kita, Malaysia juga turut menghantar seorang wakil ke Piala Dunia edisi ke 19 kali ini bila pihak FIFA memilih Subkhiddin Mohd Salleh, guru
mata pelajaran kimpalan dan fabrikasi logamdi Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara. Figura lelaki berusia 44 tahun ini semestinya menjadi perhatian bukan saja rakyat Malaysia yang nyata berbangga, sebaliknya bakal mencatat sejarah tersendiri bagi temasya empat tahun sekali itu. Beliau akan turut serta bersama 29 pengadil dari ceruk dunia yang lain bagi mengadili perlawanan 32 negara yang bertanding bagi edisi Piala dunia kali ini.
Mubarak Ko, Mubarak Ko Subkhidin Ji!

Beliau yang pada mulanya hanya memasang impian sebagai pengadil bolasepak sejak mula bergiat aktif pada tahun 1990 sudah tentu tidak menduga akan di angkat sehingga ke pengadil Piala Dunia. Ini juga bukannya percubaan kali pertama beliau kerana pada edisi Piala Dunia kali ke 18 di Jerman pada 2006, beliau telah terpilih tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.
Keazaman dan semangat beliau akhirnya membuahkan kejayaan.

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada beliau. Bak kat Vince Lombardi , jurulatih American Football yang terkenal, "Play to your strength" . Gunakankanlah kelebihan kita
semaksimum mungkin, walaupun kemahiran kita hanya pada satu aspek sahaja. Walaupun hanya satu, tetapi jika di uruskan dan di asah dengan betul, rajin, sabar dan sedikit kebijaksanaan maka pulangannya amat berbaloi dan lumayan.
Sesuatu yang di luar jangkaan bila seorang pengadil dari negara kecil seperti Malaysia mengendalikan perlawanan penting seperti Piala Dunia. Bukan itu sahaja, seorang seniman seperti Dato' Lat yang hanya memasarkan kebolehannya melukis juga telah berjaya mengharumkan nama Malaysia melalui siri lukisan Kampung Boy beliau.

Apa pun proffesion kita, kalau di uruskan dengan nawaitu yang bersih dan jelas, di uruskan dengan rajin dan beretika, di uruskan dengan akal dan pembelajaran yang berpanjangan, Kita pasti cemerlang.

Sebagai sebahagian dari budaya bangsa Melayu, banyak sekali pepatah Melayu yang boleh di jadikan sebagai panduan diri bagi mencari kejayaan. Tapi ramai yang menggunakannya ke arah kehancuran.
Sebagai contoh; Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bagi Subkhidin, beliau mengadaptasi pepatah ini secara
total dengan cara yang betul.Bermula dengan minat, kini bidang yang memerlukan timbang tara secara adil ini memberi pendapatan dan kemakmuran kepada beliau, kalaupun tidak menjanjikan kekayaan.
Pun begitu, ada juga segelintir yang lain akan mengadaptasi pepatah ini secara salah,umpamanya alang alang menjadi rosak biar sampai jadi jahanam. Hah ini malapetaka namanya!

Bersama,kita jadikan Subkhidin sebagai contoh positif. Beliau mendahului kita sebagai rakyat Malaysia yang di kenali dunia di antara jutaan rakyat Malaysia yang lainnya. Bagaimana dengan kita?
Beliau berjaya dalam kerjayanya. Kerajinan boleh membawa kita merentas benua sehingga ke Afrika Selatan, membawa bersama nama keluarga, bangsa , agama dan juga negara kita.

Encik Azaman, The One , Pn Noorjahan dan yang lain-lain pilih pasukan mana pula pada Piala Dunia kali ini? Cik Sania atau a.k.a Sonia Shakir pilih pasukan Jepun.
"Rising Sun", kata nya. Samurai saya Shahrul Nizam memilih negara German sebab dia bilang "depa ni robust". Nanti yang lain-lain tolong feed back ya. Saya pilih salah satu pasukan yang masuk final nanti. Ha ha ha. Jawapan selamat!

Esok satu lagi cerita motivasi yang boleh membantu kita melonjak ke hadapan! Juga berkaitan dengan World Cup. I make Brazil cry! Hebat orang ini. Tunggu ya.

3 comments:

azaman said...

Salam Masterji,

Saya world cup ni tak berapa ikut sangat dah. Cuma game yang involve team ternama aje kot yang tengok. Setakat ni pun baru game Ivory Coast dgn Portugal yang tengok full.

Saya punya pilihan Ivory Coast. Pasal apa? Satu, saya memang suka underdog dan kedua dia ada Drogba. Mungking tak kesampaian kot Ivory Coast ke semifinal.Tapi tak apalah.

azaman

azaman said...

Salam Masterji,

Yang ini pasal wanita yang berumur 60 tahun tapi masih belajar di peringkat university.

Wanita kat US atau Europe ni, umur kalau dah 60 tahun pun masih di anggap "middle age". Apa taknya, cuba tengok Tina Turner, Joanne Collins dsb. Macam Konosuke Matsushitalah, "...young is in the heart..." or something like thatlah.

Dia ni rupanya ambik kelas kat U ni bukan nak degree sangat, tapi lebih kepada minat nak tambah ilmu. Kalau tak, dok pergi clubhouse dia orang jugak menghabiskan duit. Tapi yang bestnya, kelas yang dia ambik tu kelas Sociology - Organized Crime. Belajar pasal Mafialah, Yakuzalah dll. Biar betul nenek ni, kata hati sayalah. Saya ambik kelas tu sebagai elective, kot-kot nak jadi engineer tak dapat, jadi godfather boleh jugak.

Yang dia ambik kelas tu pasal dia "very interested" kat si Al Capone tu. Jadi dia nak lebih mendalamilah dunia Al Capone ni. Anyway, yang saya tak tahan tu bila dia dok tegur saya masa before kelas start, " Does your mother know that you are smoking?". Mak ooiihh! Gamam jugak sekejap. Saya jawablah, "yes she does. She is the one who ask me to smoke!!" Dia pulak gamam.

Pasal belajar pulak, dia nilah yang paling banyak sekali bertanya masa dalam kelas. Saya ingat saya sorang aje yang berbuku, tapi ada mat salleh lain yang sama-sama berbuku jugak. Orang dah nak balik, masa tulah dia dok tanya lagi. Tapi kalau di pikirkan balik sekarang, memang apa yang dia tanya tu memang soalan yang betul-betul nak tahu, cara orang nak belajarlah. Cuma kita ni aje yang banyak nak main.

Jadi semangat macam nilah yang kita nak masterji. Saya ni tang cakap tu bolehlah, tapi dulu sama jugak, lebih main dari belajar. Nasib baik tak ada kesempatan jadi Al Capone.....

azaman

Noor Jahan said...

En. azaman, saya tertarikh baca your comment on nenek yg belajar tu. Mmg byk kebenarannya sbb pengalaman saya sendiri yg belajar 'part-time' suatu ketika.

Pada mulanya kelas ada 54 org lpas tu beransur2 kurang dan lastly tinggallah lebih kurang 50% dari yg asal....especially mereka yg datang kerana ditaja oleh syarikat...sudah hilang!! Sorry to say that mereka ini jugalah yg tidak menghantar 'assignement' ikut deadline.....hadir kelas lewat dan sebagainya.

Tapi, apabila kita belajar utk meningkatkatkan knowledge, caranya berlainan....as you mentioned..byk bertanya & bersungguh2..dan apabila kita berjaya tamatkan pembelajaran atau kursus tersebut, maka itu adalah satu satisfaction!! ini mungkin tak jauh beza dgn En. Rafi kita yang byk mengaut ilmu dlm perjalanannya menuju ke puncak....sama2 lah kita tunggu article seterusnya....