Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, July 18, 2011

Amar.....

Terima kasih pada komen Cat Women ya...sedih dan terharu membaca nya dalam entri Mummy cakap...Dulu anda hilang kehidupan anda tetapi anda menjadi insan yang sempurna sekarang dan Masterji tumpang bangga. Tak sangka ya ..di sebalik riak muka yang riang ketika berada di dalam kelas, anda seorang pejuang rupa nya. Syabas..Terus kan. Seronok kerana Masterji dapat berjumpa semula dengan group Ron 97. ketawa berterusan.

Encik Azaman dah hantar dua lagi artikel yang menarik. Thank you Sifu. nanti saya akan masuk kan dalam entri ya.
Pada Cik Fame ..Puan Noor Jahan ..sebelum subuh lagi dah masuk kan komen dalam entri ..Masterji terharu dan ucapkan terimakasih ya. Bangun pagi terus mencari peluang untuk membaca dan menajamkan minda ya.

Pada Cik Moly, terima kasih juga pada komen yang diberikan untuk entri ini baru leader.

Huh..hari ini resipi entri lain sikit ya. Kita baca kisah Amar....

Amar seorang Pegawai tinggi yang lurus, hebat dan penuh kasih sayang dalam hidup nya.
Punyai sebuah keluarga yang bahagia dan isteri yang amat di cintai. Isteri nya adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup nya.
Amar gigih bekerja untuk kebahagiaan keluarganya dan kedua ibu bapa nya malah ibu bapa mertua nya juga begitu mulia di pandangan nya. Amar adalah manusia yang boleh menghadiahkan nyawa nya sendiri demi kepentingan orang lain terutama sekali pada mereka yang di sayangi. Wang bagi Amar tidak bernilai dan harus dibelanjakan setiap sen demi keluarga nya, adik beradik dan ibu bapa nya.
Dikala rakan rakan dipejabat , bergaya dengan motor besar 1000CC supaya ada mata mata yang melihat dan ikut membonceng ,atau bergaya dengan kereta kereta mewah dan jadi bahan pujian, Amar masih dengan prinsipnya, kereta mesti murah , keluarga mesti bahagia dan hutang mesti kurang. Rutin nya mudah, kerja dan keluarga.

Hari ini Amar lain. Bukan hari ini. Sudah dua tahun Amar menjadi lain. Benar benar lain.
Keluarga nya merasakan dia lain. Bapa nya teramat kecewa dengan perubahan drastik Amar. Macam mana seseorang Macam Amar boleh jadi begitu lain.

Ibu nya sedih dengan kelainan Amar sekarang. Amar sudah jauh berubah. Amar dulu amat berlainan. Amar anak nya sudah jauh berubah.
Bapa nya hanya mampu berdoa agar Amar kembali sopan seperti dahulu.
Anak anak nya binggung dengan perubahan Amar dan bersedih. Rindukan belaian Bapa mereka yang dahulu. Bapa yang sedar tentang kewujudan anak anak nya.
Isteri nya adalah orang yang paling bersedih dan kecewa dengan kelainan Amar.
" Amar ku sudah hancur " ...kata hati Isteri nya.

Ramadhan hampir tiba. Amar hari ini glamer dan dikelilingi oleh ramai orang.
Ada yang duduk di sebelah Amar, ada yang berdiri di sebelah Amar dan ...
Ada yang memegang tangan, bahu dan bergurau dengan nya.

" Hei... Mar..aisey men ramai VIP datang lawat hari ini ya...." Tegur rakan seperjuangan di situ.
Amar melihat wajah rakan seperjuangan nya dan melontarkan senyuman.


Lepas tu Amar menangis semula.
Amar masih menangis dan menangis.
Orang di sekeliling nya bukan VIP.
Orang di sekeliling nya adalah kaum keluarga nya.
Ibu bapa , Isteri nya dan anak anak nya sedang berada di tepi Amar.
Dan tempat itu dipenuhi oleh rakan seperjuangan Amar yang senasib dengan nya. M.D.
Mentally Disturbed. Ya Amar memang lain. Amar sudah berubah dan ia benar. Berubah daripada normal ke pada abnormal.
Di sekeliling Amar , rakan rakan seperjuangan nya punyai pelbagai gelagat. Termasuk lah yang menegur Amar kerana ramai VIP yang datang melawat Amar tadi. Dia sedang berjalan persis seorang askar . Sedang berkawat.
Ada yang sedang mengaturkan majlis jemputan, ada yang tengah baca sifir 12 berselang seli dengan sifir lima , ada yang seakan akan tengah memarahi anak murid, ada yang sedang berjalan dan tangan nya dibelakang persis seorang kenamaan dan ada yang sedang membayangkan mereka bermain kasut roda.
Dan Amar pula...ditangan nya , gambar seorang wanita yang cukup menawan, dan penting dalam hidup nya.
Gambar itu sudah hampir remuk seperti hati nya yang remuk.
Gambar itu sudah hampir kelam kerana selalu dibasahi oleh airmata Amar.
Amar terlalu kasih dan sayang pada gambar yang berada didalam gengaman nya itu.
Amar tidak dapat menerima kesilapan wanita yang berada di dalam gambar berkenaan.
Namun begitu, wanita itu tetap dikasihi sehingga kehujung nyawa...
Cuma Amar dan wanita itu sahaja yang mengetahui nya.

Gambar wanita tersebut adalah isteri nya. Isteri nya yang amat di cintai dan di kasihi. Seseorang yang amat di puja dan di hargai.
Ibu Bapa Amar dan anak anak Amar tahu Amar memegang gambar berkenaan. Bagi mereka , mungkin walaupun sakit , Amar masih lagi ingat pada Isteri nya. Itu pun sudah mencukupi rasa nya.
Tetapi bagi Isteri nya, dia tahu kenapa gambar itu yang dipegang. Kenapa Amar kesitu dan jadi begitu. Hanya dia sahaja yang mengetahui nya.
Amar terlalu setia dan baik pada nya. Cinta Amar adalah yang paling sejati dan Amar adalah seorang lelaki yang penuh dengan adab, sopan santun dan hormat pada dia.
Cuma ...ada kesilapan yang dilakukan terhadap Amar dan kesilapan yang tak sepatut nya terjadi. Kesilapan yang menghiris jiwa seorang manusia yang tiada kekejaman dalam hati nya. Seorang manusia yang cukup beperikemanusiaan.
Kelukaan yang buatkan Amar menjadi murung dan seterusnya jadi begini.
Amar manusia yang lengkap. Walaupun tahu diri nya telah di luka kan tetapi Amar masih sayang dan kasih pada diri nya.
Amar satu dalam sejuta. TIdak akan lahir semula lelaki yang lain dan lebih baik dari Amar dalam hidup nya. Tersemat kemas dalam fikiran Isteri nya. Mungkin bergolek datang seratus atau dua ratus lelaki lain yang akan tampil tetapi Amar adalah lain. Satu dalam sejuta.
Airmata nya turun mencurah curah melihat Amar begitu. Amar walaupun hidup tetapi telah pergi.
Amar nya telah hancur.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Amar masih menghargai isteri nya. amat kasih dan dan ketika itu atau dari awal sakit , tiada siapa yang Amar kenal lagi. Ibu Bapa , anak anak dan juga Isteri nya tidak dikenali langsung. Hanya wanita dalam gambar itu lah segala nya.
Amar telah pergi walaupun masih ada dan kasih nya tetap tinggi pada Isteri nya. Hingga ke Hujung nyawa.
Gambar itu tidak pernah lepas dari gengaman Amar.
Takdir penentu segala.
Kedengaran rakan seperjuangan yang menegurnya tadi lalu lagi di depan mereka dan kedengaran seperti
memberikan arahan pada para pelawat di katil Amar untuk berbaris kawat. Yang membaca sifir 12 dan selang seli dengan sifir lima , sudah berlari anak untuk memasuki barisan kawat.

Hingga ke hujung nyawa dan itulah Amar....


2 comments:

azaman said...

Salam,

I am cofused... . Baca dua tiga kali tapi masih tak dapat cari apa yang tersirat. Jangan macam tulah brader, dahlah tengah tension, ingat nak baca blog kurangkan tension, tambah tension adalah.

Sapa Amar, apa dah berlaku pada Amar, apa kaitan Amar dgn Masterji dan bermacam-macam persoalan lagi. Ke ni movie yang saya tak tengok?

Masterji, Masterji...

azaman

catwoman said...

Salam cikgu,

Good to see you again today..

One of my favourite song, once upon a time, which related to my humble life story.. SENDIRI by DJ Dave. Flash back kisah2 lama.. I used to cry singing to this song, especially when things were though and in need of a shoulder to cry.. (which I never had.. sigh..) sedih.. anyway, another lesson learnt through out my hard life..

No matter how hard life is, no matter how bad the situation is at that time, I always believe there is a light at the end of the tunnel.. which I always look forward to.. Life has never been good to me. Sometimes,I used to think that maybe I'm a jinx, should never be born into the world.. But then, life makes me tough.. Makes me a better person that I am now..

Relate to Amar's story, never love someone too much especially with all your heart, always keep at least 10% of the love for yourself. Should anything happen, you can survive, you WILL survive.
When my fiance left me for someone else, I was so heart broken.. As I loved him with all my life. At one point,I do not care about myself anymore.. Almost becoming like Amar.. Almost.. But then Allah still love me..

Cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan manusia, manusia akan mati.. Sebaik baik CINTA itu adalah pada Allah yang satu.. HE will always be there for me.. listen to me, love me, care for me.. in HIS own miracle way.. Insyaallah..

Sedikit tazkirah sempena Ramadan..
Dalam setiap solat, doa yang sering kita lupakan.. DOA antara dua sujud..

Rabbirfirli.. Ya Allah.. Ampunkan aku..
Walharmni.. Kasihi lah aku..
Wajburni..
warfaqni..
Warjuhni,
Wahdini,
Waafini..
Wa'fuanni..

Always believe that NO ONE is PERFECT, everyone has flaws, which is why we are called HUMAN. So learn to ACCEPT mistakes, FORGIVE although it is hard to FORGET.. (I'm very sure of that..)

Banyak la pulak komen saya kali nie.. And sempena Ramadan next week, saya menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan kata semasa di dalam kelas atau dalam komen2 saya selama ini..

Catwoman