Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 1, 2011

Main Syair Tu Nahin


"Cantik gambar entri hari ini, Masterji ,ada gambar pelangi..." sms yang saya terima awal pagi. Gambar entri semalam Laila & Majnu rupa nya ada pelangi. Wow ada juga yang meminati pelangi. Manusia yang suka melihat warna pelangi selalunya mencintai keindahan dan alam sekeliling.

Oleh kerana minat maka saya letak kan gambar pelangi hari ini. Thank you for your sweet sms. Sure, Saya akan hargai setiap kali apabila mata saya berpeluang menyaksikan warna pelangi samaada dari dekat ataupun jauh. Bersama pelangi hidup kita akan menjadi ceria dan hargai lah setiap masa atau peluang yang kita dapat untuk menikmati keindahan pelangi. Sukar untuk melihat pelangi maka bila dapat peluang jangan lah dibazirkan apatah lagi kalau pelangi sudah berada di depan mata maka berikan masa untuk menikmati keindahan nya .
Nak melihat keindahan pelangi ni nak kena sabar dan tekun. Setiap warna harus diteliti dengan sabar kerana setiap warna nya terlalu cantik. Rugi kalau tak menikmati nya dengan sabar .


June datang lagi. Banyak aktiviti Masterji bulan June ini. Sebelum Ramadhan menjelma banyak program latihan yang akan dilalui. June akan berlalu dengan keindahan. Pasti. Bagi sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan ini, A very Happy Birthday to every one of you. If your wife or husband's birthday falls in June, well please get something special for your partner. Special tak semestinya mahal tetapi yang bernilai atau bermakna.

Hari ini, ada soalan dari seorang peserta program,
"Encik Rafi, macam mana nak buat staff kita respect kita atau nampak aje muka kita sebagai penyelia, staff kita dah ready"? Tanya nya.

" Ok, pi tengok filem Hindi Bobby" Kata Masterji spontan dan sedikit tersenyum.
Kah kah kah kah kah....peserta tu dan rakan rakan nya serta Masterji pun turut ketawa secara besar besaran.
Tak sangka jawapan sampai ke tahap filem Hindi pulak.

Masterji sambung berkata pada mereka...dan mendendangkan lagu dari filem Bobby yang konon nya dinyanyikan oleh aktor Rishi Kapoor, Meh syair tu naire..
"Meh Syair tu Naire,
Magar eh Hassen,
Jab si deka menatuhjuko,
Syairi aa gayi....."

Lagi berpusing kepala depa. Sambung lagi gelak secara besar besaran termasuk Masterji sekali. Ha ha ha ha.
Lagu tu bermaksud : "Aku bukan penyair tetapi selepas melihat kecantik kan dirimu, aku boleh bersyair" Masterji terangkan pada mereka. Ada peserta yang senior faham dan tersenyum, dan yang junior dok tanya "Napa tajuk nya macam filem orang putih"
Biasa lah tu , macam kita lah juga lah, ada nama lain tetapi dipanggil dengan nama lain . Rafi tukar jadi Ben atau John. lagi sekali mereka ketawa.

Hah ...tengok tu, punya lah power, tengok rupa orang dah boleh berubah belum bab bab lain lagi. Macam tu lah kita kena projectkan gaya wajah, cara berjalan dan macam macam lagi yang boleh membuatkan kita digeruni, dihormati atau di gilai...untuk menjadi supervisor part pertama ialah mesti ada rupa dan gaya macam supervisor baru boleh mempengaruhi staff dan mereka nampak kita seperti ketua.

Dan selepas itu baru Masterji terangkan yang selanjutnya dan part part yang lain.

Jangan lupa , bab pertama dalam penyeliaan , anda mesti kelihatan sebagai penyelia.
Terimakasih pada semua komen yang diberikan.
The One , komen anda mantap dalam From He Coach and Thank you.

Pada Miss Illa selamat datang dan menyertai blog Masterji. Terimakasih kerana sudi menyertai Blog ini ya. Thank you. Marilah berkongsi pandangan ya. Masterji tak pasti samaada kita pernah bertemu dimana mana atau tidak. Anyway welcome ya.

Untuk peserta program hari ini, marilah sekali lagi kita dengar Bobby, ha ha ha..ingat Masterji ya...


No comments: