Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 20, 2010

Shimizu Muneharu

Tempat di mana kepala Shimizu Munehara yang telah di penggal di tanam.


"Berkorban apa saja,
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra, sejati dan mulia.....

Kepentingan sendiri
Tidak di ingini..."

Inilah antara petikan lirik dari lagu Berkorban Apa Saja, nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang kemudiannya pernah di nyanyikan oleh penyanyi kegemaran saya, siapa lagi kalau bukan Jamal Abdillah dalam filem Tuah. Suara "jantan" Jamal telah menghantar lirik lagu ini jauh ke dasar jiwa.
Biar siapa pun yang menyanyikan lagu ini, yang paling penting adalah mesej yang ingin di sampaikan. Saya ulang liriknya..."kepentingan sendiri,tidak di ingini...".
Anda faham maksud saya? Menurut pemahaman saya, lirik ini memberi sedikit ingatan tentang rasa tanggungjawab.

Memandangkan saya terasuh dengan budaya kerja warga Jepun, saya menafsir pengertian tanggungjawab melalui definasi samurai. Salah seorang samurai yang paling saya ingati adalah Shimizu Muneharu dan saya pernah menjadikan Shimizu Muneharu sebagai satu lapisan dalam kelas Leadership yang saya kendalikan, setelah membaca kisah-kisah tentang beliau sekitar tahun 1995.
Shimizu Muneharu di angkat sebagai lagenda dalam budaya Jepun dan sering di jadikan perbandingan dalam konsep pengorbanan dan rasa tanggungjawab yang maha tinggi tingkat darjatnya.

Shimizu Muneharu adalah pemimpin yang bertanggungjawab mempertahanan Takamatsu Castle(Istana Takamatsu) yang terletak di wilayah Bitchu dari jatuh ke tangan Toyotomi Hideyoshi ketika peperangan 1582. Pertembungan dua kumpulan samurai dalam merebut kekuasaan ke atas Takamatsu Castle ini telah memaksa Shimizu Muneharu melakukan amalan harakiri atau sering juga di sebut sebagai seppuku. Dalam istilah yang lebih untuk di fahami, kedua-duanya membawa maksud amalan membunuh diri yang menjadi satu aspek penting dalam masyarakat feudal Jepun terutama di kalangan samurai.

Semangat tempur Hashiba Hideyoshi semakin berkobar-kobar menghadapi Shimizu Muneharu yang terkenal gagah berani. Shimizu Muneharu bertahan di dalam istana, sehingga Hideyoshi memutuskan untuk tidak lagi menyerang dengan kekuatan pasukannya melainkan dengan banjiran air.Selepas menerima tekanan akibat kepungan yang di lakukan oleh Hashiba Hideyoshi, maka Muneharu tiada lagi pilihan selain mengambil pendekatan harakiri untuk mengelak kemusnahan dan kematian yang lebih besar dalam kumpulan yang di pimpin beliau dengan syarat pihak Hideoshi tidak mengapa-apakan pengikut Shimizu Muneharu.

Hideoshi bersetuju dengan saranan tersebut. Maka Shimizu Muneharu telah melaksanakan apa yang telah di janjikan beliau. Selepas perlaksanaan harakiri, kepalanya telah di penggal dan di jadikan bahan bukti kemenangan dalam perebutan Takamatsu Castle.

'it is offten said that thousands die to raise one hero to victory, but the other side of the coin is that a Hero's death can save a thousands lives'

Apa yang boleh di pelajari daripada kisah di atas?

1. Bertanggungjawab. Manusia yang bertanggungjawab adalah manusia yang paling berani.
2. Berani mengambil risiko demi untuk memastikan tiada pertelingkahan yang boleh melibatkan pihak/individu lain.
3. Setiap bidang kerja mempunyai risiko dan perlulah di hadapi dengan tabah. Keikhlasan dalam bekerja adalah syarat paling utama dan gaji bukanlah tunjang dalam pekerjaan. Elakkan menuding jari kepada orang lain bila anda menghadapi masalah.

Pengorbanan yang di lakukan oleh Shimizu Muneharu banyak mempengaruhi dan mengajar saya erti kehidupan dalam konteks kepimpinan dan kekeluargaan.

Tsuzuki masyou! Yosh! ( Ayuh teruskan )

No comments: