Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, September 21, 2010

From Garbage to Cinema

Salam hormat pada semua pembaca dan peminat . Terima kasih untuk komen entri semalam. Ha ha ha , Bukan Rafi Khanna tapi itu Jatin atau Rajesh Khanna. Sms rakan yang mengusik. Lagu sedap di dengar. Ha ha ha. Lagu lama tu.
Sebenarnya lagu lagu hindi ini kalau kita faham maksud senikatanya memang best. Boleh membuat jiwa jadi terhiris.

Cik Fame kita , Pn Noor Jahan, apa khabar ya? Sibuk beraya ataupun preparation nak pi Japan agaknya.
Encik Azaman pun lama tak dengar khabar?
The One saya dengar tengah sibuk exam.

Hari ini, entri pasal sesuatu yang dah masuk tong sampah boleh buat duit dan bukan sedikit malah menempah nama sebagai orang yang terkenal. Kalau semalam mesejnya : Dare to Challenge, hari ini mesej nya : Never give up!
Ada dua contoh yang akan saya sertakan hari ini. Jangan cepat putus asa. Bak kata Dato Fadhilah Kamsah, bukan tak berjaya tapi belum berjaya lagi.

Pertama kita bincang pasal Stephen Edwin King atau lebih di kenali sebagai Stephen King novelist terkenal yang berasaskan novel novel seram dan misteri. Banyak juga hasil tulisan nya di filemkan. Di antaranya adalah Carrie dan Misery. Saya suka dengan kedua kedua nya terutama Misery.

Stephen King adalah seorang anak yang dibesarkan oleh seorang ibu. Ketika berumur dua tahun, bapanya telah meninggalkan beliau dengan alasan keluar sebentar untuk membeli sekotak rokok.

Stephen King hampir melakukan multimillion dollar mistake dalam hidupnya! Hampir! . Karya yang bertajuk Carrie sudah di campakkan ke dalam tong sampah selepas di tolak oleh banyak pihak penerbitan dan tidak diberikan perhatian langsung.

Isteri beliau yang terjumpa naskah yang sudah di buang itu, telah mengutipnya dan merayu supaya naskah itu di persiapkan dengan lebih kemas dan cuba lagi untuk di jual.

Akibat usaha yang berterusan, karya berkenaan telah diterima oleh publisher Doubleday. Seterusnya buku itu di jual dengan 4 juta cetakan dan di adaptasikan ke filem yang berjaya memcecah tahap blockbuster! Hebat bukan kuasa Never Give Up.


Contoh yang kedua, ialah berkaitan dengan Colonel Harland Sanders. Kenal bukan. Founder of KFC.

Colonel Sanders berjaya ketika berumur 65 tahun. Umur bukan halangan. Anak yang kematian bapa ketika berumur lima tahun. Di tugaskan oleh ibunya untuk memasak di rumah memandangkan Ibu nya harus bekerja. Beliau melarikan diri apabila Ibu nya berkahwin lagi.

Beliau dalam usaha menjual resepi nya , sebanyak 1000 restoran yang menolak resepinya. Bayangkanlah, seribu restoran. Namun beliau tidak pernah putus asa, dan restoran yang ke 1008 setuju untuk membelinya. Akhirnya beliau berjaya. Setelah 1008 jumlah restoran. Bayang kan kalau dia berhenti dan putus asa pada orang yang restoran yang ke lima belas atau enam belas? Tentu terkubur dan tak dapat lah kita merasai nikmat KFC.

Therefore; jangan putus asa. Never Give up!

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Master Ji...he...he...dah tak sibuk beraya dah... Skrg sibuk dgn audit ISO. At the same time ramai visitors from Japan till mid of next month....so mcm2 ada...

Entri ni mengingatkan saya ttg 5S yang dah ditinggalkan lebih dari setahun....bak kata dlm entri "bukan tak berjaya...tapi belum berjaya"...he...he.. Tidak lupa jutaan terima kasih sekali lagi pada Master Ji. Semangat kena kuat!!!