Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, October 2, 2010

Psycho

Salam hormat pada para pembaca , peminat dan yang di sayangi. Sahabat sahabat di KWSP Kuala Lumpur , apa khabar? Mungkin kita berjumpa lagi.

Pn Noor Jahan , terima kasih berkongsi tentang rakan Pn, di Seksyen 7 Shah Alam. Bagus untuk bertemu dengannya. Salah satu petua untuk berjaya ialah bergaul dan belajar dari mereka.

Bak kata Mummy saya, " Kalau Apit campur doktor, otak pun macam doktor walaupun bukan doktor . Tapi kalau campur orang hisap dadah, sekali kena tangkap , semua kena walaupun kita tak hisap dadah".

Kadang kadang kita harus belajar bergaul dengan orang yang martabatnya tinggi terutama dari segi akhlak. Berkenalan dengan orang yang positif, pengetahuan kita menjadi positif, berkenalan dengan orang yang negatif, minda kita akan jadi negatif. Walaupun kadang kadang bagus bergaul dengan yang negatif demi pengalaman , tetapi pagar minda dan diri harus kuat. Silap hari bulan, kita lebih teruk.

Hari ini, Masterji nak cerita perihal masyarakat. Nampak kejadian seperti di bawah ini makin meningkat. Merbahaya. Tidak baik untuk generasi akan datang.

"If your heart is a volcano, how shall you expect flowers to bloom ?"
- from , Khalil Gibran.

Mungkin ada yang berpegang teguh pada peribahasa " Biar putih tulang , jangan putih mata". Saya kira untuk insiden di atas tidak tepat kalau peribahasa itu di gunakan. Peristiwa pengorbanan seperti Allahyarham Leftenan Adanan adalah lebih tepat dalam pengamalan peribahasa berkenaan.

Kadang kadang lebih baik muflis wang daripada muflis perikemanusiaan. Lebih baik miskin harta daripada miskin akal fikiran.

Kadang kadang ada yang sanggup menganiayai orang orang yang situasinya memang telah di ketahui malang, anak yatim piatu, orang yang berada dalam masalah, anak yang berada dalam krisis keluarga dan paling teruk anak anak orang yang cacat seperti buta penglihatan dan sebagainya. Kejam.

Fikirlah selangkah kehadapan. Benar kerana cinta manusia boleh jadi pelbagai. Pelbagai tu tak semestinya yang buruk. Banyak lagi cara lain kita boleh bersaing. Mungkin kita di tinggalkan kerana miskin maka ambil lah itu sebagai cabaran dan tunjukkanlah anda boleh menjadi kaya satu hari nanti. Kalau di tinggal kan kerana perangai anda yang buruk maka bertekadlah yang anda pada suatu hari nanti akan menjadi manusia yang terlalu mulia malah mungkin lebih mulia daripada bekas teman anda. Itu yang di kata kan pelbagai. Masalah adalah peluang! Problems is an opportunity! Tak semesti nya erti pelbagai itu bawa maksud kehancuran seperti menjadi penetak, pengugut, pembunuh dan macam macam lagi. Singkat baju membawa ketawa, singkat fikiran membawa padah!

Jenayah seperti di atas sudah semakin menular dan menjadi seperti di Negara Negara Barat. Brutal Killer and Murderer. Melakukan jenayah kerana jiwa yang sakit bukan lagi kerana kemiskinan atau kesusahan.

Ayuh, hidup adalah indah. Ubah lah sudut pemikiran kita bak kata jaguh tinju, Muhammad Ali,
" A Man who views, the world the same at fifty as he did at twenty has wasted thirty years of his life ". - By Muhammad Ali.

3 comments:

Noor Jahan said...

Bila baca tulisan Master Ji...teringat saya pada seorang rakan yang hanya pemandu lori kontena dimana pergaulan beliau membuahkan hasil postif. Wlwpun beliau seorang pemandu, beliau agak pandai menyusun kata2 dan bercampur dgn pihak atas jika di tempat kerja dan diluar beliau bercampur dgn orang2 politik ditempat beliau. Sekrang beliau menjadi jurucakap utk seseorang dlm yg berkecimpung dlm politik dan boleh berucap di khalayak ramai. Tiada siapa sangka yg beliau hanya seorang pemandu lori kontena.....

s said...

Bilangan org yang "psycho" sprt yang terdapat dlam keratan akhbar yg masterji attached kan tu memang semakin ramai skrg ni. Biasanya sifat "psycho" tu memang dah tertanam dlm diri mereka sekian lama. Dari segi kemanusiaan, mereka ini biasanya meminta lebih dari apa yang mereka beri tanpa memikirkan hak-hak org lain. Kalau anda dapat mengenali karektor sebegini di awal pertemuan, larilah jauh-jauh..sebelum orang "psycho" ini membuatkan hidup anda miserable.

sonia said...

Bilangan org yang "psycho" sprt yang terdapat dlam keratan akhbar yg masterji attached kan tu memang semakin ramai skrg ni. Biasanya sifat "psycho" tu memang dah tertanam dlm diri mereka sekian lama. Dari segi kemanusiaan, mereka ini biasanya meminta lebih dari apa yang mereka beri tanpa memikirkan hak-hak org lain. Kalau anda dapat mengenali karektor sebegini di awal pertemuan, larilah jauh-jauh..sebelum orang "psycho" ini membuatkan hidup anda miserable.