Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, December 15, 2011

Ingin Bersua






Syabas Dato Dave... Masterji terperanjat besar berhadapan dengan Dato minggu lepas. Handsome dan maintain walaupun dah jadi senior. Masterji mengucapkan ribuan terimakasih tak terhingga kerana sudi meluangkan masa bersama Masterji di Lotus bersarapan pagi bersama. Juga terimakasih atas segala petua yang diberikan.
Memang benar Dato juga seorang survivor. pernah memandu bas sekolah dan akhirnya menjadi penyanyi terbilang serta usahawan yang berjaya. beliau salah seorang manusia yang berjaya menggunakan 24 jam sehari dengan berjaya.
Tahniah Dato dan bak kata Dato Karam Singh Walia; Malaysia boleh!
Pada yang lain, ada berita gembira daripada Dato DJ Dave, beliau akan membuat konsert gemilang dan merangkumi semua zaman kecemerlangan nya pada 1, 2 dan 3 hb June 2012 bertempat di Istana Budaya! Beliau kata konsert ini akan mencerminkan style nya juga pada zaman lepas dan Masterji fikir benar sebab tengok badan beliau masih fit dan masih boleh pakai seluar ketat!
Mummy pasti gembira. Ingin bersua dan akhirnya kita bersua juga ya Dato. Pada yang lain jangan lupa ya, konsert Dato DJ Dave pada bulan June nanti.
Pertemuan hari itu ibarat Mera Bai. Blood brothers...ha ha ha. Sama kapal kot.

Pada Cik Fame, thank you so much for your comments ..terharu Masterji. Yes satu lagi project improvement di Higashifuji and I promise you 100% commitment. Terimakasih kerana sudi melihat draft buku hari itu. Cik Fame adalah juga sifu dan penting untuk seorang sifu juga belajar dengan sifu lain.
Terperanjat juga tengok hari itu. Dah betul betul Fame ya..rajin exercise dah sekarang. Bagus tu. Umur adalah angka kesihatan harus muda! syabas Cik Fame Puan Noor Jahan.
Thank you.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Wahh...bergambar dgn 'baiya' ye...apa pun Masterji menang dari segi 'ketinggian'...hahaha...

Di sini ingin saya lebarkan sedikit perkataan ketingggian tu. Bukan saja ketinggian dari segi fizikal malah ketinggian itu dibawa bersama oleh Masterji dari segi budi pekerti, semangat dan kejayaan. Ketinggian fizikal akan kekal dan semoga ketinggian dalam ertikata lain yang telah saya sentuh juga akan kekal dan teruskan perjuangan Masterji. Sebagai seorang rakan juga anak murid saya tetap menyokong Masterji wlwpun disebalik tabir jer.

Malam tadi saya baru balik dari Kuching. Lagi sekali berkenaan dengan Kualiti Persekitaran 5S. Malaysia Productivity Corp. telah menjemput saya menjadi salah seorang speaker dalam seminar mereka. Walaupun hanya untuk 1 jam tapi saya gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya dalam melaksanakan 5S. Dalam presentation saya, tidak saya lupa menyebut dan menunjukkan 'sifu' saya iaitu Masterji.... Kenangan manis di Kuching...orang2 di sana berbudibahasa dan baik2 belaka..saya sempat makan mee kolok dan laksa sarawak...