Untuk kelihatan muda, tiada halangan. Ayuh silakan.
Pn Noor Jahan terima kasih atas jemputan open house raya. Maaf tak dapat datang kerana saya berada di Melaka untuk program latihan. Apa pun terima kasih berbanyak ya. Hari berkenaan juga ada banyak jemputan lain termasuk beberapa agen syarikat kosmetik dan ubat ubatan. Pernah di jemput oleh mereka untuk berikan Motivation Talk untuk agen agen mereka. Pun saya tak dapat nak hadirkan diri.
Encik Azaman , bila nak buat open house? Dengar cerita kata dah tempah dewan ya nak buat open house. Jangan lupa jemput ya. Ha ha ha.
Hari ini cerita pasal Masterji. ( Selepas entri , the Plane, The Plane)

Sesiapa yang berpangkat besar, akan mendapat sticker khas di atas dan di berikan tempat parking istimewa. Pegawai keselamatan dengan begitu teliti dan hormat mengalu ngalukan kedatangan mereka. "Puh,,, hebat betul" bisik hati saya
Saya melihat satu kereta demi satu kereta yang mempunyai sticker berkenaan.
Hati berbunga. Alangkah indahnya hidup kalau dapat jadi begini.
"Err...tapi aku, camera man dan kerani aje..."...kata hati saya.
Tetapi bila fikir balik, kalau ada hati, semua boleh jadi. Aku pasti dapat. Pasti!
Saya kemudian meminta satu sampel dari pihak pengurusan saya dan saya simpan. Bila senang saya akan tengok. Bila senang saya akan tengok.
Dan beberapa tahun selepas itu syukur , berkat usaha dan kesabaran , kereta saya akhirnya mendapat juga sticker berkenaan dan kali pertama airmata saya menitis.
Bekas seorang toilet cleaner seperti saya , dapat kemajuan seperti itu amat mengembirakan.
Banyak bahan yang boleh kita simpan untuk memotivasikan diri kita selain dari sticker berkenaan.
Apa pun kita harus berusaha dan kurangkan glamour.
No comments:
Post a Comment