Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, September 17, 2010

Achors and Motors


Salam pada semua peminat. Di harap kan semua pembaca dan pengikut Blog Masterji berada dalam keadaan gembira dan sihat hari ini. Ya, Masterji dah start menulis. Terimakasih pada sms komen semalam entri berkenaan dengan Ayu.Suka tulisan Masterji ke atau gambar Cik Lisa tu ?

Hari ini, Masterji nak cakap pasal Teman. Perkara am tetapi penting. Banyak sangat Masterji baca DCCK. Di celah celah kehidupan setiap Ahad dalam akhbar Mingguan Malaysia. Ruangan yang memang di minati semenjak zaman remaja lagi. Kisah kisah kehidupan yang rumit dan bermasalah tetapi elok untuk kita berkongsi bersama. Masterji membesar bersama sama DCCK.

Hidup perlu ada teman, sahabat, rakan atau kawan.

Selalu nya bila kita di landa masalah, kita akan murung. Mula nak mencari teman yang boleh berkongsi pandangan, atau mengisi tempat kosong untuk mencari bahu baru yang bisa kita bersandar,.
Anda harus teliti dalam membuat pilihan. Terutama kalau anda jelita atau handsome atau kaya, atau bila ada yang mengetahui logical sense anda sedang tidak berfungsi kerana masalah yang sedang anda alami , maka bersusun lah advisor advisor yang merela kan buah fikiran dan jasa mereka diperguna kan. Tidak di nafikan, ada yang ikhlas, dan juga tidak di nafikan ada yang opportunist! Tidak kurang juga, yang mencipta tajuk dan jalan cerita yang seiring dengan masalah yang sedang kita alami supaya nampak "hei! we are in the same boat rupanya ya". Kerana tujuan peribadi, perniagaan dan lain lain. huh! di sinilah kita bakal di timpa masalah dan bencana. Yang kaya jadi miskin, yang jelita jadi buruk, yang ceria jadi trauma dan hidup dalam ketakutan yang melampau, yang sudah ada masalah , bertambah tambah masalah. The worst part, bak kata peribahasa; Lepas mulut harimau masuk mulut buaya. Dan saya nak panjangkan sedikit pengajaran dari peribahasa berkenaan. Kalau dah kita baru lepas dari mulut rimau, pasti kita akan kenal ciri ciri buaya maka kalau di perah akal kita bersungguh sungguh, kita cuma lepas mulut rimau sahaja dan tak masuk mulut buaya. First time when we make a mistake, yes , it is a mistake but if it is repeated, itu nama nya sengaja.

Dalam mencari teman;

Kalau bernasib baik dapat motors dan kalau tidak dapat anchors!
"There are two types of people - anchors and motors. You want to lose the anchors and get with the motors because the motors are going somewhere and they"re having more fun. The anchor will just drag you down."
Wyland - World renowned Marine Artist.

Therefore:

"......You need to avoid toxic people at all cost. You' re better of spending time alone than spending time with people who will hold you back with their victim mentality and their mediocre standards. Make a concious effort to surround yourself with positive, nourishing, and uplifting people..."
Jack Canfield, Author of The 25 principles of success.

Dan;
"Di umpamakan, rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan si penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak tidak akan mensia - sia kan anda, sama ada anda membeli nya atau hanya mendapat bau haruman nya. Tukang besi pula boleh menyebabkan anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Hadis Al - Bukhari dari Abu Musa Al- Asy'ari.

Maka anda harus lah berhati hati. Pilihan di tangan anda, Anchors or Motors!

No comments: