Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, September 13, 2013

Six Million Dollar Man.


Gambar diatas pasti mengingatkan anda tentang Steve Austin, watak Bionic Man yang dbawa oleh Lee Majors.
Idea asal dari buku Cyborg yang ditulis oleh Martin Caidin.


1974 sehingga tahun 1978 kisah ini cukup popular. Disusuli kemudian oleh Cyborg wanita, Bionic Woman .
 Mungkin ramai yang masih ingat wajah ayu Jaime Sommers dilakonkan oleh Lindsay Wagner ketika itu.

Ketika zaman itu, program Six Million Dollar Man ini adalah produk jauh kehadapan; Blue Ocean Strategy.
Memaparkan manusia yang punyai elemen kuasa Bionic dalam diri nya.
Mata, tubuh, larian dan kekuatan Bionic.

Menjadi program no 1 dan paling diminati. Watak Steve Austin menjadi icon, ikutan pada zaman kanak kanak ketika itu.

Apa sahaja filem lain yang dilakonkan oleh Lee Majors ketika itu pasti namanya tetap dipanggil Six Million Dollar Man. Identiti yang kekal bersamanya.

Idea yang innovatif ketika itu.Selepas itu banyak filem Cyborg yang dihasilkan sehingga hari ini.
Mungkin Six Millikon Dollar Man masih kuat di hati bagi setengah setengan penonton.

Ingat Inovatif ingat strategi lautan biru!
Indah dan manis kenangan ketika itu.

No comments: