Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, April 4, 2011

FootBall Field

Semalam mengajar di MIHRM. Seronok seperti biasa. Ramai student HR. Bakal bakal pemimpin HR Department di masa akan datang. Kelas yang penuh dengan ilmu dan gelak ketawa. Ramai yang bertanya soalan soalan yang berkaitan dengan disiplin dan bagaimana nak menangkap atau mendidik trouble makers di dalam syarikat.

Masterji suka berkongsi pandangan perihal itu. Dalam organizasi ada dua jenis pekerja, Trouble Shooter dan Trouble Maker. Teringat kenangan lama, pengalaman lama bekerja. Masterji banyak kali juga terlibat menjadi Prosecutor dalam sessi D.I. Domestic Inquiry.

Masterji jenis pemaaf tetapi selepas 2nd Warning Letter kalau Trouble Makers masih keras kepala, maka kepala Masterji lagi keras dan tidak toleh kiri kanan lagi. Kalau bab D.I , Masterji pastikan persiapan nya rapi. Kes provakasi, Habitual Absent, Frequent MC, Attempted Thef, dan sexual arrasment memang kes yang Masterji minat kerana rumit dan pesalah nya juga pro. Jadi kes bekenaan dianggap high Profile.

Banyak cara kita boleh gunakan untuk memastikan there is case. Silap haribulan Bilik D.I jadi Court Room. Masterji selalu bepesan pada Trouble Makers, ketika saya tunjuk kan lampu merah maka berhenti lah kalau langgar juga, Saya bakal jadi igauan yang terburuk dalam hidup anda!

Semalam Masterji cakap, Management is to get things done through peple and there is so many ways to get things done through people efficiently and effectively. One of it is through Making Clear Rules.

Mudah ! Contoh yang diberikan ialah seperti kita bermain bolasepak. Pemain hanya boleh bermain didalam kawasan padang dan sebelum line warna putih di sekeliling padang. Kalau tanpa line berkenaan, para pemain akan bermain sampai ke tempat duduk penonton ataupun parking kereta kat stadium..hahaha Masterji ketawa dan student ketawa lagi kuat dan Masterji tanya ...ewahhhh..ketawa lagi kuat dari cikgu ya..dan mereka ketawa lagi kuat.....

Begitulah juga ditempat kerja. Berikan mereka parameter. Garis sempadan. Rules and Regulations yang jelas. Pastikan ada terjemahan kedua dua bahasa, English dan Bahasa Malaysia nanti itu juga boleh dijadikan tembok untuk menghalalkan perbuatan salah mereka.

Ada dua jenis pekerja di tempat kerja yang berkaitan dengan Rules, mereka yang memandang psoitif dan mengikuti nya dan mereka yang mencari kelemahan diatas rules yang diberikan untuk kepentingan peribadi dan kadang kadang nak mencari glamer konon nya dia hebat! Dia bisa menewaskan seribu askar di atasan. Ketika bekerja, pekerja pekerja yang suka cari glamer macam ni, Masterji akan buru sampai ceruk mana sekalipun. Kalau idea nya bagus kita perbaiki tetapi kalau tidak Masterji berikan senyuman yang terakhir dan berikan dia pedoman terakhir, kali kedua kalau bertembung atas isu yang sama, Masterji bukan lah lagi selembut sutera.

Ada juga syarikat dimana pegawai nya tidak mahu mengeluarkan apa apa rules and Regulations. Mungkin kerana Conflict of interest ditakuti memakan tuan. Ini tidak patut terjadi. One Rule for All harus difahami. Tiada yang terkecuali. Kadang kadang kita harus rujuk pada Legenda Frank Serpico. Tiada guna hidup yang kaya kalau moral nya rendah. Biar miskin harta kaya akhlak dan jangan kaya harta miskin akhlak. Kekayaan yang sebenar terletak pada nilai moral seseorang itu dan bukan pada kereta mewah nya atau rumah besar nya.

Ingat ya FooTball Field. Rules harus jelas dan difahami oleh semua orang tidak terlepas satu pun.

Masterji juga nasihatkan para student supaya menjadi manusia asset dan bukan toxic. Tiada guna belajar sampai ke US, England dan macam macam Universiti lagi tetapi bila tamat punyai dua wajah. Wajah luaran manusia berdarjat dan konon nya pakar Akedemik tetapi wajah di dalam , Toxic yang mengancam.

Terimakasih untuk semua komen yang diberikan .

1 comment:

azaman said...

Salam Masterji,

Tidak dapat dinafikan bahawa rules memang penting di mana-mana sekali pun. Bukan sahaja ditempat kerja tapi di sekolah juga.
Tapi sekarang ni kalau kita tengok, walau dengan rules macam mana sekali pun, masih jugak ada segolongan yang merasa diri mereka lebih pandai. Itu yang jadi kes sindiket kastam baru-baru ni. Nak kaya cepat, etika dan undan-undang kerja di tolak tepi.
Tapi kalau mengikut undang-undang sangat pun sampai ter"extreme", itu yang sampai mati budak kena belasah dengan cikgu.
Entahlah Masterji, dunia sekarang...

azaman