Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, February 11, 2011

400 vs 4000


400 orang askar mengalahkan 4000 askar dan mengundurkan mereka. Hairan bukan? Shibata Katsuie membuktikannya. Jeneral perang dan Samurai Jepun.

Shibata telah berjaya menakluki Castle Chokoji. Sewaktu berkubu di Castle berkenaan, beliau dan askar askarnya yang seramai 400 orang telah di kepung oleh musuhnya, kumpulan Sasaaki Shotei bersama 4000 askar. Bekalan air di putuskan.

Shibata dan 400 orang askarnya terkepung. Bekalan air semakin berkurangan dan tiada jalan keluar lain.
Maka Shibata pada suatu malam telah mengumpul kan askarnya yang terkepung di dalam Castle itu dan berkata :
"Perlukah kita duduk di sini dan menunggu maut?". " Tidak, kita harus mati dengan nama yang gemilang kerana kita adalah pahlawan".
" Lebih baik mati berlawan daripada duduk dan menunggu mati ".
Teriaknya pada semua askar-askarnya.

Sewaktu Subuh menjelma, Shibata dengan semangat yang tinggi mara ke luar bersama askar nya untuk menangani kumpulan 4000 ribu askar yang di ketuai oleh Shotei.

Kerana semangat juang yang tinggi dan hanya tinggal satu jalan sahaja untuk keluar, mereka bertarung berhabis habisan dan memeranjatkan ramai askar Shotei yang terkorban dan barisan hadapan askar Shotei terpaksa berundur! Kumpulan Shibata berjaya meloloskan diri setelah berperang bersungguh sungguh.

Aha! kalau ikut dari segi strength , sudah tentulah 4000 askar lebih kuat daripada 400 tetapi kalau tidak di uruskan dengan pengurusan dan strategy yang berkesan maka kekalahan adalah kenyataan.

Shibata menang kerana bersemangat tinggi dan bersungguh sungguh. kalau dia tunggu, semua akan mati bila bounce balik mungkin ada yang akan mati dan ada yang akan selamat tetapi yang selamat akan pasti akan berasa bangga punyai ketua yang sebegitu hebat!

Shotei, rasa selesa dan memikirkan kumpulan Shibata akan mati kebuluran , atau akan menyerah kalah. Maka kumpulan nya menjadi complacent.

Banyak lesson point yang boleh kita perolehi.
When you are pushed to a corner, strike back to the fullest and your bounce back may defeat your enemy strongly.
It is not how many soldiers you have, it is how effective you lead and utilise them to meet victory. Numbers alone won't give you any big impact.


Pada Jabatan Fakulti UTEM, thank you for the invitation yesterday. March tiada masalah. Fun at work and higher productivity. Nanti kita bicara lebih ya. Thank you Cik Hazrin.


Hah ada sms kata tengok cerita Khurafat. Ya benar menarik. Thank you. Tetapi cerita tu ada persamaan dengan filem Hindi RAAZ. Mungkin secara kebetulan. Apa pun kedua kedua filem berkenaan cukup menarik.

Sekarang ni bulan February kan, apa kata kita berhibur dengan Sekuntum Mawar Merah dan alunan nya.
Hah jangan lupa beri bunga pada isteri dan suami anda! dan bukan pada isteri jiran ya , ha ha ha ha.
Kalau dulu rajin beri bunga , sekarang mula kan lah semula. Berikan nafas baru dalam rumah tangga masing masing. Kalau 20 tahun dulu jumpa di stesen bas, bawa lah semula pasangan ke situ dan hidup kan lah suasana yang penuh harapan semula. Macam mana? boleh cuba dan silakan..



1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Very interesting... Contoh lain cm orang yg berbadan besar tak semesti kuat dari yg kecil. Yg penting cara dia atau teknik dia yg penting...study kekuatan & kelemahan lawan... attack 'weakness' dia. Kalau dalam group pulak make sure 'team' bersatu dgn sepenuh hati menuju satu sasaran...