Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, December 21, 2011

I M GETTING OLD ..

Apa khabar semua? Harap sihat ya dan menjadi sihat adalah kemeskian bukan pilihan!
Semalam ke luar daerah menghantar anak muda Masterji, Junior ke temuduga kemasukan universiti.
Syukur dapat panggilan. Lulus tak lulus , tak jadi hal tetapi bagus untuk exposure dirinya.

Bila Junior mengenakan kemeja, tali leher dan slack, Masterji lihat hampir sama dan macam twin pulak.
Dah besar rupanya. Dia bergurau selepas temuduga . Babah bila Junior masuk tandas lihat cermin " Macam pernah kulihat wajah dan gaya ini, tapi dimana ya" ha ha ha kami berdua ketawa terbahak bahak. Lucu dan hampir sama.

Terharu juga bila melihat beliau sudah dewasa dan style yang hampir sama.
Mungkin strategy make it visible telah berjaya membuatkan beliau menjadi salah seorang murid yang dipanggil temuduga.

Mungkin anda masih ingat tentang entri yang menceritakan , gambar beliau yang saja Masterji gantungkan di dinding supaya dapat menambahkan motivasi diri nya, akhirnya berguna jua dalam membakar semangat nya.
Bagi pembaca yang baru follow blog ini, mungkin boleh ke entri tahun 2010 bulan bertajuk Junior A strategy in how to motivate our kids!



Ketika berumur 12 tahun selepas PMR.





17 tahun dan selepas SPM.


Suka dan terharu melihat anak dah membesar. Bila pakai seluar slack macam macam komplen ada, besar sana lah, besar sinilah. Emm macam macam. Mula fikir nak marah juga tetapi Masterji dulu kecik kecik pun sama juga lah...asyik nak pakai jeans aje kesana kesini.

Kehidupan kerjaya nya sudah bermula semalam makna nya. Kata saya pada nya. Dikala pakaian sudah menjadi formal maka ia adalah persiapan untuk alam kerjaya. Therefore learn to dress up first and learn how people ask question and get yourself to get through this beautiful and invaluable moments to be better than your father.

Kenapa kena masuk interview? Sekadar membaca resume sudah cukup tetapi tujuan interview adalah untuk melihat siapa awak, apa strong point awak dan kualiti diri awak serta yang paling penting boleh bercakap atau tidak. pesan Masterji pada nya.


Bila habis interview, banyak soalan yang Masterji tanya dan salah satu jawapan yang beliau kongsikan bersama Masterji buat Masterji belajar dan gembira.

"Bak Kata Mahatma Gandhi, dunia adalah pinjaman pada kita dari masa hadapan" Junior jawap pada salah satu soalan yang diajukan. Maksud nya jagalah ia dengan baik. Environment Thinkers rupanya.


Ok that was a great sharing my son, thank you. Babah is learning from you too. Great!

Rupanya, banyak orang yang boleh menjadi guru kita jikalau kita rajin bertanya termasuk anak kita. Tua tak semesti nya cerdik. Muda tak semesti nya bodoh.

Well it's good exposure for him yesterday. Success is not destination but a journey.

Dan sewaktu memandu pulang, kereta kami bagaikan pentas Maharaja Lawak Mega, penuh dengan gurau senda dan ketawa yang tak terhingga.

Soalan yang sadis yang diutarakan pada Masterji " Kalau dah masuk interview ni, kira Babah dah tua lah ya.." kata Junior pada saya dan dikala itu juga kami ketawa lagi..

So I M Getting Old kot...

2 comments:

sania said...

Congratulation to future airplane and spacecraft designer, Junior..and of course to Mr and Mrs Masterji too.

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Sekejap betul masa berlalu...dah besar junior... Macam saya la... dah 2 anak di universiti. Yg ke tiga ni sebaya dengan junior... betul la tu "I'm getting old..." but do not put the word "old" to restrict any activities. It is only a number!!! Old make us mature...

Anyway, congrates to you & Pn. Hashimah...kerana berjaya menjadikan apa yg telah junior capai setakat ini. Semoga junior berjaya dalam temuduga ini dan akan terus melangkah kaki ke hadapan....InsyaAllah....
Semoga junior berjaya dalam t