
Entri semalam, Hernando Cortez mendapat banyak feed back yang positif. Benar kita mesti tekad.
Entri kali ini pasal kualiti. kalau sebut pasal kualiti nie mesti teringat tenaga pengajar saya,Cik Sania.Cik Sania mesti setuju.
Cik Sania seorang follower dalam blog Masterji dan expert pasal Quality Management.
Seorang graduan UTM, mempunyai hampir dua puluh tahun pengalaman dalam bidang Manufacturing yang berkaitan dengan ISO, Statistical Process Control, Environment Management dan Kaizen. Nama sebenar beliau ialah Saniyah Kadir. Selalu panggil Sania atau Sonia. Kadang ramai client yang confuse ingatkan dia "film star", rupa nya tenaga pengajar.
Seorang tenaga pengajar dan single mother yang hebat. Kalau di tanya pandangan beliau tentang pengurusan kualiti yang berkesan, beliau akan bercakap tak henti henti dan berpuluhan slogan yang akan kita dengari dari Falsafah Deeming sampai lah ke Juran.
Banyak kualiti program saya yang di uruskan oleh beliau.
Entri kali in perihal kehebatan Mc Donalds. Tentu pernah makan dan minum di situ bukan? Tahu kah anda di Malaysia kita punyai lebih kurang 194 outlet McDonalds.
Satu benda yang cemerlang tentang mereka adalah keseragaman mutu makanan mereka. They maintained the food taste perfectly regardless of even they are from various places and branches!
Cuba kita fikir , Kata kan lah kita makan burger Big Mac di McDonalds Shah Alam dan esok nya burger yang sama di McDonalds Subang atau Penang, atau Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya, rasa burger berkenaan adalah sama. Pelik bukan! Kualiti nya sama walaupun dari tangan yang berbeza . Bagaimana ini boleh terjadi.
Mereka pasti punyai prosedur kerja yang jelas dan strategik. Kalau para pembaca nak tahu lebih lanjut , kena lah baca buku lama tulisan Tom Peters yang bertajuk "In Search of Excellence". Buku yang terlaris menceritakan bagaimana organizasi yang cemerlang dapat bertahan lama dan kenapa.
Therefore kalau Mcdonalds boleh memastikan pekerja nya yang berbilang kaum, dan dari tempat operasi yang berlainan dapat mengikuti standard mutu produk yang telah ditetap kan, kenapa tidak kita dan organizasi kita?
Kalau nak tahu dengan lebih cepat dan cara yang lebih terperinci ataupun the Know How maka kena lah jemput Masterji datang kat tempat anda! Kalau tak , menerusi telephone pun kita bisa berbicara janji kita belajar. Kita cemerlang, organizasi kita cemerlang dan Negara kita akan turut cemerlang.
No comments:
Post a Comment