Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, July 29, 2011

Fame, Fame, Fame..it's forever Fame!

WOW! Fantastic , and I can't find any better words. It's just superb! Higashifuji sekali lagi melangkah mencipta sejarah baru dalam perlaksanaan 5S nya di bawah kepimpinan Cik Fame kita Puan Noor Jahan.

Hebat dan Masterji beri tepukan gemuruh. Student Masterji yang begitu laju ke hadapan hanya dengan satu kekuatan sahaja. Walupun satu , digunakan dengan baik dan berkembang. Tahniah Cik Fame.

Cik Fame kita berjaya menempatkan syarikat nya ke persaingan seterusnya iaitu ke National level menerusi pertandingan 5S MPC. Selasa lepas mereka bertungkus lumus berjuang dan bersaing dengan banyak kilang lain dan mereka berjaya!

Masterji ucapkan syabas pada Cik Fame dan semua ahli yang terlibat. Benar benar tak sangka. Tiang gol Puan Noor Jahan terhadap 5S benar benar kukuh. Semangat nya tidak pernah luntur. Tahun 2005 ketika kita bertemu kali pertama rupanya saya berjumpa dengan Samurai wanita yang pantang berundur. Kini semua lebih jelas!

Masterji tengok gambar semua nya hebat. Terutama gambar melangkah masuk ke dewan. Kalau diamati dengan betul dah boleh agak jadi juara pun. Langkah Jaguh lain ya...

Aktiviti 5S di Higashifuji penuh dengan creativiti yang cemerlang. Di sini kita belajar satu ya: The result appeared is based from the leadership quality!

Kata hikmat dari Cik Fame :

Salam En. Rafi. Adalah beberapa gambar yg boleh kita kongsi bersama.Dengan berkongsi dalam blog En. Rafi, saya harap ianya dapat memberi semangat dan seterusnya membakar semangat pelajar2 En. Rafi yg mempunyai sistem 5S. Tunjukkan kepada mereka 5S bukan hanya hiasan dan kecantikan malah boleh membawa mereka ke puncak kejayaan!





Yes Cik Fame ..Yes I setuju. Thank you for sharing and the only way I can express my impression is : You are forever fame!

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji.....

Ribuan terima kasih kerana seringkali berkongsi cerita saya dalam blog Masterji terutamanya berkenaan dgn 5S.

Tujuannya adalah utk berkongsi supaya kejayaan dpt dikecapi oleh orang yg lain juga. Dulu saya juga ingat 5S hanya utk menghias & mencantikkan tempat kerja tp sebenar setelah melaluinya lebih 2 tahun....5S telah memberi impak yg sgt jelas pada kos, kualiti, produktiviti, moral & sudah tentu pada persekitaran. Pada tahap ini saya dapat rasakan yg banyak lagi boleh dicapai melalui 5S. Oleh itu, saya & team akan terus berusaha & berusaha tanpa jemu.

Tidak lupa kpd Masterji yg senantiasa membakar semangat saya. Memang betul kata Masterji...saya ni agak 'keras kepala'....saya tidak akan menyerah kalah dgn mudah!!! Wlwpun bibir saya sentiasa menguntum senyuman...bak kata Masterji "FAME"...tapi terdapat seribu satu makna disebalik senyuman tersebut.

Maafkan saya sekiranya ianya berbunyi seperti meninggi diri. Tidak sama sekali...hanya mahu mereka yg lain di luar sana supaya terus berjuang dlm apa juga bidang yg diceburi.