Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, September 11, 2013

Bapa yang terpuji, Datuk Yusof Haslam, KL Gangster 2


Filem KL Gangster 2 ditimpa masalah sebelum ditayang kan.
Menyedihkan. Kita jua akan akan merasa tertekan andai kata kita berada di tempat  Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof .

Ia tidak sepatutnya terjadi. Mencuri hasil pendapatan orang lain yang bukan hak kita.
Suratkhabar mengatakan Syamsul Yusof berada didalam keadaan yang tidak keruan dan emosi nya terganggu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Dugaan yang besar dan berat buat mereka.

Kalau dilihat dari satu sudut yang lain, sudah pasti nya filem ini adalah sebuah karya yang terhebat maka ia menarik perhatian mereka yang
menjadikan nya bahan curi.
Setiap dugaan membawa tanda hikmah yang kita manusia biasa tidak ketahui. Bersabarlah.
Setiap kesalahan jua akan dibalas sewajarnya yang dimana kita manusia biasa jua tidak tahu bagaimana dan bila ia akan berlaku. Tetapi ia tetap akan berlaku.

Masterji membaca akhbar hari ini.
Kes bunuh manusia kerana haiwan, Cicak Tokek dan;
kisah Datuk Yusof bersama isu filem KL Gangster 2.

Masterji berikan pujian pada Datuk Yusof.
Ciri ciri kebapaan dan kepimpinan yang hebat.
Filem nya dicuri, anak nya tertekan tetapi beliau masih cekal, sabar, berani kesana kesini untuk bertindak .
Beliau tidak putus asa.
Berusaha keras membimbing anak nya keluar dari kemelut ini dan masa yang sama mencari pesalah yang sebenarnya.

Bapa yang terpuji.
Masih kuat, mampu kedepan, kesana kesini memperbaiki keadaan.
Sebagai Bapa, Masterji juga belajar dengan sikap kepimpinan seorang Bapa seperti Datuk Yusof Haslam.
Leadership starts from family , in the home.
Syabas Datuk.


Pada adik Syamsul Yusof,
Jangan lah berpatah hati.
Walaupun anda seorang anak muda , anda ada bakat yang hebat.
Anda ada idea yang bagus. Anda telah memberikan sesuatu kelainan dalam industri perfileman Malaysia.
Kalau dulu kita asyik mengagungkan filem filem Gangster dari Barat dan lain lain tetapi kini anda serta Bapa anda berjaya mengubahkan persepsi berkenaan.

Anda adalah kilang penyelidikan dan pembangunan, sumber idea maka sudah pasti nya anda dapat menghasilkan lebih banyak filem filem lain.
Mereka tidak boleh mencuri otak anda.
Kita harus ada pelapis pengarah muda yang berbakat seperti anda untuk masa depan,

Ketika ini, lakukan lah apa yang kita boleh buat. Cari punca dan perbaiki lah ia.
Kita tidak boleh jatuh terus terusan.
Bangun kembali dengan LEDAKAN YANG LEBIH HEBAT!
CARI SAMPAI DAPAT ROOT CAUSE NYA!

Ayuh kembali dan ada ramai diluar sana yang akan berikan anda sokongan dan kerjasama yang bagus.

Datuk Yusof Haslam,
Anda hebat!

No comments: