Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, September 11, 2011

Opportunity

Adik Aisyah terimakasih kerana berikan komen ya. Insyaalah Abang Rafi sampai ya. Buat open house ya. Cantik komen adik. Para pembaca lain, adik Aisyah ni masih muda remaja tetapi pandai berikan pandangan. Teruskan. Itu langkah pertama untuk kejayaan. Bila fikirkan yang baik, perbuatan akan jadi baik dan hasil nya juga tentu baik. Semua nya bermula dari fikiran. Bak kata mendiang Bruce Lee, what you think you shall become.

Cik Fame apa khabar harap sihat ya. Malam tadi berborak dengan sekumpulan rakan rakan selepas training. Teh tarik lah jawap nya. We talk a lot about leadership.

Cuma view Masterji sedikit lain . Akhirnya rakan rakan faham dan setuju.
Kita kadang alpa dan tidak dapat membaca mesej atau sesuatu arahan, strategy, vision ketua kita.
Look East Policy sebagai satu contoh yang mungkin baik. Kita kadang tak faham dan harus ada Bird View.

Masalah penggaguran settle bagi mereka yang nampak.!

Ilmu untuk menjadi Engineer bertaraf global terbentang luas di depan mata dalam mempelajari teknology dan electronic terbentang luas bagi mereka yang nampak.!

Peluang menjadi vendor pembekal bahan mentah terhasil dengan kedatangan pelabur pelabur Jepun ke Malaysia bagi mereka yang nampak.!

Peluang untuk mempelajari dari yang terbaik dan kemudian menjadi lebih terbaik daripada nya juga wujud and it's an opportunity to beat and to take over bagi mereka yang nampak!
Peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan menjadi lebih senang juga wujud bagi mereka yang
nampak!

Apabila penggangguran berkurangan, peluang untuk mengwujudkan perniagaan juga terbentang luas kerana rakyat sudah ada wang bagi mereka yang nampak!

Peluang untuk menjadi tokeh, ahli perniagaan juga wujud dan patut nya setiap bangsa sudah ada daya saing yang tinggi dan boleh berdikari bagi mereka yang nampak!

Dan macam macam lagi.
Tetapi mungkin tak semua, ada juga yang gagal. Bila dapat kerja, jadi senang dan patut nya kita teguhkan sikit lagi, kita pasti jadi seseorang hasil daripada peluang itu ataupun kita sudah boleh jadi tokeh, sudah boleh jadi pekerja mahir bertaraf global.

Tetapi bila tambah senang kita jadi lebih gagal dan mundur. Hutang bertambah kerana kita rasa dah senang sikit. Hidup lebih pada glamer dan bukan kejayaan. Hidup menjadi porak peranda kerana kita sudah senang sikit. Hidup lari daripada landasan sebenar nya kerana dah senang sikit.
Kita patut jadi lebih bahagia, berjaya dan lebih maju. tetapi kita kadang kadang lupa dan tidak dapat membaca mesej dengan baik dan tidak nampak lombong emas didepan mata.

Masterji tiada kelulusan tinggi dan tidak pernah merasai nikmat kehidupan sebagai pelajar Universiti.
Tidak pernah memasuki dewan kuliah di Universiti sebagai penuntut kecuali sebagai cleaner untuk membersihkan dewan kuliah di UITM dulu. Tak ada chance nak cintan cintun kat U macam filem Ali Setan. Asmidar dan Ali.
Cuma yang Masterji tahu , Kilang Jepun nak buka di Malaysia.
Boleh dapat kerja, boleh belajar dan mungkin boleh berjaya.
Dengan menggunakan senjata look east policy dengan baik dan kesempatan yang diwujudkan, Masterji mula kerja sebagai staff operator jaga mesin dan berakhir sebagai GM. Syukur dan terimakasih.

Dan kini walaupun business Masterji tak besar, tetapi sebagai pengasas sebuah syarikat latihan.
Mungkin boleh buat lebih baik lagi tetapi sekurang kurang nya Masterji nampak sikit.


1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Alhamdulillah sihat adanya...sibuk menerima tetamu kat umah...bila nk berhari raya kat rumah saya? Tahun ni mungkin tak buat 'open house' sebab keadaan father-in-law yg tidak sihat...

Wah...bila berkumpul and talk about leadership...bagus tu...very interesting topic. Semoga perbualan itu memberi motivatsi kepada semua...sekurang2nya memberi semangat untuk mereka terus maju ke hadapan.

I am attending the PSMB Conference tomorrow...sudah tentu ada benda baru yg saya akan dapat esok...insyaAllah...akan saya kongsi bersama...