Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, June 8, 2011

Muna Bai MBBS


Mungkin ramai yang kenal gambar di atas dan mungkin ramai generasi baru yang tak kenal. Kenapa entri kali ini Masterji cerita pasal dia ? Sebab dia pernah membuat perubahan besar pada industri perfileman di India terutama sekali Bollywood. Memang turut di akui beliau juga punyai banyak rekod buruk dalam isu penyeludupan senjata dan pernah dipenjara kan kemudian di bebaskan.

Masterji cuma nak sentuh babak perubahan yang dilakukan dan breakthrough yang di hasilkan. Ambil yang mana baik sahaja. Filem terakhir yang box office lakonan nya ialah Munabai MBBS filem komedi berbentuk pengajaran yang begitu cemerlang.

Seorang anak manja dan selalu dibantu oleh Bapa nya , Sunnil Dutt. Bapa beliau juga seorang aktor dan telah meninggal dunia.

Sunjay Dutt seorang berwajah tampan dan bermata kuyu pernah menduduki tangga pertama di Bollywood untuk satu jangkamasa yang agak lama dulu . Mula muncul di awal tahun 80 an.

Ketika kemunculan nya di layar perak, beliau terpaksa bertempur dengan semua pelakon pelakon hebat ketika itu termasuk Amitabh Bachan, Dharmendra , Rishi serta Shashi Kapoor. Bukan kerja mudah.

Tapi apa yang membuatkan beliau survive? Kerana dia membuat sesuatu yang baru "SOMETHING NEW". Dia pelakon pertama yang mengenalkan idea Body Builder dan muscullar di arena perfileman Bollywood. Beliau menjadi Trend Setter ketika itu. Beliau lah yang menjadi hero tampil dengan susuk tubuh yang berotot dimana ia menjadi trend ikutan untuk hero hero selepas itu hinggalah ke hari ini.

Banyak filem nya yang meletup dan yang paling akhir sekali ialah Munabai MBBS. Filem inilah yang memperkenalkan secara mudah dan jelas dimana pelukan adalah terapi kesihatan. Filem ini juga memerli sikap segelintir pegawai yang mengutamakan protokol, delay action dan kehilangan nilai sejati kemesraan manusia. Filem ini juga turut mengesyorkan faktor human relationship, kasih mesra, pujukan, kesabaran dapat membuat pesakit yang lumpuh berpuluh tahun bisa berjalan normal semula.

Apa pun hingga kini, bila ditanya oleh wartawan pada hero hero filem Bollywood yang lain, jawapan mereka ialah my reference point is Sunjay Dutt.

Sunjat Dutt mengubah pattern seorang wira di layar perak dengan strategy, Be Different and Make Something New!


Oh ya....Saya dah beli buku baru, best! Tajuk nya TOO MANY BOSSES, TOO FEW LEADERS!
Nanti saya cuba kongsikan dalam entri yang akan datang.

Woww.....Pn Noor Jahan aka Cik Fame, welcome back. Happy dengar suara Jahan Ji tempoh hari. Tahniah kerana berjaya kerana dapat menumbangkan 8 orang presenter Jepun dan cuma anda sahaja satu satu nya presenter dari Malaysia dan luar negara. Hebat. Dijemput untuk hantar special entri rahsia kemenangan dan tips perubahan kebudayaan di tempat kerja. Please ya.

Pada Encik Azaman, ha ha ha..gelak saya baca kata tahun ni tak naik cable car. Aiseymen, tengok dari bawah sahajake. Ni mesti kes sama dengan Masterji "risau" nak naik cable car. Bukan takut tapi risau pasal kita naik nanti kesian kat orang lain tak dapat naik...ha ha ha ...alasan yang dicadangkan...kira boleh pakai lah untuk sedapkan hati kita berdua....ha ha ha jangan marah ya gurau ya Bang. Ada rakam gambar ya kat Restoran Tomato. Thank you ya kerana singgah juga. Mamak tu dah padam kan white board tu ke? Ada ambil gambar kan? Nanti mail kan ya kat saya.
Thank you Abang Man.

Bang Man, minggu lepas pi Genting Highland conduct training porgram, ada banyak perkara yang menarik saya rakam kan berkaitan dengan leadership, motivasi dan creativity. Nanti saya masuk kan dalam blog ya. Masterji jumpa orang yang lebih tinggi dari Masterji. Tinggi betulll...

Pada The One , thank you for your comment. Malu pulak Masterji baca komen anda dalam entri Memori. Lepas baca komen anda semalam barulah tahu duduk asal nya perkara tu dulu. Iya ke sambutan nya begitu. Tak pasti sebab Masterji tak perasan keadaan tu. Pasal histeria tu ya benar, kerana saya berada di situ ketika itu dan malu kerana diusik oleh anda dan yang lain lain. Ha ha ha ingat lagi ya sampai sekarang. Berapa tahun dah tu...
Itu dulu The One, sekarang Masterji dah berumur dah tak ada orang nak mengejar kecuali melarikan diri ada ...ha ha ha.
Tentang lurus tu Masterji ucapkan terimakasih lah ya. He he he ...patut lah ada yang panggil Mr Bean. Thank you.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Alhamdulillah...betul jugak kata Masterji...hanya sorang ultraman yg x dpt saya tewaskan. Tapi 9 yg lain dapat saya tewaskan. Tambahan hanya saya sorang pompuan dan dtg dr Malaysia. Yg lain Jepun!!

Paling bangga as a Malaysian saya juga dikehendaki mengajar implementation of 5S di HQ Jepun saya... 3 jam diperuntukkan. Saya cuba sepertimana yg Masterji ajar dulu.

Saat paling manis bila saya dibawa berjalan2 sehari di Tokyo Disneyland sehari selepas pertandingan tu. Tak termimpi saya nk menjejak kaki ke sana. Alhamdulillah...rezeki!!!

By the way, FYI, I nonton citer 'Muna Bai MBBS' ni dah lebih 5 kali....satu citer yg penuh dgn tauladan!