Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, October 10, 2010

Camera Man


" I Wake up in the morning
and the sun begins to shine
the day did sneak up on the night
I see your face and I see myself
and I get a little taste of life
I try to stand it for while......."

Kedengaran suara Klaus Meine vokalis Scorpions melagukan In Trance.

Tika itu 1992. Memakai tali leher dan bersiap untuk menghadiri satu pertandingan. Hadir sebagai jurugambar bukan peserta pertandingan. Ceh!...Jadi camera man pun kena pakai slack, kena pakai kemeja kena pakai tali leher(kasual) . Apalah, macam VIP pulak. Gerutu hati pagi itu.Zaman itu, belum lagi wujud istilah Digital Camera, cuma yang ada sebuah kamera jenama Canon yang menggunakan filem(Kodak amat popular ketika zaman ini).

Salam dengan Mummy , cium dahi mummy dan start enjin motor kapcai saya. Motor buruk. Nak tergelak pun ada pakai tali leher naik motor. Pakai helmet pun buruk. Apa nak buat. Taraf Clerk masa tu maka hiduplah seperti Clerk cuma fikiran aje mesti macam Manager.

Sampai di CIAST, Seksyen 19 Shah Alam satu jam sebelum upacara pertandingan bermula. Technical Skill Competition antara anak syarikat. Dengar khabar ada menteri yang akan datang. Misi hari itu tangkap gambar peserta, VIP, Opening ceremony dan bantu yang lain.

Upacara bermula dan from one speech to another speech. Jenuh juga tunggu tapi tertarik pada gaya setiap VIP. Cara duduk, cara bercakap dan cara berjalan.

Selepas itu kerja camera man pun bermula. Ikut group VIP melawat tempat pertandingan. Satu bilik ke satu bilik. Salah satu bilik ternampak ketua tenaga pengajar pertandingan kemahiran ketika itu. Cik Sonia salah seorang pengikut blog Masterji hari ini. Rupanya dari tahun 92 berjumpa ya. Ketika itu beliau orang penting dalam pertandingan kemahiran itu. Cuma dia berada di anak syarikat yang lain. Kini tenaga pengajar yang berkaliber.

Snap sana, snap sini, flash bersinar sinar. Habis program balik. Naik kapcai. Kamera simpan dan filem yang terpakai kemas di simpan.

"Encik Zol, saya err....tak tahu nak tangkap gambar, lagi pun kerja ni bukan kerja saya" jawapan yang saya berikan pada Pak Zol bos saya sewaktu menerima arahan menangkap gambar. Saya di arahkan oleh Bos no 1 Mr Saito dan Bos no 2 Pak Zol menjadi Official Company Camera Man. Ketika itu tahun 1992. Baru setahun masuk training department dari production department. Kerja asas, mengajar budak operator baru dan melukis poster berbentuk education kerja dan product.

"Rafi,... kau ingat kau siapa? " Kau ada PhD ke untuk memilih kerja" ? Pukulan yang tepat dari Pak Zol. Ketika itu saya seorang Clerk dan berkelulusan SPM sahaja.
"Kau tahu tak, kerja tangkap gambar ni banyak untungnya tapi kemudian hari, so no two ways about it, unlike if you've got PhD than you are free to decide nice job for you".
Bang ! Bang ! Bang ! Pak Zol berkata pada saya seperti peluru machine gun yang masuk ke dada. Pak Zol guru motivasi yang bagus.

Saya berlalu dan berfikir. Monyok muka saya.

"Pi,...kalau kita malu tak ada apa kerja yang kita boleh buat dan kita tak ke mana". Teringat pesan Abang Din. Abang Din adalah bekas penyelia saya dahulu semasa bekerja sebagai cleaner di satu syarikat. Saya cuba mengelak mencuci tandas dan beliau nasihat kan saya.

"Rafi..., kau ingat kau siapa"?, "Kau adaPhD ke"? "No two way about it", "Untung kemudian". Berlegar legar di kepala antara ayat Pak Zol dan Abang Din.

Saya decide untuk mencuba. Orang tak ada kelulusan jangan berlagak. Betul kata Mummy. Lagi pun, saya ada tanggungan , seorang adik perempuan dan seorang nenek. Mereka harus makan.

Maka selain mengajar tanggungjawab baru sebagai camera man di galas. Semua function saya masuk di antara nya:

1. Lawatan VIP,
2. Annual Dinner
3. Aktiviti Sukan Tahunan.
4. Mesyuarat yang penting penting.
5. Upacara Pertandingan Kemahiran.
6. Banyak lagi.

DAN PAK ZOL SERTA ABANG DIN TEPAT! Salah satu kunci kejayaan saya sebagai pekerja atau pun tenaga Pengajar ialah kerana pengalaman sebagai seorang camera man. Diantara faedah nya :

1. Pak Zol tiada kesulitan untuk merekomen nama saya untuk kenaikan pangkat atau pun gaji walaupun sistem kuota terlalu kuat. Kalau sebut Rafi tiada yang kenal tapi kalau sebut our company camera man, semua kenal termasuk Pengarah Urusan. Maka dengan senang hati mereka luluskan. Itu penting. Kalau orang tak kenal kita , susah.

2. Presenter yang hebat. Sewaktu merakam gambar orang orang penting yang berikan ucapan, saya lihat dan belajar gaya mereka bercakap, berdiri, membuat educated jokes dan menjawap soalan. Kemudian saya sematkan dalam fikiran dan praktik kan satu persatu. Selepas itu saya berjaya mengasah bakat sebagai MC pada upacara upacara syarikat. Satu lagi periuk nasi. Kalau dulu sebut perkataan good morning ladies and gentlements lain dan selepas itu lain. Ada style.

3. Menjadi orang rujukan. Semua pegawai yang memerlukan gambar untuk di jadikan bukti laporan akan berjumpa dengan saya. Maka connection power terjalin dan kukuh.

Sehingga tahun 98 baru lah tugas itu di berikan pada orang lain. Saya berbangga memegang jawatan tersebut. Banyak yang saya pelajari. Apa kerja pun sebenar nya boleh menguntungkan kita.

"It is not how many jobs you have but how effectively you utilise the job for your success!"
Camera man ! Thank you and I loved it. Banyak sinar yang di cipta dan kebolehan yang diperolehi.

Gambar sewaktu jadi camera man. Kenangan manis tahun 1992.

3 comments:

Noor Jahan said...

Saya pulak digelar 'camera woman'. Tapi ceritanya agak berbeza. Saya memang punya kamera sejak kecik lagi sb arwah bapa suka ambik gambar kitaorang. Jadi bila2 ada function kat sekolah saya akan ambik gambar dan jual pada mereka yg nak beli. Cehhh...masa tu ambik order!! Ini berlarutan sehingga alam kerja. Tiada yg suruh tapi sendiri sebab minat merakamkan gambar utk kenang2an.

Ada satu function yg saya diarah oleh MD...masa tu our company baru siap membina Shangrila Hotel @ Putraya. So semua menteri2 dtg 'lunch' kat sana. So saya diberi kamera yg baik.. Apalagi, saya pun menjalankan tugas....masa tu join jer photographers media. Diaorang pakai special pass...saya pakai pass kerja. Saya rempuh jer!! Kjadian yg tak dpt saya lupa...masa tu sibuk fokus nk ambik gambar Tun Dr. Mahathir...saya reverse ke belakang...reverse punya reverse terpijak kaki Tun Abdullah Badawi!!! Saya minta maaf dan ingat lagi Pak Lah kata dgn senyuman "tak pa...tak pa...." Hati gembira sbab dapat tengok semua menteri depan mata!! Tambahan pulak hasil photo bagus...dapat pujian dari MD!!

Sehingga skarang kamera sentiasa dalam bag saya....

one said...

Salam Masterji,

If we dont like what is happening to us in the world, all we have to do is to change our conciousness - and the world out there changes for us - Lester Levenson " Keys to Ultimate Freedom "

Rgds

One&Only

sonia said...

Hahaha ini baru betul punya nostalgia. Masih ingat lagi ya.. Yess masih segar dalam ingatan, peristiwa 18 tahun dulu. Pada ketika itu saya cikgu dan Invigilator untuk subjek yang dipertandingkan. Macam biasa pagi tu saya sibuk untuk mempastikan subject saya, bilik saya,..semuanya kemas, teratur dan bersedia menerima VIP pada bila-bila masa. Sedang sibuk memandang ke kiri ke kanan, pada moment itulah terpandang seorang jejaka handsome persis mat saleh (mcm hindustan pun ada..). Berbaju kemeja putih bertali leher. Tertarik lihat kamera mahal yang disandangnya. Dalam hati kata "wah, hansemnya mamat ni. Dari company mana ya, tak pernah nampak pun..." Masa tu hati mcm bergetar juga, tapi nak control ayu punya pasal..buat tak tahu je. Lepas tamat competition, barulah tahu siapakah jejaka handsome yang ditangannya tersandang kamera mahal dan yg tercanggih pada zaman itu. Dan selepas itu, tiap tahun di lokasi yang sama, event yang sama, saya pasti tak lepaskan peluang mencuri pandang jejaka handsome itu.. Maaf ya Masterji..ketika itu mengintai tanpa izin...hahaha.