Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, May 12, 2010

Secret Letter



Bruce Lee atau nama sebenarnya Lee Jun Fan yang di lahirkan pada 27-November 1940 di San Francisco California tetapi di besarkan di Hong Kong sebelum berhijrah ke USA dengan semangat perjuangan yang tinggi ketika usia 18 tahun.
Bruce Lee merupakan pengamal seni bela diri, pelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis lakon layar, dan pengasas konsep Jeet Kune Do Amerika-Cina yang telah dianggap secara meluas sebagai pengamal seni bela diri yang paling masyhur dan berpengaruh pada abad ke-20, serta pengamal seni bela diri yang menjadi satu ikon kebudayaan.
Pembabitan dan pengaruh beliau dalam dunia perfileman di Hong Kong dan Hollywood telah memberi anjakan baru dalam seni mempertahankan diri tradisional Hong Kong kepada dunia Barat pada tahun-tahun 70an seterusnya telah membuka jalan kepada para pengamal seni mempertahankan diri yang lain untuk menceburi dunia perfileman di Hollywood, antaranya Jackie Chan, Jet Li serta Chuck Norris.
Filem-filem lakonannya seperti The Big Boss(1971), Fist of Fury(1972) dan Way of The Dragon(1972), Enter The Dragon(1973). Saya sering meletakkan Enter The Dragon sebagai pilihan pertama filem Bruce yang saya minati.
Bruce Lee telah mempergunakan kemahiran yang ada bukan hanya untuk meraih populariti tetapi juga telah di manipulasikan untuk meraih kesenangan hidup-kalau pun tidak kaya-kemahiran yang ada di guna sebaik mungkin tanpa mempedulikan erti gagal.
Bruce Lee memberi pengajaran yang berguna untuk kita renungkan.Walaupun dalam diri kita ada sepuluh kelemahan dan hanya ada satu kelebihan, tetapi kalau bijak menggunakan kelebihan yang ada, kita pasti jadi jaguh juga walaupun kekuatan itu hanya kerana pandai masak.Pengolahan kreativiti dan memberi ruang untuk berani mencuba seringkali membuahkan hasil yang berkesan. Tak percaya? Boleh rujuk peribadi Chef Wan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya mengenai Bruce Lee ialah kisah "Tiang Gol"nya. Hidup mesti ada ada tiang gol ! Hidup mesti ada sasaran !Ingat, saya pernah menulis berkaitan Tiang Gol pada awal entri dulu.
Saya sering menggunakan cerita bagaimana jaguh seni mempertahankan diri ini menetapkan tiang golnya dalam beberapa program latihan yang saya kendalikan.
Misi berkenaan telah di kenali sebagai "SECRET LETTER". Beliau telah menulis sepucuk surat pada tahun 1970 yang mengandungi sasaran sekaligus harapan hidupnya. Surat itu telah dinamakan oleh beliau dengan tajuk "SECRET"
Sasaran yang beliau tuliskan di dalam "SECRET LETTER" berkenaan menjadi realitii. Ia kini di abadikan di Planet Hollywood New York City.

January 9 ,1970 Bruce Lee Wrote;
"By 1980 I will be the best known oriental movie star in the United States and will have secured $10 million dollars. And in return I will give the very best acting I could possibly give every single time I am in front of the camera and I will live in peace and harmony'

Tuliskan "secret statement" anda pula sebesar mana yang boleh dan tatapi ia sekerap yang boleh dan berusaha lah ke arah nya serajin yang mampu, SEHINGGGA IMPIAN TERCAPAI!!! Sila rujuk ke artikel saya yang pertama, Hidup mesti ada tiang gol! Klik di sini

No comments: