Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 27, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DI BERJAYA TIMES SQUARE


Masterji dijemput untuk berbuka puasa di Berjaya Times Hotel dan melihat perkembangan Berjaya Times Square yang begitu pesat.

Jemputan berkenaan datang dari salah seorang mentor Masterji iaitu bekas "boss" lama, Mr Ng Chin Sian. Beliau sudah menjadi Top Management Key Person di situ.

Pertemuan dua orang sahabat lama dan juga khas sempena buku Dulu Pencuci Kini Pengurus. Beliau terlalu gembira dengan pencapaian buku tersebut.

Beliau di tahun 2005 sering bergurau setiap kali kami berbincang perhal kerja.: "Abang Rafi hah, I think you better write a book lah..your way of thinking a bit high..." Kadang kami bertelagah perihal decision kerja dan cara penyelesaian masalah. Gurauan yang menjadi REALITI!
Kini buku tersebut menjadi Benchmark di Hotel berkenaan .

Mr Ng merupakan seorang "boss" yang banyak mengasuh Masterji perihal The Art of War bagaimana strategi Sun Tzu di kaitkan dalam konteks kerja.Sama sama pernah menjalankan siasatan dalaman yang kes nya hebat hebat belaka.

Gembira dapat bertemu dengan beliau dan juga staff beliau disana.

No comments: