"Bang, kita kena pi Felda lah Bang", Kata Hisyam training coordinator saya menerusi hp nya. "Err,..apa Sham"?
"Kita kena buat training peningkatan 5S kat Felda Johor, tempat ini dah banyak kali buat tapi tak dapat capai lagi changes required dan HQ dia offer pada kita untuk laksanakan". Syam menerang kan.
"Felda Johor'? " Dah pernah buat dengan tenaga pengajar lain tapi tak jalan ke dulu?" Tanya saya.
"Ya, dan ini kes mission impossible lah", "Amacam Bang , boleh ke ambik ?". " Depa kata Tenaga Pengajar kena gangster sikit". Hisham.
"Ok, nanti prepare schedule dan we take it". Saya.
"Yes", Hisham.
Saya duduk dan termenung di library rumah saya. Satu bilik yang saya gunakan untuk membaca, membuat training material dan termenung. Ada 4 rak dengan jumlah buku lebih kurang 300 ratus buah , laptop, printer , meja menulis, kerusi Executive chair, training material, cd-cd latihan , cd music kegemaran ataupun DVD kegemaran , satu set dumb bell di atas lantai , bekas abu rokok dan lighter Zippo yang di beli tahun 80an. Di sebelah kanan , gambar Tun Mahathir Mohammad , Carlos Ghosn ( Nissan Rescuer ) dan sebelah kiri gambar family dan Jamal Abdillah. Dua biji bantal tidur sentiasa ada. Stand by kalau kerja sampai lewat malam maka tidur kat library sahaja.
Dulu misi yang lebih kurang sama di Ladang Rakyat Trengganu. Kali ini Johor. Dah tentu Felda kelapa sawit dan ramai pekerja pekerja yang berumur. Saya berfikir. Konsep sama cuma strategy kali ini harus berbeza. Ini mission impossible therefore harus lebih teliti. "Emm, kebal syarikat nie". Detik hati saya.
Kota Tinggi, Felda Pasak Johor Bulan February 2008. Program latihan di jalan kan. Ramai pekerja senior dan veteran yang hadir. Kawasan tempat kerja mereka, berminyak, kotor, berdebu, tak nampak colour asal forklift dan barang barang keperluan kerja berterabur di sana sini. Bilik kawalan store , tiada sistem dan sukar untuk mencari sesuatu.
Program yang Masterji jalan kan adalah seperti biasa, Perubahan minda, step perubahan tempat kerja, turun padang dan assignment. Sebulan sekali selepas itu, Masterji akan datang dan pastikan perlaksanaan mengikut jadual.
Dan mereka serta tempat kerja mereka berubah dengan begitu cemerlang! Masterji gembira. Hisham gembira. Pegawai Kanan mereka yang datang dari Kuala Lumpur juga gembira. Satu lagi success story. Pekerja di sana juga gembira dan akhirnya mereka berjaya. " Benar Kakak Kakak dan Abang abang di sini tiada yang keluar dari Universiti tapi bila lagi mau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi"? Ayat yang Masterji berikan pada mereka.
They made it! Mission Impossible completed. Hanya ambil masa 6 bulan sahaja. Selepas 6 bulan mereka melancarkan aktiviti berkenaan secara besar besaran dengan kedatangan orang besar mereka bersama Masterji.
Kota Tinggi dan Felda Pasak yang dirindui. Mubarak Ko mera Dos! Depa panggil saya Cikgu Bai. tak pa lah, janji misi berjaya.
I talk talked about change and I changed them.

5S ini adalah tabiat dan bukan sistem, kalau anggap sistem , lepas ini pulang ke asal, "






Cikgu Bai pulang dari hari pelancaran dan tersenyum dalam kereta. Syukur. Selain strategy pengajaran yang berbeza, lagu untuk senaman dan ketika aktiviti juga berbeza dengan latihan latihan yang lain. Di sini, Masterji gunakan lagu Rasputin untuk senaman dan lagu Hindi, Jo Bhi Kasmein dari filem RAAZ. Mereka suka dan seronok. Ramai orang lama maka Rasputin dan Jo Bhi Kasmein sold out!
Pn Noor Jahan sedang berada di Jepun. Terimakasih pada pembaca yang menghantar komen perihal Halo Brother. Ya benar bagai sembilu.
Pada samurai samurai Pasak, kalau membaca ketika ini, saya ucapkan tahniah dan saya rindui Kota Tinggi. Terimakasih yang tak terhingga pada masa yang telah di luang kan bersama Masterji serta sudi mendengar.
"Jo Bhi, Kasmein Khaayi thi humme,
Waada kiya tha jo milke,
Tune hi jeevan mein laaya tha mere savera,
Kya tumhe yaad hai....,
"What ever promises we have made together,
We make promises together,
You brought sunshine to my life,
Do you remember you had brought sunshine to my life,"
Lebih kurang begitu lah maksud nya,....
No comments:
Post a Comment