Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, April 29, 2011

Re Start Mario!


Wow...terima kasih banyak pada para pembaca. SMS perihal entri Relevan Jamal Abdillah puhh hebat sampai penuh kotak sms Masterji...ha ha ha, Zack tetap hebat.

Kali ini nak cerita pasal Raja Sawang pulak. Hah! apa tu Raja Sawang? Spider Man ke? Tak bukan Spider Man tetapi seorang kawan lama Masterji, kami panggil dia Raja Sawang. Saya bertembung dengan dia di Restoran Mamak.

Perbualan dengan nya membuatkan masa berjalan tanpa disedari. Macam macam yang dibualkan. Kalau sekarang label yang tepat ialah Mat Rempit. Tetapi dulu kita panggil Mat Motor. Beliau bekas Raja Lumba dulu tetapi minat nya ada sedikit kelainan ketika berlumba. Dia tak minat High Way tetapi jalan yang ada banyak Roundbout atau bulatan. Kegilaan nya. Kalau nak berlumba mesti trek nya ada roundbout. Roundbout kalau dipandang dari Hellycopter view nampak macam sawang labah labah maka kami panggil dia Raja Sawang. Memang beliau hebat dengan trek seperti itu.

Hobi nya terhenti apabila mimpi yang ngeri berlaku. Beliau cacat seumur hidup kerana terlibat dalam satu kemalangan sewaktu menjalan kan aktiviti kesukaan nya. Duduk hospital hampir setahun.
Dilahirkan lengkap tetapi kini ada kekurangan dan pergerakan agak terhad. Kini dia tinggal sebatang kara dan belum berkahwin. Ibu Bapa sudah tiada dan adik beradik semakin sibuk.

Tetapi sebaris perkataan nya membuatkan saya sayu dan terus merakam kan nya di kotak fifkiran. "Bai... Dulu aku dah membazir banyak waktu, sekarang aku Re Start balik hidup aku dan aku rasa banyak lagi yang aku boleh buat walaupun kita ni dah agak tua" ..Kata nya pada saya. Bai adalah nama saya yang dipanggil oleh rakan rakan dulu.

"Heii...siapa tua, bukan kita tapi hang saja yang dah berumur"....Saya bergurau dan kami bersama ketawa.
Saya kemudian katakan pada nya, bagus apa yang disebutkan. Ya benar , kita kena RE START balik perjuangan hidup kita. Tidak perlu pulang semula menjadi kanak kanak kemudian membesar dan dapat memperbaiki kesilapan. Sejarah hitam yang berlalu tidak boleh diputihkan tetapi pencapaian yang baik selepas itu dapat juga dijadikan pertimbangan dan orang akan kata " Itu dulu, tetapi sekarang dia cemerlang..." . dan jangan sekali sekala orang cakap " itu dulu, sekarang lagi teruk..." .....hah yang ini merbahaya.

Kisah Raja Sawang boleh dijadikan contoh dan peringatan yang baik. Setiap perkara yang salah akan ada noktah maka berhentilah sebelum dinotahkan kerana apabila dinotahkan mungkin keadaan nya sedikit derita.

Ya benar. Ramai diantara kita banyak melakukan kesilapan dan mengakibatkan kehancuran. Kita boleh RE START semula. Malah kita akan lebih matang, bijak dan sabar. Sekarang dia memandu sebuah Van untuk menghantar barangan runcit. Van berkenaan Van nya sendiri dan dia sudah jadi Business man. Walaupun begitu tetapi dapat juga jadi ahli perniagaan. Masterji tumpang bangga dengan diri nya.

Mario atau Maarof, kalau anda membaca entri ini, saya bergembira dengan pencapaian mu wahai rakan ku. Syabas. Terimakasih kira nya anda menjadi pembaca setia blog ini. Ramai yang RE START Mario, dan kalau anda membaca blog ini dari entri yang pertama, anda akan mengerti ada yang lain selain daripada anda. Masa tidak mengizinkan kita bercerita panjang tempoh hari. Dan sudah saya katakan pada anda, apa yang anda lafaskan RE START itu tepat walaupun anda sedikit tersenyum dan memikimasa yang lepas tak kan kembali lagirkan mungkin perkataan itu sudah terlambat bagi anda.
Syabas ya!

Masa yang lepas tak kan kembali, masa yang baru kan menjelma, biar hidup terus hidup....


Sunday, April 24, 2011

Melaka

Semalam di Melaka bersama Pn Saniyah Kadir . Meeting dengan Encik Bakri dan juga client baru di Melaka untuk program latihan.

Macam macam event yang ada disana. Melaka semakin sibuk dan kreatif. Melaka pada asal nya memang tempat pelancongan tetapi yang menarik nya tidak pernah surut dengan idea idea yang kreatif untuk menggunakan strength dan kelebihan Negeri itu. Perkara yang menarik dan jelas sekali daya kekuatan kepimpinan di Melaka. Ini yang dikatakan it's not what resources given to the leader but how the given resources used effectively.

Lampu trafik yang bernombor sahaja benar benar mencerminkan Melaka berlainan dan sistematik. Paling latest surat khabar hari ini mengatakan Menteri Besar Melaka, akan mengasaskan sebuah hospital berkonsepkan hotel di Ayer Keroh. Wow...something new lagi tu.

Nampak nya pengurusan Laut Biru atau Blue Ocean strategy benar benar rancak sekarang. Masterji pernah menulis perihal Blue OCEAN dan boleh semak di entri yang lepas.

Innovation and Creativity key to successfull Transformation. Don't reduce competition but make it irrerlevant!

Banyak gambar yang kami ambil untuk tujuan latihan kualiti, leadership dan banyak lagi.

Mungkin Melaka boleh kita jadikan contoh ya. Banyak perkara yang boleh di perbaiki daripada satu resources dan tak perlu banyak banyak.

Pn Noor Jahan aka Cik Fame, thank you for your comment in Reference Point. I need to take that as special entry later. I love that comment ada sesuatu yang menarik.

Pada pembaca lain terimakasih. Ada yang hantar sms kata entri reference point terus menikam kalbu, pedih, bisa tetapi bagus dijadikan nasihat. Dia ucapkan terimakasih pada Masterji dan Masterji juga nak ucapkan terimakasih pada nya kerana memberi komen. Satu lagi sms mengatakan perkataan Bara itu memang tepat dan membuka mata nya. Sejarah bara lepas bisa menjadi penghalang untuk hari mendatang tambah nya.

Masterji faham dan ramai yang kecundang . Bermula dari kerjaya sebagai cleaner sampai lah ke HR Manager, banyak kisah yang Masterji dengar, perhatikan dan ada yang selesaikan. Apa pun , Every Sun Rising Time, it's a time for us to make a new shinning day for ourselves. Jangan lupa ya. Reference point lama mungkin terminator, reference point baru mungkin builder maka jangan risau banyak ya...Juga jangan lupa meningkatkan diri pada tahap yang lebih cemerlang dan murni kerana Masterji percaya musuh yang ketat akan bertemu dilaluan yang sempit satu hari nanti dan ketika itu anda bukan lah seperti semalam yang penuh luka dan lemah tetapi anda adalah esok yang gagah dan lebih teratas, lebih class dan lebih mulia. Saya percaya anda boleh dan mesti boleh.

Saturday, April 23, 2011

Bieber!

Wow! Justin Bieber bikin Tsunami! Konsert Justin Bieber mendapat sambutan hebat walaupun ketika hari hujan. Baru 17 tahun sudah bikin sejarah. Kegilaan ramai remaja hari ini.

Tiket yang berharga RM 888 pun sold out! Banyak tu jumlahnya boleh beli berpuluh buku.
Apa yang Masterji baca tentang beliau ada kena kaitan dengan topik kita yang lepas, Reference point. Beliau memetik Michael Jakson sebagai reference point dan banyak corak tarian nya seakan mirip seperti Michael Jakson. Moon Walk dan macam macam lagi.

Blue Ocean atau strategi laut birunya agak menjadi ketika ini. Making competition irrelevant.

Dari segi kejayaan dipentas amat menarik tetapi dari segi personaliti , Masterji tak tahu nak tak nak komen.

Pada anak anak remaja, jangan pula terlupa dengan budaya kita dan apa yang dibenarkan dan apa yang tidak sewaktu berada di dalam aura Bieber!

Bagi yang merindui Michael Jakson mungkin bisa melihat prestasi Bieber. Any way the point is, take his idea into workplaces. Make different and make competition irrelevant! Be The Best of You!

Pada para pembaca, terima kasih kerana membaca. Masterji ada pesta buku di KL, konsert buku pun penting juga ya selain dari konsert Bieber.


Thursday, April 21, 2011

Reference

Ramai yang gagal hari ini , salah satu sebab nya salah memilih orang yang kita gunakan untuk di jadikan rujukan or reference point. Maka hidup seperti melalui bara yang membakar.

There is two kinds of reference person;
The reference person who make you open the door to success, and
The reference person who make you open the door of failure.

Memilih orang rujukan sama lah seperti memilih bahan rujukan. Salah bahan yang kita baca maka salah lah nanti perlaksanaan nya.

Kita bebas memilih mana mana orang untuk dijadikan rujukan bagi tujuan cara pemakaian, bercakap, berjalan, bekerja. dan berkongsi masalah. Tetapi haruslah bijak menilai nya.

Banyak orang yang terperangkap ketika merujuk pada seseorang apabila berada dalam masalah. Ingatkan boleh release tension tetapi makin tension. Ingatkan dapat lah bertukar tukar pendapat tetapi rupanya bertukar sarang derita. Bara berterusan. Perangkap bara ada dimana mana. Sekali masuk, nak bebas susah. Walaupun bebas , ibarat burung yang keluar dari sangkar tetapi dipatah kan sayap. Tak bererti jua makna nya. Ketika masuk diberikan manisan madu ketika ingin bebas dititiskan cili yang pedas. Ketika masuk sihat pabila bebas jadi cacat. For what?

Banyak lagi penasihat yang personaliti lebih mulia ada dipasaran. Carilah dan mintalah bantuan. Ibarat kita sebagai penagih dadah meminta nasihat pada penagih dadah yang lain, sudah tentu lah jawapan yang diberikan mungkin tiada lain kecuali dadah.

Pick one right and effective model. You will play a bigger game as a human being if you took the right reference person. Later, just need to do the same kinds of effective things your reference person did to go to the top or living in the right and peacefull life.

"Positive reference points will pull you into a new way of seeing things and introduce you to a new set of possibilities. Doors you never even knew will begin to open"
- Robin Sharma.

Jangan cari bara ya para pambaca yang dihormati.

Monday, April 18, 2011

Start at 5

Hari ini baca paper ada kisah masalah berat badan terlebih dikalangan murid murid sekolah. Nasi lemak dijadikan teori penyebab. Masterji tak pasti kebenaran nya.

Nak suruh berhenti makan nasi lemak mungkin agak sukar. Mungkin tak boleh langsung. Cuma yang boelh kita buat ialah kurangkan sedikit rutin nya. Makan nasi lemak ni bukan disekolah sahaja tetapi ditempat kerja pun sama. Mungkin kita kena balancekan makanan dan senaman. Kalau nak diikutkan jadual latihan Masterji mengajar di hotel hotel dan jemputan jemputan makan malam dan sebagai nya sudah tentu Masterji pun boleh ada masalah obesiti.

Macam mana ya rupa Masterji kalau berat badan lebih? Ya jawapan nya melucukan. Pernah. Masterji pernah mengalami masalah berat badan yang terlebih dan susah nak turun. Dah lah tinggi tambah pula besar, alamak macam King Kong daaa..rupa saya. Pernah dua kali mempunyai masalah begitu. Badan jadi cepat letih, mengantuk, pergerakan jadi lembab dan macam macam masalah lain yang dipikul. Dulu saiz pinggang seluar boleh sampai ke 37. Nak gelak pun ada rasa nya. Sekarang 29 dan amat bersyukur. Dulu saiz seluar tak pernah turun, naik lagi ada.

Kalau pakai T- Shirt tak boleh masuk dalam pasal nampak sangat perut besar nanti. Anak selalu bergurau suruh ditakuti terkena stering kereta semasa memandu. Cis...selalunya Junior yang rajin mengusik saya. Tetapi kerjaya saya memerlukan stamina untuk bercakap. Tak da stamina tak boleh cakap. Kena in pronto tanpa mic. Pakai microfon kadang kadang sahaja. selebih nya I must walk around and talk and talk and talk with proper melody. Ada masa slow, ada masa chorus so kena jaga perut supaya tidak semput dan pernafasan menjadi lancar serta suara boleh nyaring dan bercakap lama.Peserta duduk lapan jam, Masterji berdiri lapan jam maka kalau berat badan lebih, Masterji kena duduk nanti tak tahu mana cikgu dan mana murid. Untuk berdiri lapan jam, kekuatan ketahanan tumit dan tapak kaki amat penting. Selain daripada itu, kekuatan peha, pinggang dan betis juga amat penting. Nanti pinggang jem, sorru pun jem. Lapan jam dihadapan orang ramai dan Masterji percaya , shape badan juga harus dijaga supaya nampak kemas , meyakinkan dan bertenaga. Public figures must be prepared fully from health up to style.

Kerjaya saya tidak dibantu oleh subsidi hospital ataupun medical benefits.Bagi yang bekerja , anda ada subsidi dan benefits sekira nya sakit , kos perubatan atau pembedahan boleh ditanggung oleh Majikan.

Not for me. Business man kena tanggung sendiri. Kalau tak jaga berat badan nanti tak sihat dan kerjaya saya mengajar tidak membenarkan saya dengan suka suka hati mengambil emergency leave. Show kena on. Stage dah siap dan penonton dah sedia hadir. Ada yang datang dari jauh jauh tetapi tiba tiba Masterji call kata tak boleh buat show pasal tak sihat. Hancus jadi nya pasal peserta tu dan majikan nya nak buat apa dalam kelas room tu? Tak kan nak main one to som di antara mereka pulak.Rekod akan menjadi buruk dan peluang menjadi tipis bagi Masterji nanti. Maka jalan yang terbaik ialah bersenam dengan niat supaya sihat tubuh badan dan dapat meneruskan kehidupan untuk mencari rezeki yang halal untuk digunakan kearah kebaikan dan periuk nasi seisi keluarga.

Pagi sekali bersenam ringan dan petang selalunya senaman berat sedikit. Bagi yang lain mungkin boleh buat seminggu sekali janji buat! Kalau tak nak pergi jogging pun tak apa. Pasang lagu yang hangat didalam bilik dan mulakan tarian anda. Joget setempat pun tak pa janji berpeluh. Untuk tujuan kesihatan tak apa. Macam macam cara boleh dilakukan. Sebenarnya kalau kita rajin bersenam, tak perlu nak risau pasal makanan sebab semua nya balance. Kalau pagi makan nasi lemak petang kita jogging lebih sedikit maka akan balance lah jadi nya.

Ada juga individu yang menjalankan aktiviti start at five. Bangun pada pukul lima pagi ketika orang lain masih lagi tidur dan mereka memulakan senaman serta kerja kerja lain. Geng Pukul Lima kadang dipanggil orang.

Pernah Masterji tanya seorang rakan digym, kenapa sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk bersenam setiap hari? "Health is an asset and Shape is competitiveness" kata nya.
Aiseymen, betul juga tu. Masterji selalu berangan selepas pencen masih sihat dan bercuti dimana mana pantai sambil membaca novel novel kegemaran Masterji. Dan ketika itu, alahai ... minta minta saiz pinggang masih 29 lah ada nya ....ha,ha,ha. Tak mustahil kerana apa sahaja boleh dijadikan target. SRK boleh , saya pun boleh.

Boleh hantar dan ambik cucu dari sekolah dan boleh bawa cucu pergi makan aiskrim lagi. Insyaallah.

Pada Cik Fame kita Pn Noor Jahan, patut lah kerja HR, rupa nya Kapten Kawad. Siang siang lagi lah dah terrer dalam bab berkomunikasi dan berikan command ya. Patut lah buat presentation 5S suara nyaring dan berselamba sahaja. Bagus tu. Ada masuk TV ke hari pembarisan. Dapat juga masuk TV ya, Tahniah. Keberanian bercakap boleh jadi periuk nasi yang baik satu hari nanti.

Saturday, April 16, 2011

Syukur


Hari ini saya berada di Career Fair di KL. Sebagai rakyat Malaysia saya harus bersyukur dan juga sempat memesan pada beberapa anak muda generasi sekarang untuk turut menghargai apa yang ada ketika ini di Malaysia.

Beratus ratus jumlah pekerjaan yang di peruntuk kan oleh beratus syarikat daripada kilang sampai lah ke Universiti. Saya cuba bandingkan masa silam saya 25 tahun dahulu. Amat sukar sekali. Tiada job street, tiada career fair dan tiada kerja yang mencari orang. Tetapi kini, kerja cari orang. Tinggal lagi kita rajin atau masih malas dan memilih. Dulu saya terpaksa berebut rebut dengan berpuluh yang lain di dalam pejabat buruh atau labour office untuk hanya satu atau dua jawatan. Tak dapat maka berjalan lah kaki dari satu kilang ke kilang yang lain. Tak dapat kerja yang indah indah belaka, dapat kerja cuci tandas pun kira dah besar. Tetapi hari ini, Malaysia tidak seperti dahulu.

Terimakasih pada Tun Dr Mahathir Mohammad. Idea pandang ke timur makin diperluaskan sehingga hari ini. Hari ini, saya lihat generasi muda memohon kerja tanpa bau hangit atau keringat peluh di dahi. Semua nya berhawa dingin. Semua nya seperti filem star. Dulu , baju saya dan rakan rakan bermandi peluh untuk mencari sesuap nasi. Amat sukar. Sekarang dapat souvenir lagi kalau datang cari kerja. Dulu sekadar dapat tengok balai pengawal sahaja.

Anak muda kini datang dengan muka yang girang dan tidak risau. Dulu, saya dan rakan rakan punya lah risau kalau tak dapat kerja. Semua nya sekarang datang dengan gajet yang mahal mahal. Dulu, kami beli air satu bungkus dan share ramai ramai. Itu pun Sky Juice. Ais Kosong.

Marilah kita bersyukur meramati nikmat dan rezeki yang diberikan. Dan tidak mustahil keindahan hari ini akan hilang dan akan kembali seperti zaman dahulu. Bermandi peluh. Tidak mustahil. Hanya mind set yang kukuh dan berkualiti sahaja dapat memastikan ia consistent.

Sewaktu makan tengahari Masterji tengok orang ramai, pakaian yang melekat di tubuh dan alat gajet yang mereka pakai lebih kurang beratus ribu. Dulu sehelai kemeja Masterji beli dengan harga RM 30.00. Sekarang sehelai kemeja boleh cecah sampai ratus ratus ringgit.

Sempat memesan pada seorang student tadi, ada beza diantara mereka yang berpakaian dan alat gajet yang beratus ribu ni Kumpulan pertama, nilai etika diri mereka sama dengan pakaian dan alat gajet mereka yang beratus ribu, berkualiti.

Kumpulan yang kedua, pakaian dan alat gajet mereka beratus ribu tetapi etika diri mereka bernilai satu sen. Maka jangan terpedaya dan keliru.

Apapun syukurlah Malaysia hari bekalkan banyak peluang, selagi aman, jujur, berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi kita akan merasai lebih nikmat pada suatu hari nanti. Atok kita menanam pokok durian mungkin tidak sempat merasai nya maka kita anak cucu nya yang akan makan. Maka jaga lah keindahan hari ini agar ia bisa menjadi fitrah kita untuk anak cucu merasai nya juga.

Pada Encik Nazron dari Propel dan High Star, thank you for your comment. Love your comment memang comment you pun syahdu!

Friday, April 15, 2011

Talk


"Tuan bilang action, Tuan tak suruh cakap" Lebih kurang begitulah dialog antara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada Tuan Director Ahmad Nesfu dalam filem Seniman Bujang Lapuk.

"Cakap, cakap,...." Arahan Tuan Direktor pada Salah seorang seniman bujang lapuk.

Menyentuh soal bercakap ini, Masterji rasa penting. Ramai yang takut bercakap di tempat kerja. Masa buat kerja takut nak cakap tu ok lah... bagus tetapi bila kita diberikan ruang dan kesempatan untuk menunjuk kan kemahiran percakapan ataupun komunikasi, ramai yang mengeluh dan jumpa menjauhkan diri. Habis tu macam mana nak sparkle kalau tak mencuba bercakap apabila berikan peluang. Dalam pengalaman kerja Masterji ramai yang cuba mengelak dan dan tidak mahu.

Rugi dan sememangnya kita rugi. Boleh bercakap dan berkomunikasi bisa membantu diri kita ke level yang lebih tinggi. Untuk menjadi seorang penyelia, pengurus atau pengurus besar, kita kena bercakap. Setiap proses yang terlibat dalam kerja ataupun pengurusan kita tidak boleh lari daripada komunikasi.
Commander needs to command, but to command you must talk. Kalau tak boleh nak bercakap macam mana nak Command! Dah tentu tak boleh jadi Commander. Benar kurang kan percakapan lebih kan action tetapi bercakap juga penting. Sesiapa yang ada kelebihan bercakap, Pintu pertama ke posisi pengurusan terbentang luas!

Show that you can speak, They will show where is the door to enter leadership world . Therefore develop your talent in comminication skills.

Pada Pn Noor Jahan, thank you for your wish ya. Nanti belanja teh tarik.

Monday, April 11, 2011

LUMUT BLUES .

Best jumpa kawan kawan di Lumut. Syarikat DV. Pada Pn Latipah, HR Manager, Fizah, Fauziahdan lain lain thank you for your support.

Lumut Blues. Semuanya cool, stabil dan akhirnya Pick Up gila gila sampai tak cukup sticker nak bagi reward. Program ISO Internal Auditor bersama mereka dan Tenaga Pengajar yang hebat dan melodikan kelas dengan rentak yang menarik. Tiada yang menguap. Master Q Razak dan dan dibantu oleh Master Q Pn Saniyah Kadir.

Yang menarik, program auditor ini disertakan sekali dengan acara mock atau actual practice. Semua gembira untuk menjadi auditor dan yang menjadi auditee pun tak kurang hebat nya. Ingat ya pesan Master Q Razak, Auditor adalah untuk mencari fakta dan membantu memperbaiki sistem supaya lebih berkualiti.Master Q Razak, two thumbs up. Good Mock session.

Masterji and The Team; Encik Razak dan Pn Saniyah Kadir juga suka dan gembira belajar bersama sama anda. Kami juga turut belajar.


Simbol Program Di Lumut- Lumut Blues. Handsome gila Mamat ni. Heart Breaker no satu lah...


Best Student dari HR, Fauziah. tak cukup tempat nak tampal sticker.


Best Group. Tak tahu macam mana boleh menang tapi terror.Shaiful, Hairul,May June, Shila dan Fauziah. Pakai Bomoh kot...hahaha.... jawap kurang tapi sticker banyak...Masterji pun Konfius lahhhhh


Master Q Razak in Action. Membakar semangat! Kali ini lebih mantap dan kreatif. Best kata students.


Master Q Pn Saniyah Kadir berikan petua audit dan kemahiran yang diperlukan.


Senaman tarik telinga oleh Cik Sheila...creative.


Masterji bergurau senda dengan para auditor...jadi auditor yang baik ya...bukan nak gasak orang aje kerja nya. pesanan yang diberikan.

Kelas dipantau oleh Pn Latipah. HR Manager yang tahu selok belok ISO...Emm very good.


Exercise terbang ke udara...ha ha ha. Shidi lelaki kacak dalam kelas dengan baju kuning.


Group Otak Kiri bukan berhaluan kiri ya...


Yes...semalam yang berlalu adalah idea untuk akan datang...Jumpa lagi.


Masterji ucapkan terimakasih sekali lagi dan kita akan berjumpa dimasa akan datang. Masterji akan selalu mengingati anda , DV and Lumut Blues!

Friday, April 8, 2011

Kaki Bakar!

Encik Azaman, I salute your net work. You are really a Don ya...Mubarak Ko Azaman Ji. Well testimonial completed. Does adding up to our legacy. Ha ha ha. Saya cuma nak panjat bukit tapi terlepas ke gunung. Selalunya orang nak panjat gunung tak dapat jatuh ke bukit. Tapi saya terlajak pula ke gunung.

Anyway as beeing stated in many of my previous notes, My goal post will always a Manager. Extra is bonus. A former toilet cleaner like me dapat sampai ke Bukit pun jadi lah. Tapi kalau dah terlajak it would be a more comfortable strength for me. I can use it to tell the world that anyone can do better if you wanted to and as such the living example is here. Apa yang Abang Man komen dalam entri A Gifted School itu amat cemerlang. Terimakasih. Qualification is just entring point to a race of the Marathon called success . We will have to struggle everyday with extra efforts. Bak Kata Pn Saniyah Kadir, Extra Miles.

Kalau yang ada kelulusan tu present project improve produktiviti 20% kita kena lah buat lebih, bukan lebih sikit tapi lebih banyak dari dia. Tetapi orang seperti saya memerlukan kaki bakar Bang. Kami adalah operator yang akan berjaya kira nya diadun kan dengan tepat oleh senior kami. Kami perlu di bakar untuk melihat jembatan kemajuan. Kami perlu di hasut untuk mencari sekeping kertas yang bermaruah. Kami harus diapi apikan supaya mara ke hadapan itu adalah dunia yang lebih indah.

Dan anda adalah salah seorang kaki bakar kelas atasan. Abang telah membakar ramai orang untuk melihat ke hadapan. Membakar mereka supaya mereka bukan lah dikenali sebagai Bebanan tetapi keuntungan. To that I must say thank you.

Dalam organizasi ada dua jenis kaki bakar, kaki bakar untuk menjadikan anda boleh berenang dan kaki bakar yang membuatkan anda tenggelam. Pilih yang terbaik dan yang berfaedah.

Seminggu sekali pilihlah seorang kaki bakar yang positif untuk dijadikan teman bicara agar anda akan sentiasa diberikan insprasi untuk terus berjaya. Mentol yang hampir malap harus di cari alat agar terang menyala semula. Ada banyak kaki bakar yang boleh membantu. Talk to them and don't shy. Exchange view with them. Let them deliver every superb magic words in their mind and practices. Take it and if you cant practice it immediately it's ok and at least you had some new inspiring words for your self!

Thank you Encik Azaman.

Pada Pn Noor Jahan ...wow Auditor check inventory kalau lulus kira hebat! Tahniah ya. Tanpa Masterji boleh jalan dan itu lah dikatakan Black Belt Student. Mubarak Ko Jahan Ji. Teruskan dan masuk pertandingan kerana ia boleh menjadi kaki bakar yang berkesan. Dan saya ramalkan anda boleh menempa nama yang lebih besar. Higashifuji adalah gifted school for you. They gave you solid opportunity to make research and making you know your capabilities better. Betul tak?

Thank you Cik Fame dan Masterji tak pernah lupa kecemerlangan anda dan juga syarikat anda. Jangan lupa 6S dan seterus nya 7S kerana cabaran adalah salah satu kaki bakar yang hebat.

Thursday, April 7, 2011

Gifted School

A person who viewed workplaces as a development center and not salary center will get extra; Dollars and Progress!

Everything we do in workplace is knowledge , everyone we meet in the workplace is knowledge as everyone had their own areas of expertise.

Those who didn't do well in former school, now you had your workplace as a gifted school. Bring your eyes to work everyday and train your eyes to pick one knowledge each days. After 365 days you might be the most informative and expensive workers in the company.

Do it now and don't delay. Wookey......

Pada Pn Saniyah Kadir, pehhh,..cantik komen ya. Yes kemasukan foreign worker needs to be managed properly. Missing Person makes Missing Quality. I'll remember that. Missing me and teh tarik hahaha okey nanti senang pi pekena teh tarik ya. Masterji tengah sibuk untuk prepare program hujung minggu. Master Q Razak don't forget to sharpen your saw ya, it's show time this weekend. Master Q Saniyah please prepare your rewards strategy ya. Time for a show!

Sibuk kan team kita. Tak pa Cik Feezah dah prepare semua. Cik Feezah our new team member always somewhere and make our schedule tight. Tak pa sibuk kerana ada agenda dan tahu apa yang kita capai adalah lebih baik dari sibuk dan tak tahu apa yang kita capai.

Cik Fame kita sibuk tengah audit 5S. Macamana ye result nanti share share lah ya...ramai pembaca blog tunggu nie....

Wednesday, April 6, 2011

Missing Q

Meminjam pakai ayat Master Q Pn Saniyah Kadir. Hebat viewpoint dan experient nya. Dalam program qualiti baru baru ini, Master Q Pn Saniyah Kadir buat smackdown! Masterji pun turut terpesona. Sesuai dengan profession nya sebagai Trainer Quality. Salute pada nya.

Isu nya kecil tetapi cara dia menerangkan nya agak menarik dan ramai yang terpukul. Master Q menerangkan maksud prinsip asas pengeluar QCD. Quality, Cost, Delivery.

"Berapa yang kamu nampak di slide" Cikgu Saniyah bertanya.
" 3 huruf , QCD " jawap peserta.
"Apa dia 3 huruf tu?" Dia soal lagi.
"Errrr......huhhh" Peserta mencari jawapan.
"Apsal senyap aje nii"? Cikgu Saniyah soal lagi sambil memberikan isyarat sticker untuk diberikan reward kalau dapat menjawap dengan tepat.
"Err...saya cuba ya , Quantity, cost and delivery or service"...jawap seorang peserta pasal dah nampak reward.
"Yes! " Sahut Cikgu Saniyah dan peserta tu tersenyum besar dan sedang melihat diri nya sebentar lagi akan mendapat reward dan kekawan lain dalam kelas kena beri tepukan dan ramai ramai kena buat suara Echo, Dia juara, Dia Juara, Dia juara sebanyak tiga kali.

Masterji terfikir kenapa Master Q cakap betul. Ada yang salah dalam jawapan tu.
" Jawapan awak salah " Kata Cikgu Saniyah pada peserta itu. Kawan tu dah nampak macam kena demam malaria tiba tiba bila dikatakan jawapan dia salah. Impian hampir berkecai dan kawan kawan lain pun nampak macam happy aje sebab ada chance dia tak dapat sticker.
Masterji nak ketawa rasa nya bila melihat kawan kawan dia menarik nafas lega dan mula ketawa meraikan kekalahan rakan nya. Sudah menjadi perkara biasa dalam latihan syarikat kami mengutamkan reward dan Scorecard. Salah satu cara menjadikan training itu berkesan.

"Tetapi , saya beri jua sticker pada awak kerana apa yang awak jawap salah tetapi ia ada kaitan dengan apa yang ingin saya sampaikan, terrer awak ya boleh baca fikiran saya, hebat tu" Master Q , Pn Saniyah membuat kejutan.

Kawan yang menjawap tu nampak serta merta kebah dari demam malaria dan rakan rakan lain kata "Aduh..betul pulak" Ha ha ha. Masterji tak dapat tahan ketawa.

" Jawapan sebenar nya ialah Quality, Cost and Delivery, tetapi apa yang awak jawap tu adalah realiti dalam isu quality kerana orang cuma sebut, baca dan memberikan pelbagai ucapan berkaitan dengan qualiti, padahal dalam proses yang sebenar nya tiada siapa yang benar benar prihatin untuk memeriksa quality kecuali quantity, sebab tu saya kata jawapan awak betul Quantity , Cost, Delivery " Master Q mula menerangkan point nya.

"Kerja untuk menjaga kualiti diserah kan pada Jabatan Kualiti, Inspector Kualiti dan paling teruk ialah menyerah kan tanggungjawap berkenaan pada customer yang membeli produk kita memberitahu kita barang yang dia beli rosak atau defect, huh sampai customer pun kena jadi QC inspector juga" Master Q terus berhujah.

Masterji pun ikut senyap tak berani komen dan agak tertarik mendengarnya.

"Kalau kita cari betul betul tiap tiap hari, pasti kita kan dapat pelbagai banyak unsur unsur yang boleh mendatangkan masalah qualiti dan mencegah nya sebelum parah" Beliau terus berhujah.

"Ini yang dikatakan The Missing Q dalam proses kerja, cuma tinggal C dengan D aje. Kadang kadang C pun ikut lenyap sama" Baru Masterji faham bila Master Q terangkan.

"Kita adalah budaya Quantity Eyes dan amat sedikit yang punyai budaya Quality Eyes, dan kita tak pernah ada target untuk sekurang nya satu hari cari satu masalah kualiti"

Yes ! Quality Eyes and The Missing Q. point yang amat menarik. Saya bersetuju sangat. Kadang kadang kita kena buat spot check serta merta kat kawasan staff kita bekerja untuk melihat samaada spec kualiti dikuti atau sekadar tayangan sahaja. Depa ikut spec depa sendiri, SCA.
Tahu apa tu SCA ...Short Cut Ajelahhh...

Yes let's have the culture to see quality build up in process and not after process. Don't forget the answer given by the participant, it was always Quantity, Cost and Delivery.

Build right mindset for Quality. Said no to defect product, defect process, and defect delivery.

Thank you Master Q, dan peserta berkenaan dapat reward nya. Happy dia.

Encik Azaman, thank you for your great comments. Pasal kastam tu menarik perhatian saya. Mungkin ramai yang tidak tahu , kuasa yang terkuat adalah kuasa kejujuran. Tiada siapa yang dapat menarik kita masuk kedalam perigi maut selagi kita punyai kuasa berkenaan. Hidup jujur mungkin susah tetapi dihormati dan tiada musuh yang dapat menggunakan apa apa sebagai senjata untuk menjatuhkan kita. Harga nilai sehelai uniform yang melambangkan tempat kerja kita menjadi terlalu murah sekarang. Segala harta yang terkumpul, kereta mewah yang menjalar , rumah bak istana dan kata kata pujian dari rakan rakan dan saudara mara kini menjadi debu yang berterbangan apabila kita di kenakan hukuman atas kesalahan begitu. Mungkin tidak semua yang melakukan nya. Ada juga yang masih tegas dan berprinsip. Mungkin tekanan ekonomi hidup membuat kan kita hilang pertimbangan ataupun dugaan mewah yang selalu melayang didalam fikiran kita mengoda kita melaku kan nya. Apa pun, kita harus hidup untuk kita dan bukan untuk orang lain.

Pasal Cikgu tu, masalah panas baran kot. Cepat panas ni pun boleh buat kita hilang pertimbangan. Orang mungkin jadi takut kalau kita panas baran tetapi nilai kita kadang akan hilang melayang dan bila kita cool baru kita tahu ada slack yang kita buat dah tetapi ketika itu mungkin sudah terlambat. Thank you Encik Azaman.

Untuk isu Kastam, pandangan kita masih seperti dahulu ya. Hidup untuk kita dan bukan untuk orang lain. Biar hidup Mewah nilai dan Miskin harta. Saya masih ingat Bang Man...masih.

Tuesday, April 5, 2011

Samurai!


Salah satu buku leadership yang Masterji amat minati. Hideoshi the Great Samurai. Masterji sarankan pada pambaca untuk membaca buku ini .

Sebuah buku yang memberikan makna dan contoh yang hebat dalam kepimpinan. Seorang anak yang di pujuk keluar dari rumah ditakuti bergaduh dan berkelahi dengan Bapa Tiri nya kemudian bergelar Samurai legenda.

Samurai yang rupanya buruk tetapi begitu dedikasi, bijak dan bertungkus lumus untuk memberikan diri nya brand yang cemerlang.

Pemimpin yang kreatif. Satu perkara yang paling jelas kita akan dapat daripada buku ini ialah, beliau menggunakan sepenuh tenaga , fikiran dan masa nya untuk memperbaiki masa depan nya dan memberikan diri nya Brand yang berjenama! Bukan nya menggunakan masa, fikiran, tenaga untuk memberikan brand diri yang meranapkan kualiti.

Ada di MPH, bagus untuk para penyelia ataupun pengurus. How to be bold, effective, dedicated and adaptable leaders.

Pada Pn Noor Jahan, selamat melalui audit 5S, saya doakan berjaya dan saya yakin berjaya kerana saya pernah melihat kepimpinan anda!

Monday, April 4, 2011

FootBall Field

Semalam mengajar di MIHRM. Seronok seperti biasa. Ramai student HR. Bakal bakal pemimpin HR Department di masa akan datang. Kelas yang penuh dengan ilmu dan gelak ketawa. Ramai yang bertanya soalan soalan yang berkaitan dengan disiplin dan bagaimana nak menangkap atau mendidik trouble makers di dalam syarikat.

Masterji suka berkongsi pandangan perihal itu. Dalam organizasi ada dua jenis pekerja, Trouble Shooter dan Trouble Maker. Teringat kenangan lama, pengalaman lama bekerja. Masterji banyak kali juga terlibat menjadi Prosecutor dalam sessi D.I. Domestic Inquiry.

Masterji jenis pemaaf tetapi selepas 2nd Warning Letter kalau Trouble Makers masih keras kepala, maka kepala Masterji lagi keras dan tidak toleh kiri kanan lagi. Kalau bab D.I , Masterji pastikan persiapan nya rapi. Kes provakasi, Habitual Absent, Frequent MC, Attempted Thef, dan sexual arrasment memang kes yang Masterji minat kerana rumit dan pesalah nya juga pro. Jadi kes bekenaan dianggap high Profile.

Banyak cara kita boleh gunakan untuk memastikan there is case. Silap haribulan Bilik D.I jadi Court Room. Masterji selalu bepesan pada Trouble Makers, ketika saya tunjuk kan lampu merah maka berhenti lah kalau langgar juga, Saya bakal jadi igauan yang terburuk dalam hidup anda!

Semalam Masterji cakap, Management is to get things done through peple and there is so many ways to get things done through people efficiently and effectively. One of it is through Making Clear Rules.

Mudah ! Contoh yang diberikan ialah seperti kita bermain bolasepak. Pemain hanya boleh bermain didalam kawasan padang dan sebelum line warna putih di sekeliling padang. Kalau tanpa line berkenaan, para pemain akan bermain sampai ke tempat duduk penonton ataupun parking kereta kat stadium..hahaha Masterji ketawa dan student ketawa lagi kuat dan Masterji tanya ...ewahhhh..ketawa lagi kuat dari cikgu ya..dan mereka ketawa lagi kuat.....

Begitulah juga ditempat kerja. Berikan mereka parameter. Garis sempadan. Rules and Regulations yang jelas. Pastikan ada terjemahan kedua dua bahasa, English dan Bahasa Malaysia nanti itu juga boleh dijadikan tembok untuk menghalalkan perbuatan salah mereka.

Ada dua jenis pekerja di tempat kerja yang berkaitan dengan Rules, mereka yang memandang psoitif dan mengikuti nya dan mereka yang mencari kelemahan diatas rules yang diberikan untuk kepentingan peribadi dan kadang kadang nak mencari glamer konon nya dia hebat! Dia bisa menewaskan seribu askar di atasan. Ketika bekerja, pekerja pekerja yang suka cari glamer macam ni, Masterji akan buru sampai ceruk mana sekalipun. Kalau idea nya bagus kita perbaiki tetapi kalau tidak Masterji berikan senyuman yang terakhir dan berikan dia pedoman terakhir, kali kedua kalau bertembung atas isu yang sama, Masterji bukan lah lagi selembut sutera.

Ada juga syarikat dimana pegawai nya tidak mahu mengeluarkan apa apa rules and Regulations. Mungkin kerana Conflict of interest ditakuti memakan tuan. Ini tidak patut terjadi. One Rule for All harus difahami. Tiada yang terkecuali. Kadang kadang kita harus rujuk pada Legenda Frank Serpico. Tiada guna hidup yang kaya kalau moral nya rendah. Biar miskin harta kaya akhlak dan jangan kaya harta miskin akhlak. Kekayaan yang sebenar terletak pada nilai moral seseorang itu dan bukan pada kereta mewah nya atau rumah besar nya.

Ingat ya FooTball Field. Rules harus jelas dan difahami oleh semua orang tidak terlepas satu pun.

Masterji juga nasihatkan para student supaya menjadi manusia asset dan bukan toxic. Tiada guna belajar sampai ke US, England dan macam macam Universiti lagi tetapi bila tamat punyai dua wajah. Wajah luaran manusia berdarjat dan konon nya pakar Akedemik tetapi wajah di dalam , Toxic yang mengancam.

Terimakasih untuk semua komen yang diberikan .

Friday, April 1, 2011

High Star



Wow! Hebat hebat samurai dari Propel. Semuanya expert pasal pengurusan jalan raya. Rupanya bukan senang nak maintain highway ya. Macam macam Masterji belajar dari mereka. Program dua hari bersama mereka banyak membawa kenangan. Tajuk program Managing Employees Performance and Discipline. Semua dah jadi Lawyer. Apa pun komitment yang diberikan amat cemerlang. Ingat ya; People is the main key resources, manage their performance and discipline to achieve better results.


Staying Alive, Jom Exercise!


Where's my card?


BEAT IT ! Skill and fantastic! Encik Yusoff.


First, Supervisors performance must be better before staffs!


Samurai presenting problems and agreed to solve it quickly!


Norli and the gang working hard, Bakar Bakar Bakar!


My Output ! Good Team work



Kena belasah dari Masterji, salah coaching maka output jadi salah. Belasah sayang!



Communication skills game.


Pak Maun and the group, caya lahhhhh hebat teamwork dan performancenya!


The Best student ; Cik Yus

Merekalah yang berjasa menjaga jalanraya supaya kita selamat dan lancar dalam perjalanan kita. Bila kita bercuti raya, mereka akan bekerja sepenuh masa. Tahniah dan Masterji ucapkan terimakasih.
HIGHWAY STAR!