Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, July 6, 2012

Buah tangan Masterji , The breaking news!


Nota : Buku ini AKAN dipasarkan dalam masa terdekat oleh Alaf21


Komen dari profesional :
" Buku ini membawa mesej yang cukup membina. Memberi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang untuk bekerja keras memajukan diri dan memartabatkan bidang yang diperjuangkan . Syabas! Tahniah."
Dato' Yusof Haslam .

Juga terdapat komen komen dari profesional lain didalam naskah ini.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani , saya ingin berkongsi berita baik dengan semua para pembaca yang setia mengikuti blog ini dan juga bagi mereka yang baru.

Buku hasil tulisan berdasarkan pengalaman Masterji , Mohd Rafi Jalaluddin akan berada di pasaran tak lama lagi . Ia akan diterbitkan oleh Alaf 21 KarangKraf pada suatu tarikh yang telah atau akan ditetapkan oleh mereka. Untuk maklumat lanjut, boleh sahaja ke SINI
Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin bersinar ditempat kerja, mereka yang ingin membuka pintu kejayaan dan juga untuk bakal graduan untuk dijadikan strategi "SPRING UP " apabila mula bekerja.

Buku ini bukanlah teori tetapi sebuah REALITI yang dapat memberikan tools atau kaedah memperbaiki diri dan berjaya dalam hidup.
Ianya di tulis berdasarkan pengalaman Masterji sendiri. Dari seorang tukang cuci tandas sehinggalah mampu berdiri dan menyampaikan buah ilmiah kepada para pelajar dan peserta program latihan yang di kendalikan oleh Masterji.
Masterji bukan mahu mendabik dada mengatakan buku ini yang terbaik, tetapi percayalah, semua pengalaman hidup Masterji di curahkan di dalam buku ini untuk di kongsi bersama pembaca.
Garapan yang kemas bersama teknik-teknik untuk mencapai kejayaan di perturunkan satu persatu di dalam buku ini.

Masterji mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak pengurusan dan editor Karangkraf yang telah membantu menerbitkan buku ini, terutamanya untuk Puan Ruzita serta semua kakitangan yang terlibat.

Pada semua rakan rakan atau sesiapa yang mengenali Masterji, berikanlah sokongan anda untuk membeli naskah ini apabila diterbitkan nanti. Jutaan terima kasih di ucapkan.

5 comments:

Sania said...

Tahniah pada Masterji, dah lama kami tunggu buku ni. Selain cerpen dan tulisan yang merapu, amat jarang penulis tempatan menulis buku motivasi seperti ini. Bukan teori omongan kosong seperti buku-buku motivasi yang dicedok dan copypaste dari penulis lain, buku ini adalah pengalaman dan kisah benar pada sebuah perjalanan hidup. Patut dapatkan lebih-lebih lagi untuk anak bangsa kita yang baru melangkah ke alam kerjaya.Ramai yang berkelulusan tinggi tetapi tidak cukup menyinar di dlm bidang pekerjaan. Kenapa? Formula dan jawapan ada di dalam buku ini.Tak mudah untuk berjaya., tapi dengan panduan dan cara yang betul, ianya akan jadi lebih senang. Jadi jangan lepaskan peluang. Untuk kita sendiri..dan juga boleh dihadiahkan pada rakan-rakan dan anak-anak saudara. Manalah tahukan..berkat hadiah dari anda, mereka akan mengubah sebuah kehidupan dan nilai seseorang insan.

Noor Jahan said...

Tahniah Masterji...
Usaha yg tidak pernah mengenal jemu pasti akan membuahkan hasil. I'm proud of you! Definately I'll buy one!!!

Proff said...

Uncle Masterji,saya akan suruh mama beli buku ini untuk kitorang adik beradik. Kami akan baca dan simpan sebagai panduan.


/\-~``~-/\
( > < )
`,.```..;`
````

Siti Aisyah said...

salam..
uncle rafi tahniah aisyah ucapkan..I'm proud of you..insyallah
nanty ada masa aisyah cari buku uncle ea :)

Mamaji said...

I will buy 3. One for me and the other 2 for my nephews. Thank you.