Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 30, 2011

Take Charge

Amacam Raya? Best Tak? Mesti best kan.
Hati hati di Jalan Raya ya.

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54, kita harus rasa berbangga dan bersyukur kita bebas dari cengkaman , kita bebas untuk memerintah dan kita bebas untuk berdiri di atas kaki kita sendiri.

Selalunya bila kita bertemu, kita akan mengucapkan "TAKE CARE YA"...Huh , apa kata kita tambah lagi sikit..."YOU TAKE CARE AND TAKE CHARGE" .

Kita harus stand up to manage ourselves. Leadership is within. Everyone has that talent inside us , It's just kept inside and never use as we thought leaders are the one who only had positions. Wrong! We are all leaders. Take Charge and make success!

Take Care sahaja tidak mencukupi. Kita harus Take Charge,Take Control and be success!Selitkan sedikit ayat ayat motivasi pada percakapan kita pada siapa jua, ia bukan untuk menunjuk kita pandai tetapi mungkin anda berjaya menyelamatkan satu jiwa yang sedang merana, satu jiwa yang sudah putus harapan dan satu jiwa yang sedang berada diambang kehancuran atau kemajuan.

Anda boleh jadi penyelamat yang cemerlang! Lihat keliling anda dan pasti ada seseorang yang sedang menunggu kata kata peransang untuk membuka buku baru cuma suis mentol itu belum dipetik lagi. Jadi kan lah diri anda sebagai pemetik suis itu!

Malaysia sudah maju dan akan lebih maju , if we can take charge to iniatiate more happenings instead of just take care!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 54.

Salam Raya dari Masterji.

Friday, August 26, 2011

Raya lerr....


Salam pada semua pembaca yang dihormati, dikasihi dan semuga sihat menjelang Syawal ya.
Masterji ucapkan selamat Hari Raya pada semua yang berugama Islam dan selamat bercuti pada yang lain.

Blog akan rehat sekejap dan tahun ini Raya amat bermakna buat Masterji.
Pada Cik Fame Puan Noor Jahan, Encik Azaman, The One, Puan Saniyah Kadir Master Q, Adik Hafizah, Wanita Bertudung Hijau , Group Ron 97 , PSMB Samurai , Propel Management , Encik Bakri dan warga UTEM , Cik Aidah UTEM dan semua nya , Masterji ucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin.

Bagi yang memandu pulang ke kampung, hati hati dijalanraya, kalau ada halangan dan tergendala bersabar lah kerana kadang kadang tergendala tu adalah agenda yang wujud untuk kita mengenali hati budi, keadaan sesuatu tempat ,juga situasi semasa dam mengelak kan kita daripada mendapat bencana. Allah S.W.T sahaja yang mengetahui nya.

Mummy and all my family members , I hope you are reading this and we will celebrate it again this year ya. Bagi yang pulang ke Kampung, jangan lah lupa buah tangan untuk kedua ibu bapa ya. Kalau terjumpa anak yatim piatu wujudkan lah suasana kegembiraan untuk mereka ya. Mereka akan doakan kita.


Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti.


Wednesday, August 24, 2011

Second Birth!




Berita gembira Kak Rosna berjaya bebas dan pulang ke tanah air menyambut hari bahagia bersama anak anak nya. Hari Raya ini akan lebih bermakna bagi diri nya. Kebebasan hakiki dan selama nya. Harap dijadikan pengajaran bagi sesiapa yang lain.

Jangan hidup ibarat burung yang bebas terbang tetapi di dalam sangkar. Tak ada makna nya. Mungkin selepas ini Kak Rosna boleh dijadikan guru kesedaran selepas ini. Bagi sesiapa yang terjebak dengan isu Awang Hitam mungkin boleh mengambil pengajaran. Tetapi isu ini bukan sahaja terhad pada Awang Hitam, ada juga yang lain menggunakan wanita untuk pelbagai tujuan yang tidak elok.

Kadang kadang kita bersama dengan seseorang dan kita tidak sedar apa yang ada dalam bag besar, bag sederhana atau porch bag yang dibawa nya. Kadang kadang kerana tolong pegang kan bag seseorang untuk ketandas pun boleh menjadikan kita merengkok dipenjara. Tak kira lah apa saiz bag nya ataupun bungkusan.

Bukan sekadar bag atau bungkusan, malah didalam kereta yang kita tumpangi ataupun bila makan bersama sama dan berkongsi kotak rokok. Kotak rokok luar nampak rasmi tetapi isi nya bukan brand yang tertera seperti di kotak rokok.

Kalau kita salah seorang yang berada dalam kawasan berkenaan ataupun meja makan tersebut, maka cepatlah cepatlah buat keputusan menyelamatkan diri. Samada itu tetamu penting ke, kawan sepusat sepusing ke kawan lama ke, kawan baik atau apa jenis kawan sekalipun. Selamatkan diri anda. Jangan sekali kali berpandangan " Eleh, benda macam tu biasa lah " . Salah pandangan tu. Kita mungkin belajar luar negeri atau pun tempat tempat tinggi, perkara perkara yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. itu important fundamental tu tak boleh di "eleh eleh" kan
Kerana kalau kena serbu, semua yang berada disitu kena angkut dahulu, lain lain belakang cerita. Silap haribulan , kena check in dulu dalam lokap semalam dua sebelum dibebaskan. Kawan kawan juga, hidup kena ada prinsip. Tak kan kawan tak baca buku dan dapat nombor paling corot dalam kelas tu pun kita kena ikut.

Jangan keliru dengan budaya "gaya, akal , penampilan high class tetapi value low classs".

Bagi mereka yang berada dalam dilemma atau sedang derita menahan pilu, kerana ditinggalkan kekasih ke, dimainkan oleh kekasih ke, atau baru lepas bercerai ke, jangan lah cepat menyerahkan jiwa raga secepat mungkin pada wajah wajah yang cukup manis. Mungkin benar niat seseorang kita tak nampak tetapi kita boleh gunakan fikiran dan instint kita. Pada awal nya memang lah confirm nampak membantu, masa diperlukan tak sampai sepuluh minit dah sampai ke depan wajah kita dengan gaya lakonan yang amat realistik untuk membantu. Tetapi bantuan itu akan jadi jembatan ke pintu yang lebih menderita. Masalah dilemma pertama belum tamat , kena tanggung satu lagi masalah. ada kemungkinan masalah kedua lebih teruk dari masalah pertama.

Pepatah moden yang sering Masterji dengar dari rakan rakan " Fi nothing is free" . Kadang kadang , setiap yang melabur tu dah kira berapa .R.O.I ( Return of Investment ) untuk setiap sen yang dilaburkan nya dan bagaimana untuk mendapatkan nya. Rasa nya benar. Jangan mudah dan cepat memberikan kata kata " Take lah anything you want, life or others" pada seseorang baru yang belum anda kenali seratus peratus. Marabahaya. Walaupun di rekomenkan oleh sesiapa sahaja, anda sendiri kena buat judgement! Sebab , bila susah, kita yang akan menanggungnya dan sukarelawan yang merekomenkan tadi pun hanya boleh mengeluh atau paling tinggi hanya boleh berkata "Ohh iye ke..macam tu" Naya kita jadi nya.

Apa pun tahniah pada Kak Rosna, Syawal yang menjelma adalah kebahagiaan hakiki. Perolehi semula kehidupan kita.

Bukan dari kes Kak Rosna sahaja kita boleh jadikan pengajaran malah dari set Television kita yang bersaiz besar atau mega ataupun yang paling latest pun kita boleh dapat pengajaran. Kalau dulu drama minggu ini terhad hanya pada hari Ahad malam tetapi sekarang dah ada banyak channel termasuk Astro lagi untuk kita melihat drama yang berunsurkan pengajaran. Masterji selalu pesan pada keluarga, TV adalah sumber informasi dan bukan kebanggaan atau hiasan persembahan.

Apa kata kita pun tumpang bergembira pada syawal yang akan menjelma tak lama lagi,


Tuesday, August 23, 2011

Sekali salah daa...


Hi everyone, apa khabar semua? Mesti sihat tau. Cabaran di Malaysia makin lama makin kuat dan kesihatan yang mantap adalah sumber kejayaan.

Hari ini Masterji melawat Propel. Thank you so much pada Bos HR, Cik Rozita, Cik Aishah dan Cik Cik lain lagi. Best perbincangan hari ini. Soalan yang diutarakan amat berguna dan berfaedah. Tepat semua pertanyaan tentang 5S.

Hujan diawal pagi dan suasana cukup nyaman. Hari ini Masterji bikin kelakar lah...sudah silap sikit..ha ha ha.

Pulang dari Bangunan Propel dan menuju ke arah pondok parking sambil memandu. Seorang Abang menghulurkan tangan untuk meminta parking ticket..Masterji pun dengan pantas menghulurkan tiket berkenaan dari kocek baju kemeja yang berwarna biru strike putih. Tunggu punya tunggu , tiada apa yang terjadi kecuali muka abang tadi tersenyum dan melihat Masterji.
"Aiseymen, apahal ini brader tengok satu macam ni," kata hati Masterji.

Perlahan lahan tangan nya di hulurkan semula bersama parking tiket tadi kembali pada Masterji.
"Encik, salah kad nie..." Kata nya.

"Ohh iye ke Bang.., " Jawap Masterji sambil mengambil kembali "tiket tadi"..cis , rupanya business card Cik Rozita yang diberikan pada Abang Parking tu kerana disimpan pada tempat yang sama untuk tujuan mencari ofis sebelum datang tadi.
Lantas Masterji berikan tiket berkenaan dari kocek dan baru lah betul parking tiket. Kah kah kah..dan Abang parking tu pun turut ketawa secara kecil kecilan tetapi nampak macam meriah sahaja ketawa nya.

Tak pa lah...satu kenangan di Taman Desa. Sewaktu memandu pulang terbayang betapa meriah nya Abang parking tadi ketawa. Masterji ikut tersenyum ha ha ha. Hiburan yang pertama dalam hidup pagi ni. Meriah sakan Abang tu.

So hari ini tak da moral of the story kecuali Masterji dan abang tu gelak secara meriah sahaja.

Pada warga PSMB , Thank you for your comments ya. Hidup anda pasti ceria kan hari ini.

Pada Cik Fame, thank you for talking to me early in the morning. Jay Jay punya sejarah dan kenangan berbuka hari itu. Best and enjoyed.


Monday, August 22, 2011

Looking into my eyes...An evening with Cik Fame.

Salam pada semua peserta program Masterji dari PSMB. How are you everyone...Mesti sihat ya pasal raya tak lama lagi. Gembira dapat bertemu dengan anda semua pada minggu lepas. Kenangan yang mengusik jiwa. Munirah, Aishwara Rai, Salman Khan , Nazri, Aidid, Normala Samsudin, Suzie, Preity Zinta, Fahmee, Jasmin dan lain lain lagi terimakasih ya kerana menghadirkan diri walaupun ketika cuti. Warga PSMB secara asasnya memang terrer pasal Human Resource Management. Bilik latihan bergema dengan kegembiraan dan Masterji perasan tiada yang terlentok walaupun di bulan puasa. Great!

Pada Nazri, Azri, Fahmee terimakasih kerana sudi menumpangkan Masterji untuk pergi solat ya.Lain kali boleh dapat sticker ya! Gembira sangat. Khutbah Jumaat yang bagus dan menarik. Diantara nya ..."Puasa tinggal beberapa hari lagi maka jangan dipandang sepi malah kejar lah ia dan double up kan effort untuk meningkatkan amalan menjelang last last minute di bulan yang mulia ini". Benar kerana Ramadhan tahun depan tiada gerenti kita akan bertemu dengan bulan mulia ini.

Pada Warga PSMB tentu masih ingat dengan key word...Looking into my eyes ....ha ha ha, Kesian Moon atau Cik Munirah..ingat key word tu ingat lah Masterji ya. Nazri dah guna pakai dengan baik. Fahmee jangan selalu usik syuhul tu ya..kesian dia.

Pesanan Masterji, bila belajar make it simple, make sure key concept explained and captured by students and make HRM as profitable centre and not a cost centre!

I will see you again. Do keep in touch ya.

Group 1: Bersama Aiswara Rai yang berbaju hitam, Professor Fahmee cute, Jasmin filem star dan Preity Zinta.


Group kedua: Moonnn looking into my eyes, Shahirah, Suzie ( hebat ya posing ha ha ha ) Aishah yang begitu ceria dihari kedua, dan Normala Samsuddin the thinker.


Group ketiga, Salman Khan, Nazri ( nakal dan pintar ) Syuhul, ( Hebat , sakit pun datang kelas ) Aidid ( mirip Sidi Oraza) dan Miss Tan ( Leadership thinker )

Best student paling banyak dapat sitcker..Nazri . ha ha ha depa kata sitcker tampal sendiri waktu lunch, kesian Nazri. Anyway syabas ya Nazri.



Perghhh fuhlamak..best group..memang terrer last minute pick up pasal Moon dapat lima bintang sekaligus! Looking into my eyessss..

PSMB Samurai, anda semua cemerlang. Please do your best in HRM!

AN EVENING WITH CIK FAME AND JAY JAY...
Pada petang nya pula selepas program di PSMB , Masterji berbuka puasa bersama dengan Cik Fame , Puan Noor Jahan yang dihormati dari Higashifuji di Shah Alam dan kami di hiburkan oleh Jay Jay...ramai nya peminat dia.
Cik Fame betul betul Fame pada hari tu, selalu jumpa pakai Uniform kali ni nampak lain benar. Nampak lebih muda ya ...tak pa nama pun Fame kan. Syabas dan terimakasih ya kerana sudi berbuka puasa dengan Value Gude Training Consultant Team.

Turut hadir ialah team members dari Value Guide , Puan Saniyah Kadir Master Q dan Adik Hafizah.

Semua nya happy dan lupakan Masterji bila nampak Jay Jay ..kah kah kah...thank you dan I really enjoyed! Cik Fame sempat bergambar dengan Jay Jay lagi... Thank you Cik Fame

Dan selepas itu di sebelah malam bertemu dengan kawan kawan serta Encik Azaman yang dihormati di Seksyen 7 Shah Alam. tight betul schedule hari itu. Ha ha ha satu lagi sessi pecah perut di sana. Rindu benar pada Encik Azaman. Ha ha ha happy dapat jumpa. Re Union yang hebat. Mamak kedai panik tengok geng kita berborak..bergaduh ke atau berbincang dan siapa tengah bercakap dengan siapa pun tak tahu..ha ha ha.

Berita dari akhbar yang menggembirakan, derita Rosna Shariff di Peru telah berakhir. Beliau dalam proses berjaya pulang ke Malaysia beraya di sini. Sudah bebas dari kes Keldai Dadah, syukur! Bertemankan orang yang salah , anda akan tenggelam tetapi bertemankan orang yang betul , anda akan timbul selalu dan berjaya! Ingat tu, jangan cari salah teman!

Thank you to all.


Thursday, August 18, 2011

Encik Rafi....please come.

Semalam Masterji ke UTEM Melaka bertemu dengan Pejabat Pembangunan. Cik Aidah yang pernah Masterji ceritakan dulu seminggu sebelum ada call..." Encik Rafi..please come" . Ok sure kata Masterji.
Banyak perubahan yang lebih baik telah dilaksanakan oleh mereka. Tahniah pada Ketua 5S yang gigih Cik Aidah dan semua anggota yang terlibat ya.


Wow..Encik Zainal punyai notice board yang baik.


Tak tahan melihat nya...semua cawan disusun dengan sistematik . Kata depa" memanglah bulan puasa Encik Rafi..." ha ha ha tetapi Masterji datang semalam dah penuh dengan lagu syawal aje....macam macam lagu Raya ada.


Adik Manis , P.A. yang berjanji pada saya " Encik Rafi...I janji bulan depan Encik Rafi datang, tempat I paling kemas tau"
So dia dah janji maka gambar ini adalah janji manis kita yer..janji manis 5S ! ha ha ha..Bulan depan Masterji datang dan pastikan kemas ya My Adik Manis...



Pakai topi dan disusun dengan sistematik. Wow! Zone Staff yang termanis dalam meeting semalam.



Tiada kerugian, can be used, taken and returned by anyone, anytime ! Zone Ketua 5S Cik Aidah.



5S Zone corner yang tercantik.

Hebat dah Pejabat Pembangunan. Banyak dah perubahan ya...Masterji rasa boleh buat lebih lagi...thank you to everyone..semua nya gembira melihat dan berjumpa Masterji..
Hah..jangan lupa kirim salam kat tiga wanita jelita yang semalam merakam gambar dikala kita sedang berhempas pulas nak melihat perkembangan 5S ..ha ha ha ha ha Masterji tak tahan ketawa lah...tengah ada yang separuh mati nak mencari alasan nak menjawap dengan Masterji, mereka bertiga dengan ayu nya merakam kan gambar pada tempat kejadian dengan aman dan sentosa..ha ha ha ha Hai lah... Macam filem Hindustan lah pulak...

Ok bulan depan kita jumpa lagi ya..Selamat Hari Raya Aidilfitri ya..Maaf , Zahir dan Batin.

Pada Cik Jah..masih ingat Masterji lagi ya, terperanjat juga ada orang tegur ketika di Tol Ayer Keroh ketika nak ke tandas. Kawan lama tempat kerja tetapi dia di cawangan Johor. Ok Jah thanks for your comment..Rafi dah berumur dah Jah...cuma masih slim aje. Harap Cik Jah and family sihat ya hari ini.

Untuk mereka yang bertiga merakam kan gambar macam filem hindustan, Masterji hadiahkan lagu dibawah ini ya...
Mohabbat...anda bertiga macam Pretty Zinta...



Wednesday, August 17, 2011

So what's next?


Salam pada semua pembaca. Sibuk dua tiga hari ini.

If you are promoted , that is good. If you have achieved something that is good. But what are you going to do next? What's your next target?

You may have been promoted recently. Are you slowing down or just maintaining? Wrong and you should not do that. Be prepare for your next move. Your competitor is watching and learning of your high and low performance. The moment you felt complacent, you are not competitive and when you are not competitive, you are sleeping comfortably. There is where you will be overtake.

Your promotions yesterday was for your past achievements. Past is history and next what can you offer? Organization will die if there is nothing new. Performers will die if they are not competitive anymore. They've gave you the promotions for what you done before but at the same time waiting and very much looking forward whether they had given the promotions to the right people. They are waiting from your something new, better and more profitable!

So don't stay complacent, always ask your self ...So what's next?

Pada Encik Azaman, ha ha ha ya macam Multi Level Marketing pula. Seorang kaya menjadikan yang lain kaya. Tak pa and is always welcomed! Ya kalau seragam kadang tak ceria pula ya..life kadang macam Bollywood bewarna warni..Anyaway kalau MLM, You are one of the contributor. Dah hantar komen pakai sms dan hantar masuk blog pulak. thank you ya...I hargai.

Pada my great learner, Cik Fame , Puan Noor Jahan, thank you for the comments.Ya Insyaallah kita sama sama berkongsi pahala. Semalam Puan Saniyah Kadir report perkembangan Higashifuji....kata dia tahap WOW!

WOW tahap tertinggi dalam kecermerlangan organizasi. Bak kata Robin Sharma
"Be a merchant of WOW.....In this experience economy, we now live in, the customers must be taken on a journey from start to finish that makes them go "WOW" ".
Higashifuji is WOW and The HR Key person Cik Fame is also WOW! Keep it up ya.
Seronok kami berborak semalam. Macam macam good points yang Master Q Puan Saniyah Kadir cerita.

Pada The One, hah lama tak perangat blog Masterji...baru balik Checko ya...ya benar perkara yang kita bawa pulang bila kita ke sana nanti. dua dari nya ada di Blog ini. Tepat dan saya sendiri terharu. Syukur kita berada di landasan ini dengan kedua perkara yang yang akan kita bawa pulang kesana. Amal jariah pengetahuan dan ilmu pengetahuan. Kaya di dunia, bangkrap di akhirat pun tak guna kan. Marilah bersama kita menulis dan berkongsi pengetahuan pada yang lain. Mungkin blog seperti ini yang tidak merapu dan double meaning tidak kerap di lawati seperti kedai buku yang pelanggan nya boleh kita kira dengan jari tetapi agenda harus diteruskan. Walaupun minoriti tetapi kadang dalam organizasi yang besar kejayaan nya digerak kan oleh minoriti. Wayang yang berkualiti selalunya kurang orang tetapi berjaya dalam kelas yang lebih gemilang.
Thank you The One...

Pada Cik Suhana, lama tak jumpa ya. Ya masih ingat Masterji buat 5S disana. Apa khabaq orang Kedah. Lama dah tak pi makan nasi kandaq kat sana. Lagu mana dah sekarang ni kat sana? Harap masih baguih no...ha ha ha tukar slang pulak dah. Hope the best for your company ya. Insyaallah akan sampai ke Sg Petani lagi. Masih ingat macam mana kami sesat jalan nak ketempat anda dulu. Terimakasih ya hantar sampai ke kedai makan dulu. Ha ha ha. Itu gambar lama. Sekarang dah lain. Anyway thank you.

Pada Ron 97 , dah habis periksa kan...ha ha ha ha tension habis ya...amacam senang tak jawap soalan? Ada jumpa Bomoh tak tanya soalan apa yang keluar..ha ha ha...tak pa don't worry saya yakin anda semua boleh lulus kerana begitu lah terrernya ketika berada dalam kelas. Hope the best ya.

Pada yang lain lain thank you so much. Pada Cik Wanita bertudung Hijau...apa khabar? Harap sihat ya.


Saturday, August 13, 2011

MTM


Saturday again. It's busy everywhere. Raya is coming very soon. Many of us busy preparing. Kids are the most happiest people now. Everywhere you might see, parents are caring enough to ensure they have new clothes in Raya time.

Me , ha ha ha Masterji is one of them. Thought this year to have the same colour dress for our family. Something new and just to create "Togetherness" sense. As time goes on, many of our kids are being to lonely. The way kids are brought up today is different. They have spend private time more than with family. Those days , kids doesn't have the privallege of having a personal room therefore they can be seen in the main hall of our house but today, most of them are given rooms and most of them spend too much time in their room with full compelete needs such as PC, TV, and others. No time for family communications. Well perhaps we should still find ways not to let them being alone for long time. Loneliness may make the kids reverse from being foward!

Anyway , I am arranging some papers and photographs for my book writting. I had some collections of my own evidence of success story and how I practice MTM. What's MTM? Make Them Memorable. How I 've made many people became success and later legend in their field through out my training, coaching activities and in my past working experience. I had stopped for while and really thanking Allah S.W.T of making me as what I am now.

I had never thought that , I will reach the point where I am now. Thanks Mr Azaman, and I could see some images in shadow of my mind when that moment came just now. Images of people who showed me the way to success and not to hell.

I was holding, some of my previous subordinates photo with trophy and rewards in hand as I supervised and coached them so that they can become MTM Results. I was also holding some of my students and participants amoung supervisors , managers who I turned them into MTM! Including the great Puan Noor Jahan Aka Cik Fame, Mr Bakri and Puan Azarina from Adabi.

Making us success is important but making others success is even greater. I hereby urge every key people who read this, please do MTM. It's wonderfull and just simply great. You had light up a life for someone else! You had make someone else to take out their level best from within to be successful. You had given them a new rice bowl and better name to survive in their respective carreer. I had just brought them to walk a bit more extra in knowing they can perform better and it's true they can do it.

Managers who practice MTM will be ussualy remembered more rather that the others. Get the best out of them and make them memorable too!

Thanks for all sms I received for Sivik. Agreed with your comments. It's all about developing the right attitudes before anything else in making success for a country! Thanks.

MTM ya..pahala nya insyaallah banyak.

Sivik


"She Wants to run, Going on, Point of no return,
No looking back, Hope is gone Just A slow burning,

What's left is ripped apart,
Heavy Chains on Heavy Heart..."

Lagu popular daripada kumpulan Loudness ..Heavy Chain. Kumpulan yang pernah satu ketika dulu membuat jiwa anak muda bergocang hebat dan warna yang diperkenalkan oleh Loudness menjadi warna t-shirt, bag seluar dan macam macam lagi. Tempoh hari , Mereka melaksana kan konsert di Malaysia. Masterji terlepas peluang untuk menatap mereka dan terutama sekali Akira Takasaki..gitarist yang hebat dari kumpulan berkenaan merangkap pengasas pada kumpulan berkenaan.

Heavy chain ini memang penghalang pada kehidupan. pada sesiapa yang ada rantai berat menghalangi kemajuan diri anda, patah kan lah rantai berat berkenaan atau buang jauh jauh kalau boleh ketempat yang rantai berat tu tak akan muncul kembali. Tak sangka belasan tahun selepas meminati loudness, Masterji dapat sampai ke Negara asal mereka, Japan.

Ada macam macam di Negara Matahari Terbit itu.Banyak kenangan manis dan mata pelajaran yang Masterji perolehi di sana.

Masterji di Ibaraki selepas pulang dari latihan. Menuju ke Hotel.Suka melihat kedai mereka. Kemas dan bersih serta labeling yang cantik cantik.


Menaiki bas dan sebelum menaiki bas, semua nya beratur dan dalam bas sungguh bersih.

Sangkut di Asrama pekerja Malaysia yang berada di Jepun. Ada S.O.P yang jelas bagaimana nak menghuni asrama di situ. Hebat!


Masterji di hantar pulang ke stesen keretapi untuk ke Airport dan pulang Ke Malaysia. Tiada sampah yang bertebaran di atas jalan. Masterji ingat kaki Masterji panjang maka jalan laju, rupa nya mereka disana walaupun ada yang lebih rendah daripada Masterji, jalan lebih laju lagi.


Masterji di Kansai Airport Osaka. Sayonara !

Bila dikenangkan kan semula, mungkin kita kena akur yang mereka berjaya kerana cepat berdisplin. Disana, ada kedai makan yang selepas makan kita sendiri kena hantar ke dapur atau tempat cucian. Di sini boleh buat ke? Boleh mungkin kerana pekerja pekerja yang bekerja di syarikat Jepun di Malaysia sudah terlatih untuk buat kerja seperti itu.

Disana , Tsunami yang melanda, tapi rakyat yang kena tempias atau pun menjadi mangsa dengan tenang beratur mengambil makanan dan yang pelik nya selepas itu kawasan bersih dan semua nya masuk tong sampah.

Di sini, setiap hari Sabtu adalah hari Kesedaran Alam Sekitar dan tiada pemberian bag plastik ketika membeli barang. Di sarankan membawa sendiri ECO bag ataupun bag lain dan tak perlu guna plastik untuk alam sekitar. Tetapi apa yang jadi? Ramai pekerja kaunter yang tak bersalah dimaki hamun dan di tenking. Ramai yang mendakwa bijak pandai tetapi sivik kurang.
Saya tak pasti sekarang tetapi kalau katakan lah ia berlaku di Jepun, mungkin ia sudah jadi satu kebudayaan bagi mereka setiap Sabtu, pakai bag sendiri. Dan pasti berjaya.

Kenapa ya? Mungkin subject Sivik di sekolah tak boleh buat macam dulu..kadang ada Cikgu dan banyak kali tak ada Cikgu. Sepatut nya negara membangun seperti Malaysia haruslah mementingkan subject berkenaan. Kalau boleh jadikan lah subject utama dalam peperiksaan.

Jangan salah faham, bukan kita tak ada sivik tetapi boleh jadikan kita lebih maju!

Pada Cik Fame, ha ha ha teruskan kuih 5S. Something new. Be Different! Betul jangan selesa sangat. Try to do better than yesterday, do greater after today! Cantik nasihat Cik Fame tu.



Thursday, August 11, 2011

Triple K!


My advise today to a group of students;

" A Lot of people don't get anywhere with their job because they spend far too much time doing their job which is good but it would be far better if we can avoid from being invisible to important people in the organization"

The key word is:
GET YOUR FACE KNOWN,!
GET YOUR NAME KNOWN,!
GET YOUR ACHIEVEMENTS KNOWN!

Ok guys!

Pada Cik Fame...wow banyak nya agenda Puan Noor Jahan! 5S Innovative Competition pulak dan gotong royong di bulan puasa. Hebat ya . Tau kenapa? Bukan senang menerapkan kebudayaan cemerlang ditempat kerja. Kadang untuk mengubah manusia mengambil masa bertahun tetapi anda berjaya membuktikan ada jalan nya dan boleh! Tahniah ya. Ha ha ha dah tempah baju raya ya. A well prepared person ya. Masterji baru saja nak mula. Tentu banyak buat kuih ya. Apa kata buat satu model kuih baru tahun ini, Kuih 5S! Ok tak idea nie...Puan Noor Jahan yang saya kenali bukan boleh dipandang rendah...silap silap nanti dia buat betul betul macam buat lagu 5S ..tak ada syarikat lain yang buat tapi dia mampu dan boleh buat. Ha ha ha kalau ada nanti Masterji datang rakam gambar ya.

The One jumpa saya hari ini kata baru balik dari Checko! Wow best ya. Siang lebih panjang dari malam dan puasa nya lebih lama. Lebih lah pahala nya tu...Great The One. Nanti boleh lah share experience ya.

Tuesday, August 9, 2011

Take Care


Dr,

Thank you for the good advise yesterday early morning. I hereby quote it and put it into my blog for all my beloved readers.
"Brain make money but it depends on the strength of your body. Healthy body make brain produce more money , unhealthy body will never bring you anywhere even your brain is good"

Great! Short simple and precise. We must be healthy. Physically fit as our body conditions will support our brain to think for survival.

Benar , otak akan berikan jalan untuk mendapatkan wang tetapi kalau badan tak sihat ia tetap tak kemana.

Thanks Dr, and I will take it forever. Anyway nice sms from you..."Suprised , it was Masterji with me early in the morning". You must have got my card from the counter. Nice conversation we had Dr.
Everywhere can be a learning centre and anyone can be our teacher. That 's my policy.
You're good Dr. thank you.

Cik Fame, Puan Noor Jahan sekarang tengah buat improvement plan apa pula ya? Perhaps you may share with us ya...I always keep in mind that you will surely had something going on. Agenda after agenda. You had plenty of cards in making improvements..for sure.

Nanti boleh lah share ya. Thank you for being consistent in giving comments and reading Masterji. Nak usik sikit, dah beli ke baju raya?

Monday, August 8, 2011

Boboi


Hari itu...
seorang kanak kanak perempuan yang berumur tujuh tahun, seorang lagi pun sama kanak kanak perempuan yang berumur 13 tahun dan seorang kanak kanak lelaki yang hampir remaja sedang mengikuti Boboi..."Nama saya Boboi, nama Bapak saya Koboi"
Mereka lantas ketawa.

Boboi tersenyum riang sambil berjalan terhenjut henjut , kadang kadang meloncat loncat sedikit dan berperangai sedikit pelik. Nampak sangat perangai keanak anak kan nya. Yang berumur tujuh tahun memegang erat tangan Boboi dan gembira. Yang berumur 13 tahun, ketawa pecah perut melihat tingkah laku Boboi dan budak yang hampir remaja tu sedikit merungut melihat perangai Boboi tetapi tidak dapat mengelak kan perasaan ingin ketawa nya...Mereka lucu melihat perangai dan gelagat Boboi..,di belakang mereka berdiri seorang wanita , ibu kepada ketiga tiga orang budak tadi. Juga ketawa dan mengeleng gelengkan kepala melihat gelagat Boboi....,

Sampai sahaja di sebuah pasaraya, Btoboi ternampak aiskrim nak menjerit ...nak aiskrim , nak aiskrim, jom kita makan aiskrim nak tak..Boboi bertanya pada ketiga tiga kanak kanak tersebut..mereka gembira ketawa melihat Boboi. Mereka semua bersetuju.
Yang berumur 7 tahun tu berkata.."jom lah Boboi...ok Boboi.". Yang hampir remaja tambah mengeleng tetapi ketawa...

"Auntie, Auntie...kita orang nak makan aiskrim...Auntie belikan lah ya" Boboi berkata pada ibu ketiga tiga orang budak itu.

Wanita berkenaan lagi kuat tersenyum dan mengeluarkan wang untuk belikan aiskrim untuk mereka berempat. Gembira mereka berempat. " Auntie Boboi nak yang kaler nya coklat tu ya..yeh yeh yeh Auntie best..Auntie best" Kata Boboi.

"Auntie ada tisu tak...mak Boboi marah kalau Boboi makan aiskrim nanti kan selekeh...." Boboi.
Wanita berkenaan keluarkan tisu dan berikan pada Boboi.

Ketika menaiki exculator, Boboi membuat gaya Superman terbang dan budak yang berumur tujuh tahun tu amat gembira dan ketawa berdekah dekah. Yang berumur 13 tahun juga gelak sambil menekan perut tetapi yang besar dan hampir remaja tu, sedang memegang Boboi tetapi masih ketawa secara malu malu. Ada juga mata keluarga lain yang memandang dan sedikit terhibur dengan gelagat Boboi...mereka pelik tetapi ketawa.

Sampai sahaja di satu floor dan ada permainan video untuk kanak kanak Boboi lah yang pertama menjerit dan meloncat loncat sedikit.." Nak main game, nak main game..." Kata Boboi. Terus disokong oleh yang berumur 7 tahun tadi. Mereka berempat bermain game.

Yang berumur 7 tahun duduk dan membaling bola bersama sama Boboi. Bila bola masuk jaring
" Yeh kita menang , yeh kita menang..." Kata Boboi.

Budak yang hampir remaja tiada lah lain selain gelak dan sedikit merungut melihat Boboi . Segan mungkin...

Di adegan yang lain ,
"Auntie , Auntie nak buang sampah ya..nanti Boboi buangkan ya..yeh, yeh, yeh , yeh..dapat buang sampah" Kata Boboi pada seorang wanita. Wanita itu setia mengikut Boboi dari belakang dan memberikan bungkusan sampah itu pada Boboi."Ye lah Boboi..Auntie bagi sampah ni kat Boboi ya" sambil wanita itu mencubit pipi si boboi.

Wanita berkenaan memegang tangan Boboi lewat senja itu selepas berbuka dan penuh kasih mengatakan " Happy having you in my life".

Hahaha ha Boboi juga tak tahan ketawa dan mereka gembira.
Boboi adalah suami nya yang berumur sekitar empat puluhan.
tiga orang budak budak tadi adalah anak anak Si Boboi. Termasuk lah yang hampir remaja tadi.
Dan Boboi itu adalah Masterji..ha ha ha ha.
Itu salah satu cara Masterji berikan masa pada keluarga dan berhibur bersama mereka.
Tak salah dan janji kita bahagia. Masterji sendiri pun tak tahan ketawa. Agak kerap juga Masterji berbuat begitu dan family amat menyukai nya termasuk semua anak saudara Masterji.

Mereka kadang bertanya bila berjumpa Masterji.."Boboi apa khabar "...
Masa marah , kena marah masa gurau kena gurau. Kenangan Manis seperti itu adalah lebih mahal dari hadiah berjuta untuk anak anak dan keluarga.

"So be jokeable. Relax.Yes, go for world class, but blend that drive with a sense of happiness"
- Robin Sharma.

Bak kata Rahul pada anak nya Anjali..."Ayah sanggup buat apa sahaja pada mu anak ku"
Filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 yang Masterji tonton di Singapura sewaktu program latihan Lakonan SRK dan Kajol. Setahun selepas Dil To Pagal Hai meletup dipawagam.

An....An..ja..li Anjali sedap nama tu.

Puan Noor Jahan yes! cantik idea tu. pakai nombor kan. Ok nanti Masterji tolong rekomenkan. Memang Masterji 5S lah Cik Fame sekarang. Thank you.

Pada para pembaca lain terimakasih kerana sudi membaca ya.. kadang kadang kita kena jadi Boboi.

Saturday, August 6, 2011

Way to the top

Suggested by Jeffrey J. Fox, the author of HOW TO BECOME CEO,

"Don't go over budget"
" Find new and less expensive ways of doing things. The Corporation will be improved and you will be appreciated"

I strongly agreed with everything above and especially you will be appreciated. To be a Supervisor , Top Management will judge your basic management skills but to go further , it has to be cost reduction skills and making your organization financially strong and profitable.

Don't you want to be a CEO?
Don't you ever dream for that? Don't you know that , you might have the ability to be one?
Or just simply don't believe yourself that you can be one?
Is there any specific law in the world disallowed you to be one?

Make a business card of your name with CEO position first thing tomorrow morning even you are not one yet. Display the card in your wallet, on your table, on your car dashboard , at your room door and make it as your vision. Make it Visual than I believed you can be one. You will never know if you never try. Never underestimate yourself!

When you become one, give me a ring and tell me..."Masterji, I made it and now I am a CEO of so and so company"!

Thursday, August 4, 2011

Nasi Goreng lah.....,


Salam sejahtera pada semua para pembaca ya. Cik Fame ...rancang nak call esok tanya khabar ...tapi tengok comment ada Masterji urut dada dah. Thank you my Masterji ( Dah Up grade sekarang )

Mas...hah pakai saree ke raya nie..aduhai ha ha ha ha ha ha gelak besar Masterji ...ok suka tengok anak murid Masterji jadi one Malaysia dari segi kebudayaan ya. Tak pa selagi amalan ugama kita kukuh. Lagipun bangsa lain dah mula pakai baju kurung dan sebagai nya kan...Jangan suruh William dan Farhan pakai saree pulak ya....ha ha ha nanti Masterji minum diesel ,,up sikit dari petrol...Yang lain lain beli berapa pasang ya Mas...HR Director kita beli baju kot agak nya raya nie..how are you my HR Director..sihat tak...Cat Woman macam mana...sihat tak. Puvan handsome apa khabar? Azlinah cik wangi thank you for the comment dalam Un Wanted gift ya..betul needles punya pasal boleh dapat suprised gift bak kata Puan Noor Jahan..

Mas harap sihat dan selalu selalu lah kirim comment ya. Exam dah dekat kan. Masterji doakan yang terbaik ya. HR Director kindly guide them ya dan kalau buat approval tu cepat cepat lah sikit ya..ha ha ha Anyway you've got the style as HR Director..syabas.

Hari ni Masterji nak cerita pasal babak giving instruction ya..pengalaman menarik yang Masterji tengok kat satu kedai Mamak sewaktu berbuka puasa baru baru ini. Masterji duduk sorang sorang dan sewaktu menunggu waktu berbuka ada juga family yang tengok tengok Masterji kenapa tak makan lagi walaupun makanan dah ada atas meja dan minuman. Sure depa dok ingat...Bai ni puasa jugak ke..ha ha ha tak pa dah kira biasa. Suasana kedai makin sibuk memandangkan waktu berbuka hampir tiba.

Ada satu family yang duduk depan Masterji sedikit bertengkar dengan waiter mamak kerana waiter itu tersalah hantar jenis nasi goreng yang diminta. Nasi goreng yang di harapkan ialah nasi goreng masakan melayu cara thai tetapi waiter tu berikan nasi goreng mamak style haru biru jadi nya pasal waktu berbuka dah mula nak masuk.

Dari awal lagi Masterji melihat mereka masuk dan duduk. Keadaan masa tu benar benar sibuk dan waiter semua kelihatan sibuk dan terkejar sana sini. We should seize the situation in any places before making any movements sepatutnya.

Sewaktu menempah makanan dan minuman , ia menjadi seperti tidak tersusun. Ada yang minta air dulu , ada yang minta makanan dulu dan Masterji perhatikan mata waiter berkenaan ketika itu gelisah kerana sambil mengambil order sambil melihat persekitaran. Ada yang bercakap serentak dan ada yang bertanya. Tidak kemas keadaan itu.

Masterji terdengar perkataan nasi goreng sahaja dari mereka dan bukan secara terperinci nasi goreng fashion apa. Maka waiter tadi dengan keadaan yang sibuk dan pengetahuan komunikasi yang kurang, tidak dapat meneka impact pada keadaan itu. Maka lain yang di order lain yang dapat. Mungkin waiter itu harus bertanya nasi goreng jenis apa dan tidak di nafikan kita juga harus melihat suasana sesuatu keadaan itu bila ingin berikan arahan.

Ia harus tersusun dan organized. It has to be someone in the group to take simple leadership initiative to control the rest. Susun kan supaya tiap sorang memesan jenis minuman terlebih dahulu dan kemudian makanan secara bergilir. itu yang Masterji selalu buat ketika berada di kedai makan bersama keluarga.

Masterji selalu melihat anak mata waiter sebelum memesan makanan di takuti ketika itu fikiran ditempat lain dan gaya sahaja seakan mengambil order kita. It needs a leadership approach and what Puan Saniyah Kadir says, a little bit more extra..walk a bit more extra miles. Is what like Cik Fame Puan Noor Jahan says, take charge fast, Is like what sifu Azaman told us, use the right words. Say what you want!

Make it organized where ever you go. Kids are watching and let them learn. Developing the next generation would require examples from us and walk extra a bit more. They will capture that someone will have to speak first, to make sure, to control and to plan!

"Being organized will be the separation points between a looser and a winner".
Therefore bila kita ingin memberikan arahan, haruslah kita melihat situasi sesuatu keadaan ya.

Ok guys...jangan lupa ya. Pada Ron 97 jangan main bunga api dan mercun banyak banyak ya nanti anak anak menangis tak dapat main bunga api tu. Ha ha ha....

Monday, August 1, 2011

The Un Wanted Gift.


Syukur pada Allah S.W.T , kerana kita berjaya mencapai pahala berpuasa setelah selesai hari pertama. Macam macam ragam kan hari ini. Bagi yang merokok termasuk Masterji, akan terasa sangat dugaan nya tetapi bagus untuk kesihatan kerana berjaya kurangkan merokok.

Exercise? Masih buat...cuma kurang sedikit dari hari biasa dan selalunya pukul 6 petang. Harus kerana kalau dtangguhkan selepas raya, ditakuti tidak akan menjejak kan kaki lagi ke gym ataupun track. Tak semestinya membina otot ya tetapi Masterji fokus pada fitness dan kesihatan kerana fitness adalah lebih mustahak dalam membina kesihatan dan stamina. Orang yang membina otot jarang jarang Masterji tengok berjogging tetapi jogging bagus untuk stamina dan terutama sekali jantung. Fitness membuatkan kita sihat dan sedikit berotot . It's ok as long as we are healthy. Shape kena jaga dan badan harus sihat. Sebenarnya boleh bersenam di Bulan puasa ni dan lebih senang untuk push up kerana perut kita kosong dan tidak mengah. Try it ya.

Siang tadi sewaktu Masterji membuka fail fail lama terjumpa satu risalah dan dokumen latihan lama daripada aktiviti PROSTAR. Aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, lama dahulu untuk mencegah penyakit yang tiada ubat iaitu HIV ataupun AIDS.

Sekarang Masterji tak pasti samaada aktiviti PROSTAR masih hidup lagi atau tidak. Ketika itu tahun 1996, Masterji bekerja dijabatan latihan dan di hantar untuk memasuki kursus PROSTAR selama seminggu di Pulau Pangkor. Tujuan syarikat mengantar Masterji ke kursus berkenaan adalah untuk memberikan kesedaran pada para pekerja di syarikat Masterji berkaitan dengan kesedaran tentang betapa bahaya nya penyakit tersebut. Kursus berkenaan adalah percuma tajaan kerajaan dan disertai oleh murid murid sekolah menengah, para penuntut Universiti , pasukan berseragam dan juga para pekerja dari pelbagai syarikat. Ketika itu Masterji adalah peserta yang paling tua sekali. Seoronok juga bersama mereka. Ada banyak aktiviti yang diberikan termasuk lah ceramah, membuat lakonan dan perbahasan. Gelak besar Masterji bila dipilih sebagai salah seorang pembahas. Kah kah kah...Masterji berbahas seperti mengajar tanpa slang bahas dan mereka yang lain lebih hebat. Ada juga yang Masterji, lain yang dihafal lain yang keluar ketika bahas sampai terlajak pada isu harga bekalan makanan yang tinggi dan ada juga yang bila putus idea terus kata, saya..errr...saya...err...saya tak ada apa nak cakap maka saya memohon diri ajelah...ha ha ha. Gelak besar. Kami yang bekerja ni, terpaksa berlawan bahas dengan para penuntut Universiti yang kebanyak kan mereka pakar bahas.

Kumpulan Masterji menjadi pembangkang dan menahan kan hak pesakit AIDS supaya status mereka tidak didedahkan dan macam macam lah terkeluar termasuk lah dialog anak ku Sazali, "Kalau dua puluh tahun dulu Bapak pukul Sazali, ya mungkin Sazali boleh berubah, Siapa yang tidak kenal Sazali ,ketua Samseng yang paling besar dikota Singapura ini, apa sahaja yang Sazali mahu Bapak berikan, sayang anak ku Sazali , Bapak yang bersalah..." Lebih kurang begitulah yang Masterji sampaikan ...disambut dengan tepukan gemuruh dan diakui kebenaran nya oleh pembahas pihak pembangkang selepas itu. Masterji sendiri pun gelak kerana macam slang langsung tak macam bahas..kah kah kah. Manis kenangan itu.

Masterji nak cerita sikit babak yang Masterji belajar ketika itu. Sensitif sedikit tetapi bagus untuk kita semua.

Bahan pelajaran yang diajarkan oleh tenaga pengajar dari kalangan Doktor amat tinggi nilai nya. Ada sekeping nota yang amat tinggi harganya diberikan pada para peserta. Apabila kita berjumpa dengan seseorang dan sebelum terlajak jauh harus lah kita teliti sejarah silam nya ataupun keperibadian nya yang sebenar. The True Colour kata orang. Nota berkenaan menunjuk kan gambar beberapa individu yang melakukan perhubungan rambang, seperti contoh:

Seseorang yang berkenalan atau terlajak perbuatan dengan seseorang tidak sedar yang dibelakang pasangan berkenaan ada pertalian dengan beberapa individu lain dan dibelakang individu individu berkenaan pula ada lagi pertalian atau perhubungan rambang yang berlaku dengan beberapa individu lain.

Untuk memudah kan kefahaman, katakan kan lah seseorang wanita terlajak dengan seseorang lelaki dan lelaki berkenaan punyai pasangan lain dibelakang nya ketika itu ataupun sejarah lama nya dan pasangan itu juga punyai pasangan lain dan pasangan yang lain itu juga punyai pasangan yang lain dan seterusnya tanpa kita sedari !
Ia juga boleh jadi sebalik nya seperti seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita dan menjadi contoh seperti diatas. Bahaya tu. Apa yang Masterji faham penyakit HIV ataupun AIDS tidak akan menjadi serta merta tetapi mengambil sedikit masa walaupun sudah ada., about five to ten years. Not sure mungkin lebih kurang. Disamping itu ada tanda tanda lain. Cuma gigitan nyamuk tidak akan merebak kan penyakit berkenaan . Kuasa Allah S.W.T.

Gunakan lah undang undang yang halal baik dari segi kesihatan ataupun ugama. Walaupun anda rasa begitu terpesona, anda rasa nak try try ataupun keinginan untuk membalas dendam kerana diri dipermainkan , jangan diteruskan selagi ia tidak diteliti, ataupun yang lebih baik ialah yang halal kerana jika tersalah langkah, sengsara nya boleh berkait kait dan amat teruk sekali kata Para Doktor merangkap tenaga pengajar ketika itu. The personality displayed for your eyes to see may not be the actual behaviour and practices of someone.

So , say no to the unwanted gift ya. Insyaallah kita semua selamat daripada penyakit penyakit yang berat. Kesihatan yang cemerlang adalah maruah diri. Bila sakit, kita akan hilang kebanyak kan benda dan orang yang penting.

Insyaallah sama sama lah kita meneruskan perjuangan hidup kita dengan cara yang sihat dan kita kan tenang dalam kehidupan.

Ron 97..amacam dah beli ke baju raya....dengar cerita dalam kelas hari itu, Mas nak beli sepuluh pasang baju raya...dah ke belum..ha ha ha. Harap Mas dan lain lain student sihat ya.