Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, December 12, 2010

Jom Meeting....


"Jom pi meeting.... "
Ayat biasa yang kita dengar. Bila pergi meeting macam macam yang kita bincangkan. Ada yang ikut agenda, ada meeting yang tiada agenda dan ada meeting yang lari dari agenda dan ada juga meeting yang di pertengahan baru nak fikirkan apa agendanya.

Macam macam ragam boleh kita perhatikan dalam meeting. Yang menguap, yang matanya tertumpu pada kita tapi otaknya entah ke mana, yang asyik main HP, sms sana sini, phone ringing tak henti henti , ada yang merajuk sebab meeting tak ada kuih muih, ada yang menghentam meja kerana tak setuju dan yang lukis lukis gambar kartun sewaktu meeting di jalankan mungkin kerana bosan ataupun tiada watak penting. Ada juga sewaktu meeting yang melihat mana yang seksi dan yang lawa, agenda meeting lain cerita.
Ada yang terlalu sibuk . Masuk , keluar, masuk, keluar sewaktu meeting di jalankan.

Kadang kadang waktu meeting terlalu lama tetapi selepas meeting apa pun tak jalan. Kadang kadang di dalam satu syarikat tu, terlalu banyak sangat meeting. Ada pegawai kekadang kerja nya dari pagi sampai ke petang asyik meeting sahaja. Lepas habis satu meeting masuk meeting lain.

Apakah sebenarnya purpose meeting ? Untuk berbincang, memahami , bersetuju dan melaksanakan. Lagi lama duduk dalam meeting lagi banyak benda yang tak jalan. Improvement is not for writing , talking but it has to be implemented. Lama tak apa janji ada results.

Apa pun kata Masaaki Imai pakar Kaizen,
3 Evils of meeting:

- Meet but don't discuss, - Discuss But Don't Decide, - Decide But Don't do.
Therefore, meeting must have results and the results must be executed.

Encik Azaman, tergelak saya baca komen you dalam parking meter, ha ha ha. Penyanyi juga harus move foward ya. Mungkin dia di tegur kot. Entri parking meter ni, Masterji tengah dapat idea bila parking kat satu tempat minggu lepas . Nampak banyak sangat parking meter.

Pn Noor Jahan, saya tergelak dengar perkataan langsing. Ha ha ha. Satu kerana exercise, kedua kerana kurang tidur. Ya ayat biasa saya pada student saya, "pi minum petrol.". Depa suka dan saya pun suka. Thank you for your comment. Semalam dah masukkan lagu ya. Yes tiap tiap pagi saya exercise. Push up nanti satu hari entri saya cerita pasal exercise cara Masterji. Penting kerana business environment sekarang is getting severe than before, knowledge sahaja tak mencukupi, stamina juga di perlukan.

The One, apa yang anda cakap benar. Asyik nak duduk bawah stage tepuk tangan untuk orang naik stage. Bila diri sendiri nak naik stage tak tau. Ada yang duduk dan bila tengok orang lain naik stage dia fikir untuk naik juga satu hari nanti dan juga ada yang sekadar menengok sahaja. Benda macam ni pun bagus juga di jadikan target kan. Thank you.

Apa kata kita berhibur dengan Stand By Me, lagu yang kadang saya prepare untuk stand by kalau kena paksa menyanyi kat mana mana event. Tapi priority tentu lagu Jamal atau Hindi lah.....


4 comments:

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

azaman said...

Masterji,

Saya rasa Masterji ada tertinggal satu kategori orang yang kat meeting; yang dok gelisah menunggu turn dia untuk present. Bukan takut tak cukup masa atau apa, takut nak kena belasah.

Kategori meeting ni, betul-betul one way dan apa yang Imai san tu cakap, tiga-tiga ada. Meeting ada tapi apa nak discussnya, kalau discuss pun mesti kena ikut tune, kalau tak bahana, dan bila dah decide selalunya mesti cari jalan, nak taichi kat siapa ni.

Saya harap dah tak jumpa lagi kot meeting semacam ini. Mungkin dah berubah semua agaknya. Meeting semacam ini lebih kepada information gathering.

azaman

Noor Jahan said...

Salam Masterji....bercakap ttg 'meeting' mmg favourita answer bila kita call orang....telephonist akan akan "maaf encik....tak ada kat tempat...dia tengah meeting"

Saya ni ada jugaklah handle meeting yg kecik2 ni...So just to share with others...tp mungkin ada org lain ada style yg lebih baik....sekadar berkongsi!!

Biasanya saya akan buat 30 minit before lunch hour so disini saya tiada pilihan tp menamatkan meeting saya dalam tempoh 30 minit tu. Agenda sudah diemail lebih awal. Minutes of meeting penting utk rujukan. Tak perlu citer panjang....tengok agenda, go through minutes, & other matters. He..he...tak lah bagus sgt tp pengerusi meeting mesti pandai manage & control......
Maaf kalau ada silap...saya pun baru belajar buat mcm tu...dan ia berkesan kerana tempoh masa terhad.

sonia shakir said...

Bagi saya meeting yang bagus dan bernas berlangsung dalam masa 30 min ~ 1 jam, melainkan banyak agenda-agenda yang nak dibincangkan. Untuk daily meeting, 15 minit sudah cukup. Meeting bukan untuk bentangkan usul-usul. Meeting untuk bentangkan results atau decision sahaja. Perbincangan pada masalah biasanya dibuat sebelum masuk meeting. Logik kan? Bila ada masalah, seharusnya kita berfikir terus pada masa masalah itu dijumpai.. macamana dan apa yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut. Dah dapat results atau decision, baru dibentangkan masa meeting. Kalau nak tunggu meeting baru nak start berfikir..alamat "masak" lah kena menjawab. By the time, problem kecil pun dah jadi besar..