Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 13, 2010

Gulaabi Aankhen


Mula-mula, kita layan sebentar lagu ni....
La la la la

La la la la la la la la la
Gulaabi aankhen jo teri dekhi
Sharaabi yeh dil ho gaya
Sambhaalo mujhko o mere yaaron
Sambhaalna mushkil ho gaya..

* Gulaabi Aankhen bermaksud mata yang manis ataupun cantik.
Gulaabi pula
bermaksud sweet atau yang manis

Saya bukan penyanyi, cuma kadang-kadang di minta menyumbangkan dan "mensumbangkan" lagu pada acara-acara tertentu yang saya hadir. Lagu di atas adalah lagu latar dari filem Hindi, The Train dendangan penyanyi terkenal India pada era 50an dan 60an, Mohammed Rafi. Saya peminat Mohammed Rafi, bukan kerana kami berkongsi nama yang sama. Banyak lagu beliau yang lain menjadi siulan dan nyanyian ramai termasuk lagu Chura Liya Hai Tumne Jo. Di lagukan oleh Mohammed Rafi dan Ashale Bosle dalam filem Yaadon Ki Baraat. Dalam filem berkenaan lagu itu telah dinyanyikan oleh Zeenat Aman dan seorang pelakon lelaki dan Mohammed Rafi meminjamkan suara beliau untuk lagu tersebut.

Di antara lirik yang di nyanyikan oleh si dara ;
Chura Liya hai tumne jo dil ko
Nazar nahin churanaa sanam,
..........,

Di sambut pula oleh si teruna ;
Ho, sajaaoonga lutkar bhi tere badan ki daali ko
Lahoo jigar ka doonga haseen labon ki laali ko.,

Penyanyi yang bertaraf lagenda yang di anugerahkan dengan kemerduan suara ini sering mengingatkan saya pada ibu tersayang Ibu peminat nombor satu Mohammed Rafi, hingga di perturunkan nama Mohammed Rafi kepada saya. Nah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan?
Bagi yang tidak kenal dengan penyanyi yang telah menyanyikan hampir 26,000 buah lagu ini, mari kita kongsi sedikit latar belakang beliau. Penyanyi yang di panggil dengan nama "Pheeko", anak kepada Hajji Ali Mohammad, di lahirkan pada 24-Disember 1924 di Kolra Sultan Singh, Punjad, India dan meninggal dunia pada 31-Julai-1980 dalam usia 55 tahun.Beliau lebih di kenali kerana menjadi "playback singer" atau dalam istilah yang mudah di fahami, meminjam suara untuk nyanyian hero di dalam sesebuah filem.Hero filem tadi hanya perlu "miming" sahaja.
Kali pertama Mohammed Rafi meminjamkan suara adalah pada tahun 1944 untuk sebuah filem Punjadi,Gul Baloch dan beliau berduet dengan Zeenat Begum menyanyikan lagu bertajuk "Soniye nee,Heeriye nee" untuk filem tersebut.

Beliau terus mencipta nama dengan bekerjasama dengan komposer terkenal India lewat tahun 1950an,antaranya O.P Nayyar, Shankar Jaikishan dan S.D Burman.

Antara pasangan duet yang boleh di anggap serasi dengan Mohammed Rafi adalah Asha Boshle.Pembabitan pertama mereka berdua untuk filem Boot Polish(1954). Pada tahun 1966, karier Mohammed Rafi melonjak lagi setelah berduet bersama Asha Boshle untuk filem"hit" Teesri Manzil yang muziknya di susun oleh R. D. Burman.

Sepanjang pembabitan beliau di dalam bidang seni suara,pelbagai anugerah telah beliau kecapi. Antaranya ;


1. Anugerah Silver Medal Award daripada Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru sempena ulangtahun pertama kemerdekaan India pada tahun 1948.

2. Pada tahun 1965 - Menerima Padma Shri daripada Kerajaan India

3. Di iktiraf sebagai the Best Singer of Millennium daripada Hero Honda and Stardus Magazine di India pada 7 Januari 2001.

Mohammed Rafi sebenarnya mewakili ribuan bahkan jutaan manusia biasa yang mampu hidup dengan gemilang hanya berbekalkan kebolehan dan anugerah yang ada.Mungkin, yang membezakan kita dan Mohammed Rafi adalah pada bakat yang di cetus secara semulajadi, tetapi percayalah bahawa setiap manusia di berikan kelebihan dan bakat yang tersendiri dan tersembunyi.Bakat dan anugerah yang ada dalam diri kita harus di gali dan di selidiki sedalam mungkin tanpa kenal erti jemu untuk mencuba, erti malu untuk meneroka dan perlu di letakkan keyakinan diri yang tinggi.Kita hebat, kita mampu menceroboh dalam setiap sudut kehidupan.Kita semua adalah manifestasi alam yang saling cabar mencabar untuk menonjolkan diri,seperti saranan Haji Muhammad Zakaria melalui buku beliau, "Keluarkan Singa Daripada Diri Anda!".
Barangkali, kita lebih hebat dari Mohammed Rafi dan lebih popular dari lagu Gualaabi Aankhen jika di bebaskan segala kehebatan diri yang sering kita sembunyikan!

Nota : Sekalung tahniah pada salah seorang Samurai saya yang baru di anugerahkan cahaya mata lelaki.Di namakan anak tadi dengan nama Muhammad Rafie
Asyraf.
Syabas mere beta!!

3 comments:

Hafizi said...

Mcm kenal siapa yang tulis.Shahrulrock pun selalu guna ayat macam ni.Bahasa bunga-bunga.

Master Ji said...

Benar.Shahrulrock bertindak sebagai editor untuk blog ini, sementara Mohd Rafi(Masterji) adalah pemikir. Semua bahan penulisan untuk blog adalah dari Masterji.

Anonymous said...

In relation to create, you will discover any thought out prices as wеll as uncontгolled pгices the fact that slip " up " stealthily having
yοu and me utterly оblivious. One example is, you could confront
the neсеѕsity to traѵel to a powerful sіckly in compаrison
in your famіlу mеmbers оr perhaps update that watеr lines at youг house.
Car maу well stop woгking and prοbably do dеmаnd maіn maіntenance and people oг perhaрs family members neω membeг
may possiblу slіde іn ρoor health seeking immeԁiаte medical
attention. Every one of relax and tаke a cost ωithin youг
budget аnԁ you'll involve vital income so that you can wave one in excess of until eventually the following fast cash. We offer handy payday advances to support users take care of fiscally traumatic circumstances.

does a great job from identical an appropriate mortgage lender along with the client on have to have. All of us comprehend the value in cooperating with creditors in which are reliable, specialist as well as moral. We tend to have a long time controlling providers designed for skills just before which includes these people in our community. Present a perfect base so you might decide upon the perfect loan provider influenced by your specific requires.

Also visit my blog; kredyt internetowy bez bik