Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 20, 2010

Mere Sapno Ki Rani


Salam hormat pada semua pembaca dan pengikut. Di harap kan sihat ada nya. Terimakasih komen yang di terima perihal entri Anchors and Motors. Ha ha ha ada yang kata tips yang berguna tetapi dah lambat. Tak pa, guna kan lah untuk nasihat kan yang lain lain. Minggu lepas ketika sebahagian dari kita masih sibuk berhari raya, saya pula mendapat peluang untuk mengajar di KWSP Kuala Lumpur dan berjumpa dengan para pelajar yang bermacam berwatakannya.Semuanya mempunyai semangat yang tinggi untuk sama-sama belajar dan berkongsi sesuatu yang baru. Pelbagai dan rupa yang saya temui semasa sesi tersebut berlangsung. Ada yang seiras Maya Karin, ada juga yang seakan Cikgu Shaari dan sebahagian yang lainnya seakan peguam!Apapun, saya gembira mengendalikan kelas tersebut dan di harap kita semua dapat bertemu lagi.Insyaallah.
Entri kali ini pasal Jatin Khana dan sesuatu yang mengusik jiwa. Hari ni kita discuss yang ringan ringan aje ya. Bagi sesiapa yang baru mula bekerja selepas cuti panjang saya ucapkan selamat bekerja semula. Macam mana mood hari ini? Ha ha ha, saya boleh agak jawapan nya. Tak pa. Macam manapun kita harus bersyukur, tempat kerja dan kerja masih wujud. Demam Raya masih kuat lagi kan. Pagi tadi lebih kurang pukul 2 pagi atau lebih sedikit, Saya memandu pulang dan ketika itu di Petaling Jaya. Pulang dari out station atas program latihan. Banyak juga kereta atas jalanraya. Terfikir juga Masterji, depa ni dari mana nak kemana ya. Mungkin sama juga baru balik out station. Berseorangan, letih dan macam macam perkara ada di dalam fikiran. Buka radio dan sejurus selepas lebih kurang lima lima minit, saya di kejutkan sebuah lagu Hindi. Bukan lagu lain tak best tapi lagu ni lagu lama dan menarik. Lagu zaman ibu bapa kita semasa muda mudi dahulu. Hilang rasa mengantuk. Fikiran melayang pada Mummy. Kalau lah dia dengar, emm, mesti dia suruh besar kan. Kalau di kenduri kahwin, kita dengar lagu 60an selalu nya Pak Cik Pakcik akan tersenyum dan girang bekerja tetapi kalau di main kan lagu di bawah ini atau lagu lagu hindi yang lain, Mak Cik Mak Cik pun ikut gembira dan tersenyum. Selalu saya perhatikan. "O, eh hey, hey, ha ha, Mere Sapnon ki rani kab aayegi tu, Aayi rut mastaani kab aayegi tu, Beeti jaaye zindagaani kab aayegitu, Chali aa, tu chali aa..., Lebih kurang maksudnya begini,
"Di manakah wanita impian ku, yang jelita dimana , marilah , marilah. "
Jangan salah faham ya, Masterji tak fasih cakap Hindi tetapi boleh lah sikit sikit. Mungkin kerana pergaulan dan terlalu banyak tengok filem Hindi agak nya.
Bila terdengar lagu tu, teringat pada aktor Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna. Lahir pada 29 December 1942. Dia adalah anak angkat kepada sebuah keluarga yang ada tali persaudaraan dengan ibu bapanya yang sebenar. Lagu tadi di petik dari filem Aradhana tahun 1969. Filem tersebut meletup-letup di pawagam Malaysia. Mungkin ramai juga mengingatinya melalui filem Andaaz. Rajesh Khanna mempunyai sikap" Dare to Challenge' yang cemerlang. Beliau masuk ke dunia perfileman tanpa kroni, tanpa pertolongan, tanpa cable. Semua nya adalah kerana semangat, cita cita dan keberanian serta bakat. Beliau di nobatkan sebagai Pelakon filem Hindi yang pertama menjadi Superstar. Lebih kurang pada tahun 1966, beliau telah dengan berani nya memasuki All India Talent Contest Nation wide. Beliau menang dan bermula lah karier nya sebagai seorang pelakon. Beliau mempunyai Aura tarikan yang hebat. Para peminat yang menggilai nya akan meninggal kan kesan ciuman di kereta milik nya. Peminat wanita akan mengutuskan surat pada beliau dengan tulisan yang terhasil dari darah mereka sendiri. Termasuk yang beratus ratus menunggu beliau di hotel hotel tempat beliau menginap setiap kali ada shooting. Semata mata kerana ingin melihat nya dari dekat. Fuhh!! Sampai macam tu sekali.Yang itu jangan belajar, tapi sikap Dare to Challenge nya , bagus. Jangan lupa ya. Hebat juga ya kalau jadi Filem Star, sampai kereta pun orang boleh cium. Kalau macam tu hari hari kena cuci kereta. Leceh juga kan. Apa pun, kerana populariti nya, kisah nya di masuk kan kedalam buku teks pengajian oleh Bombay University dalam bentuk essay dan bertajuk "The Charisma of Rajesh Khanna". Melihat gambar nya, membuat kan Masterji juga selalu berfikir. Therefore, beranilah menyahut cabaran. Kalau tak pecah kan ruyung, masakan kita dapat sagu nya. Saya sertakan sekali lagu tersebut buat para pembaca.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Master Ji.....saya dok baca gak entri2 sebelum ni cuma agak sibuk so tak sempat nak tinggalkan komen. Bila tengok gambar Lisa tu agak keliru jugak sebabkan gambar 'adik'....memang seiras!! Bertuah punya adik yg cantik dan cerdik...

Bila tengok entri terbaru ni tetiba teringat cerita2 dulu mcm 'Andaz' dan ada satu lagu..."mama bolo (2x)...papa bolo(2x)...." penangan Hindustan dulu2 lagi dahsyat dari SRK sekarang!!!