Salam hormat pada semua peminat dan pembaca. Apa Khabar? Pn. Norsiah salah seorang pengikut blog Masterji yang gambar nya tercatat di bawah telah menjemput Masterji memberikan talk perihal 5S di Jabatan Kerajaan minggu depan. Ok no hal. Sebab 5S ni kalau tak kena cara nya untuk di uruskan akan jadi 5S yang amat menarik : SUSAH , SENANG, SAYA, SEORANG, SAHAJA. Ha ha ha. Itu pun 5S. Last last tinggal pengerusi saja yang ke hulu ke hilir membuat kerja.
Terima kasih Pn. Norsiah. Masterji pasti datang. Cik Fame kita Pn Noor Jahan akan berangkat ke Jepun. Ohayo Ghozamazu Jahan san. Anatawa genkidesuka? Nihon ni imasuka? Good Morning, anda sihat ke, sekarang di Jepun ke? Masterji kerja dengan Jepun lama. sikit sikit tau lah. Encik Azaman lebih terrer.
Hari ini entri yang ringan. Stress , Halo Brother , The Blackout story. Ingat pada entri Masterji yang pertama perihal Black out ? Kenangan di tempat rawatan jiwa. Hari ini Masterji nak cerita satu lagi babak yang menarik dan sedih.
Masterji ke sana atas tujuan latihan. Bukan pada pesakit ya jangan salah faham tetapi pekerja di situ.Sewaktu melangkah masuk kedengaran suara seorang lelaki dengan petikan gitar yang sungguh meruntun jiwa,
'Saat ku rindu pada mu,
Seru ke seru nama mu bertalu,
Rimbunan rindu yang bertemu,
Menjadi lembaran cintaku,
Ku serah kepadamu.....
Lagu nyanyian kumpulan WOW. Sama suaranya. Saya melangkah masuk dan berada di antara sel pesakit lelaki dan wanita.
Saya jenguk dan lihat di sel lelaki. Hensem boleh tahan orang nya. Tidak berbaju dan memetik gitar sambil menyanyi.
Saya teruskan program saya pada hari itu. Program latihan setengah hari. Kemudian saya melawat sel bersama salah seorang staff. Memanglah banyak perkara yang nampak lucu tetapi saya terasa sangat sedih . Hidup jangan fikir kelakar aje, esok lusa kita tak tahu mungkin next generation suku sakat kita pun ke situ.
Selepas melihat kali pertama, pemuda itu amat mencuit hati saya termasuk ada beberapa orang lagi. Tiba tiba dia menjerit kuat dan memaki hamun pada angin. Masterji beralih pada tempat rehat.
Sambil berjalan, Masterji tanya staff yang mengiringi, kenapa tu? "Kes putus cinta", "Dipermainkan oleh girlfriend"....jawap staff berkenaan.
"Love me , love me not, love me , love me not," Macam filem hindustan Raaz pulak. Kata hati Masterji. Filem tu isteri nya jadi tak siuman di sebabkan teman lelaki nya terlalu sarcastic dan tidak mahu memahami kehendak orang lain.
"Ohh.. begitu". Tanya apa ciri ciri awal penyakit berkenaan dan rawatan nya? Staff berkenaan menerang kan mungkin terjadi nya masalah stress kepada mereka. Ada kejadian yang menakutkan, menyedihkan, menyeramkan , memalukan dan menyakitkan. " Mungkin dalam hidup mereka ada terjumpa orang yang terlalu kejam, dansarcastic,",..."Rawatan yang di berikan ialah, rehat, ubat penenang dan kaunseling. Bila sihat bari di keluarkan. "
Kata staff berkenaan secara lebih kurang.
"Ada yang kembali tak selepas keluar dari sini'? Tanya saya. "Ada Encik Rafi" kata staff berkenaan.
"Disini, mereka jauh dari punca yang buatkan mereka stress , tapi mungkin bila pulang, orang atau keadaan akan kembali kan sakit mereka." Kata staff berkenaan.
Saya berhenti di tempat rehat dan merokok. Disitu ada ramai pesakit yang sedang lawat oleh saudara mara atau ibu bapa mereka. Sedang memerhatikan keadaan, saya di tegur dari belakang, "Halo Brother , lu ada lighter"?
Saya menoleh dan pemuda yang menyanyi tadi di belakang saya. " Errr...ada , ada. "... Saya nyalakan rokok nya. Dia tersenyum dan tanya "Lu apa bikin sini, pakai tie ni"? Tanya dia.
Saya rasa nak gelak kerana mungkin dia ingat saya pesakit baru tapi pakai tali leher. "Gua mengajar, bagi training".
"Humm", dia berlalu sambil ucapkan thank you. Tak tahu samaada dia faham atau tidak. Saya perhatikan beliau ada pelawat.
Saya berlalu dari tempat rehat selepas sebatang rokok dan melintasi di tempat duduk rehat pemuda tadi bersama pelawat nya. " Lu tadi nyanyi , bagus lah ," Kata saya pada nya sambil menunjuk kan ibujari tanda good.
Dia cuma angguk dan senyum. Saya kembali bersama staff tadi untuk menyambung aktiviti melawat semula sel sel mereka. Sambil berjalan , saya bertanya semula , apa kah ciri ciri asas terkena penyakit ini. " Encik Rafi pernah tak marah orang depan encik rafi sewaktu memandu"? Tanya staff berkenaan.
"Ada", jawap saya dengan jujur. " Ada keluar perkataan yang marah marah tak ketika itu?" tanya nya lagi.
"Ada " kata saya.
" Huh itu dah kira stress lah Encik Rafi, tanda awal tu, cakap sorang sorang",kata staff berkenaan sambil melontarkan senyuman.
"Err ..iyeke", dalam hati kata hissh malu nya. Tapi betul lah apa staff tu kata. Make sense.
Masterji pun sakit juga lah kira nya tu. Ha ha ha.
Teruskan lawatan dan Masterji dah banyak yang lain seperti yang telah Masterji ceritakan dalam entri Blackout dulu.
Banyak punca stress sebenar nya. Tempat kerja, pergaulan, didikan, perkahwinan dan macam macam lagi.
Pesanan yang masih Masterji teringat dari Doktor di situ.
"Hah Encik Rafi, kalau ada satu masalah dan benda tu asyik di fikiran aje, berhari hari, berminggu minggu, cepatlah buat sesuatu , itu tanda ada stress".
Pesanan Masterji,
Carilah teman yang boleh menyelesaikan masalah bukan pemberi masalah,
Berbelanja lah mengikut kemampuan.
Kalau tak ada beban, jangan batu di galas.
"Bila ku sebut nama mu,
Damai di ruang hati ku,
Ku seru nama mu bertalu....
Sedap suara pemuda itu. Sentiasa dalam kenangan dan fikiran Masterji. "Halo Brother".
No comments:
Post a Comment