Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, August 13, 2011

Sivik


"She Wants to run, Going on, Point of no return,
No looking back, Hope is gone Just A slow burning,

What's left is ripped apart,
Heavy Chains on Heavy Heart..."

Lagu popular daripada kumpulan Loudness ..Heavy Chain. Kumpulan yang pernah satu ketika dulu membuat jiwa anak muda bergocang hebat dan warna yang diperkenalkan oleh Loudness menjadi warna t-shirt, bag seluar dan macam macam lagi. Tempoh hari , Mereka melaksana kan konsert di Malaysia. Masterji terlepas peluang untuk menatap mereka dan terutama sekali Akira Takasaki..gitarist yang hebat dari kumpulan berkenaan merangkap pengasas pada kumpulan berkenaan.

Heavy chain ini memang penghalang pada kehidupan. pada sesiapa yang ada rantai berat menghalangi kemajuan diri anda, patah kan lah rantai berat berkenaan atau buang jauh jauh kalau boleh ketempat yang rantai berat tu tak akan muncul kembali. Tak sangka belasan tahun selepas meminati loudness, Masterji dapat sampai ke Negara asal mereka, Japan.

Ada macam macam di Negara Matahari Terbit itu.Banyak kenangan manis dan mata pelajaran yang Masterji perolehi di sana.

Masterji di Ibaraki selepas pulang dari latihan. Menuju ke Hotel.Suka melihat kedai mereka. Kemas dan bersih serta labeling yang cantik cantik.


Menaiki bas dan sebelum menaiki bas, semua nya beratur dan dalam bas sungguh bersih.

Sangkut di Asrama pekerja Malaysia yang berada di Jepun. Ada S.O.P yang jelas bagaimana nak menghuni asrama di situ. Hebat!


Masterji di hantar pulang ke stesen keretapi untuk ke Airport dan pulang Ke Malaysia. Tiada sampah yang bertebaran di atas jalan. Masterji ingat kaki Masterji panjang maka jalan laju, rupa nya mereka disana walaupun ada yang lebih rendah daripada Masterji, jalan lebih laju lagi.


Masterji di Kansai Airport Osaka. Sayonara !

Bila dikenangkan kan semula, mungkin kita kena akur yang mereka berjaya kerana cepat berdisplin. Disana, ada kedai makan yang selepas makan kita sendiri kena hantar ke dapur atau tempat cucian. Di sini boleh buat ke? Boleh mungkin kerana pekerja pekerja yang bekerja di syarikat Jepun di Malaysia sudah terlatih untuk buat kerja seperti itu.

Disana , Tsunami yang melanda, tapi rakyat yang kena tempias atau pun menjadi mangsa dengan tenang beratur mengambil makanan dan yang pelik nya selepas itu kawasan bersih dan semua nya masuk tong sampah.

Di sini, setiap hari Sabtu adalah hari Kesedaran Alam Sekitar dan tiada pemberian bag plastik ketika membeli barang. Di sarankan membawa sendiri ECO bag ataupun bag lain dan tak perlu guna plastik untuk alam sekitar. Tetapi apa yang jadi? Ramai pekerja kaunter yang tak bersalah dimaki hamun dan di tenking. Ramai yang mendakwa bijak pandai tetapi sivik kurang.
Saya tak pasti sekarang tetapi kalau katakan lah ia berlaku di Jepun, mungkin ia sudah jadi satu kebudayaan bagi mereka setiap Sabtu, pakai bag sendiri. Dan pasti berjaya.

Kenapa ya? Mungkin subject Sivik di sekolah tak boleh buat macam dulu..kadang ada Cikgu dan banyak kali tak ada Cikgu. Sepatut nya negara membangun seperti Malaysia haruslah mementingkan subject berkenaan. Kalau boleh jadikan lah subject utama dalam peperiksaan.

Jangan salah faham, bukan kita tak ada sivik tetapi boleh jadikan kita lebih maju!

Pada Cik Fame, ha ha ha teruskan kuih 5S. Something new. Be Different! Betul jangan selesa sangat. Try to do better than yesterday, do greater after today! Cantik nasihat Cik Fame tu.



1 comment:

one said...

Salam masterji.
SIVIK satu subject yg begitu penting tp x pernah org bg importance bcoz x msk PMR atau SPM.
Betul kata masterji, dimalaysia kita blh pergi jauh dgn sivik tp ramai yg x tau bcoz firstly the malaysian people if it is not a LAW, they wont bother to follow it.
It's not like some other country where sivik is in thier mindset everyday. This is not bcoz it's taught in school but is seen daily practise by thier parents, community and others.
SO where should we start first?

Rgds
One&OnlySalam masterji.
SIVIK satu subject yg begitu penting tp x pernah org bg importance bcoz x msk PMR atau SPM.
Betul kata masterji, dimalaysia kita blh pergi jauh dgn sivik tp ramai yg x tau bcoz firstly the malaysian people if it is not a LAW, they wont bother to follow it.
It's not like some other country where sivik is in thier mindset everyday. This is not bcoz it's taught in school but is seen daily practise by thier parents, community and others.
SO where should we start first?

Rgds
One&Only