Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 16, 2010

Ayu


Salam pada semua peminat. Harap sihat dan semoga banyak kenangan manis di hari raya.Terima kasih kepada yang mengutus ucapan Selamat Hari Raya melalui sms. Tahun ini terlalu yang mengutus ucapan dan Masterji memohon maaf jika ada sesetengah darinya tidak sempat di balas.Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada yang memberi ucapan melalui entri/email.
Pada Puan Noor Jahan ; terima kasih untuk komen perihal ibu bapa.
Raya tahun ni, banyak juga kenangan manis yang Masterji lalui.
Raya tahun ini juga, rakyat Malaysia di kejutkan dengan beberapa siri pembunuhan kejam.Masterji pernah mencadangkan pada para pembaca tentang karektor dan personaliti seseorang.Sila rujuk pada entri ini. Watak pembunuh seperti Hannibal Lecter sentiasa wujud di sekeliling kita dan dalam keadaan sekarang adalah di syorkan juga supaya kita membaca da belajar asas mengenali karektor/personaliti.
Awas! Kebiasaannya, berdasarkan pada novel Primal Fear, selalunya suspek akan cuba mengaku mereka tidak waras atau hilang ingatan.

Entri kali ini, Ayu.Watak yang di bawa oleh Lisa Surihani dalam filem Lagenda Budak Setan. Di tangan Lisa, watak Ayu berjaya mencuri tumpuan penonton.Dia menyerlah. Ayu seorang anak gadis yang tertekan dengan karenah buli.
Lisa Surihani yang mempunyai lulusan ijazah dalam bidang Undang-Undang(Law) memilih untuk menceburi bidang lakonan walaupun sebenarnya beliau boleh sahaja menggunakan kelulusan yang ada untuk kerjaya lain yang berkaitan dengan kehakiman/undang-undang.
Masterji tidak mahu memberi komen pada perkara lain, tetapi mahu cuba menjelaskan satu perkara ; Kadang-kadang, sesuatu yang kita minati walaupun bukan dalam skop kelulusan yang kita ada tetapi dengan kesungguhan dan keazaman beserta usaha gigih , berkemungkinan minat itu boleh mendatangkan kejayaan.Asalkan kita terus berusaha.Minat tanpa usaha sudah tentu tidak akan membuahkan kejayaan.Contoh yang paling mudah,cuba kita lihat pada pengusaha kedai haiwan.Kebanyakkan bermula dengan minat kepada haiwan dan akhirnya dengan ketekunan, berjaya pula membuka kedai haiwan.
Berbalik kepada Lisa Surihani, setiap kali saya terpandang wajahnya di media, ianya mengingatkan saya pada wajah adik.Adik dan Lisa mempunyai iras wajah yang hampir sama.
Adik yang bertugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen di bahagian penguatkuasa mempunyai ketegasan yang tinggi dalam menjalankan amanah yang di beri.
Sebenarnya, adik yang lebih sinonim dengan panggilan Cik Siti berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Lisa Surihani.
Sempena entri "Ayu" ini, Masterji hadiahkan sebuah lagu dari filem Lagenda Budak Setan untuk penghayatan bersama.


No comments: