Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, February 22, 2012

Huyoooo!!!!

Kalau anda boleh mendaki sampai ke tangga yang teratas dalam gambar tu didalam kerjaya anda, bermakna anda seorang yang amat cemerlang!
Bila anda sampai ke atas, anda sudah menjadi seorang manusia yang cukup pintar, berpengalaman dan kental. Setiap anak tangga berkenaan terkandung, kisah sedih, cabaran, dan kemenangan.

Lakukan sekarang! Jangan asyik mengomen orang lain, jangan asyik memerhatikan sahaja orang lain mendaki, jangan asyik berteori itu berteori ini semata mata untuk mengelak nak bersaing dan mendaki! Mengelak untuk kerja lebih! Mengelak untuk berehat lebih awal sebelum jangka umur yang sebenar!

Daki dulu baru tahu hebat tak hebat! Daki dulu baru tahu apa itu faktor kepimpinan! Daki dulu baru tahu macam mana nak control temper! Daki dulu baru tahu diri tu hebat atau tidak menahan godaan dan kritikan! Daki dulu baru tahu tahu anda kaki teori atau praktikal! Daki dulu kalau nak tahu sikap kita positif atau tidak! Daki dulu baru tahu kita sekadar pencerita wawasan atau pencapai wawasan!
Masuk kerja sama dan berada dikotak yang sama no1. . Ada yang bersara selepas kotak ke 13 ataupun lebih tinggi, ada yang bersara pada kotak no 1 iaitu kotak yang sama pada hari kita memulakan tugas.

Daki dulu dan kemudian anda adalah Guru! Daki dulu dan menangislah dengan airmata kegembiraan kerana anda telah berjaya menjadikan diri anda sendiri hebat.

No comments: