Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, November 22, 2010

HIGH SCHOOL BOYS

"Rafi datang ke? "
"Macam mana dia sekarang huh?"Soalan soalan hangat minggu lepas.
Ha ha ha. Soalan soalan hangat dari rakan rakan sekolah. "Macam mana dia sekarang hah?" Sama macam dulu Don dan Jamal Abdillah . ha ha ha.
Ya . Rafi datang selepas 20 over years! Allumni Sekolah Menengah. The Great High School. Masterji hadir acara allumni bekas sekolah menengah dulu. Sekolah Tinggi, maksud saya Sekolah saya tinggi. Ayat Zack dalam filem Azura. Hari hari masa tu pakai ayat yang sama.

Dulu, Masterji tak terfikir nak hadir. Sibuk dan rasa masih ketinggalan berbanding dengan rakan rakan lain. Lagipun banyak Allumni lain yang Masterji hadir. Kebanyakkannya lari konsep. Asyik cerita, kereta siapa lagi besar, karaoke lepas allumni, lesen besar lepas acara allumni dan tiada satu pun menyentuh hakikat asas ataupun makna perkataan Allumni itu sendiri.Kadang kadang event Allumni ni boleh membawa kenangan manis dan juga pahit. Apa pun konsep Allumni dan tujuannya murni. Menyatupadukan yang lepas dan membantu untuk membina generasi yang baru dan memastikan bantuan yang berpanjangan sekadar yang kita mampu pada tempat yang pernah memberikan kita sekeping kertas yang bermaruah. Aktiviti bukan sahaja untuk rakan rakan yang sebaya satu sekolah dulu dengan kita tetapi pada yang tengah belajar sekarang. Yang tengah jadi murid. Maka yang muda, akan belajar murid murid yang lepas adalah contoh! Murid murid lepas adalah dari sekolah mereka! Best! Pendek kata, bukan sahaja berkisar tentang kita bekas pelajar tetapi lebih kepada apa yang kita boleh buat sekarang untuk adik adik.

Tetapi desakan rakan rakan dan terutama sekali Shazanoor bekas pengawas terbaik sekolah kami telah bersusah payah memastikan saya hadir. Thank you Shazanoor, dari dulu sampai sekarang anda masih punyai sifat leadership yang tinggi. Great Man, you still got the leadership in you! You make us connected after many many years. Many many years man! Especialy my self.

Kedatangan Masterji, sedikit lewat, apa pun ramai yang gembira dan menghampiri. It was last Saturday night.Thank you to everyone. Ha ha ha semua nak tahu macam mana boleh jadi Cikgu. Magic! jawapannya Magic! ha ha ha. Kalau rajin pada rakan rakan yang hadir malam tu , tuliskan skrip yang anda tahu pasal saya dan jualkan pada suku sakat Mario Puzo atau mana mana filem director , Boleh buat duit.Masing masing dengan kisah survival mereka. Kami bergelak ketawa dan terhibur. Ada ucapan dari cikgu-cikgu dan performance show yang menepati konsep dan tujuan allumni. Bukan acara hiburan terkini.
Ramai murid murid yang sedang belajar di sekolah yang sama di jemput hadir. Mereka berikan ucapan. Kami berikan tepukan dan semangat pada adik adik berkenaan. Gaya ucapan budak budak sekarang lebih baik dari zaman kami dahulu. Spontanius ! Tanpa kertas rujukan. Ada sepatah dua kata kata hikmah mereka sewaktu ucapan Masterji ambil pakai. Tua tak semesti nya pandai dan muda tak semesti nya bodoh. Kita belajar.
Masterji mendapatkan bekas guru guru Masterji. Ada dua tiga orang yang Masterji jumpa. Cikgu Salim dan Pn Christina. Thank you to both of you. Your teaching points is still with us. Very deep inside.Sebelah kiri saya, Pn Christina...."Errr,.....Rafi right, hey how are, what are you now naughty boy".....
"Ha ha ha,.... now I build people and make them success! Saya.
"Err...what do you mean??? Pn. Christina."Before a Human Resource Manager and now train people to be better! Saya.
Ha ha ha . She has to take it regardless of what ever it is on the past.Sebelah kanan Cikgu BM dan rakan sebaya. Engineer.


Rakan rakan sekolah dahulu. Shazanoor the best group leader di sebelah kiri Masterji. Pakai batik tu... dari dulu sampai sekarang memang gaya seorang tokoh korporat kuat pada nya. Yang lain lain, Zainol baju kuning, Jemie, Faizal, Rosli, Hadz dan Cikgu dari Ipoh, I love you all !
" Rafi dulu zaman sekolah, tak main cintan cintan ( Bukan Mat Romeo ). ", Shazanoor.
Thank you man. Apa nak buat , orang miskin buat cara orang miskin. Sekolah buat cara sekolah kan Noor.
Hadz yang tidak berambut ( Cost Buster ) sempat melayang kad jemputan majlis anak nya berkhatan.
Zainol baju kuning , rakan jogging Masterji, dari taman Berkeley Klang sampai ke Stadium Kota Raja Klang. Jogging nya kejap aje, lepak yang banyak. Ha ha ha ha.


Sekilas pandang. Rakan rakan yang ku kasihi dan hormati. Kalau ada umur kita pasti berjumpa lagi ya.

Saya gembira menghadirinya.
Pertama kerana berjumpa bekas Cikgu dan rakan rakan lama.
Kedua, kerana saya dapat belajar sesuatu yang penting dalam hidup ini: Ada di kalangan rakan rakan yang lebih berjaya dari saya. Lebih kaya dan hebat! Saya belajar. Saya harus lebih gigih untuk bekerja. Jadikan mereka sebagai contoh. Shazanoor, thank you very much. You make me learned many many things man. You had invited me not only to Allumni event but to great learningful moments!
Ketiga: Sempat melihat betapa besar nya kepandaian adik adik sekarang berbanding saya dahulu ketika berada di umur mereka.

Rakan rakan ku yang ku hormati, terima kasih saya ucapkan pada semua. Shazanoor, you had organized things perfectly. Saya belajar banyak Noor.
Soalan macam mana boleh jadi Cikgu,?,........"it's all about Magic. ha ha ha.".

Pada pembaca yang lain yang juga saya hormati, event Allumni ini boleh buat kita belajar banyak perkara. Sekurang kurang nya:
SEMUA ORANG , AKU DAN DIA ADA 24 JAM SEHARI, KENAPA AKU MACAM NI DAN KENAPA DIA LEBIH HEBAT?

Pada rakan rakan ku, mungkin masih ingat dengan ;
"Wahai Orang Kota, apakah di kau sedar cara kehidupan kini makin berubah..."
- Wahai Orang Kota, Abang Ramli Sarip. lagu siulan di zaman kita bukan.

Orang Kota - Ramli Sarip
Wahai orang kota apakah dikau sedar
Cara hidup kita kini makin berubah
Adat ketimuran makin kita lupakan
Cara kebaratan kini jadi ikutan

Kaya harta miskin budi bicara
Tiap senyuman punya harga
Tepuk dada tanya selera
Oh..kota manakah tujuan kita

Ingin kau jadi New York
Jadi orang asing
Hidup tanpa batasan
Jahil tentang halal haram
Kononnya itulah kemajuan
Tak mahu diri ditertawakan
Oh kota inikah yang kau mahu

Hei orang kota
Kamu sudah lupa

No comments: