Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, February 28, 2011

Bridge not fences!


Dalam kehidupan ini, kita akan berjumpa ramai orang. Dalam pendakian kita ke Puncak , kita akan mendengar dua jenis nasihat, yang mengalu alukan kita membina jembatan dan mengesyorkan kita memasang pagar halangan dengan lebih kukuh!

Begitu juga saya. Dalam bad kerjaya, bermula dari seorang toilet cleaner sampai lah ke HR Manager , saya menemui kedua kedua jenis kategori penasihat di dibawah ini dan saya rasa anda juga pernah melalui nya.

Kumpulan yang mengesyorkan anda memasang pagar supaya tidak maju ke depan :
" Kalau gaji kita kecik, kita kurang kan lah usaha kerja kita berbanding dengan gaji kita"
" Eleh, nak buat apa tonjol tonjol diri, nanti macam macam di suruh nya, tambah beban"
"Eleh, apa risau, kita kan graduan, kalau syarikat ni tak best, kita pi lah kerja tempat lain"
"Hishh, lu apahal kerja lebih lebih, oh mau kasi tunjuk lu bagus kita orang malas lah"
"Kerja tu biar slow slow sikit, kalau boleh biar lambat, nanti boleh dapat OT"
"Eleh, rilek lah , dah memang nama pun manusia biasa lah tak perfect, kalau nak perfect sendiri bikin lah"
"Susah susah ambil aje MC esok, bukan bapak lu punya kilang pun"
"Kita tengok siapa power, Management atau kita "
" Kita jangan jadi hamba kerja"
"Apa tambah elaun ke, kalau kita buat perubahan"
" Silap ke? Reject banyak ke? Biasa lah tu, standard lah"

Aha , itu adalah sedikit daripada yang pelbagai lagi. Kita harus tanya diri kita semula: Adakah beban tanggungan kita sama berat dengan penasihat itu? Adakah masalah kita akan selesai dengan nasihat seperti itu? Adakah kita rasa tabung untuk berikan anak anak kita ke pengajian yang lebih tinggi sudah cukup? Adakah isteri dan anak kita akan berasa bangga dengan sikap seperti di atas ? Adakah kita rasa cukup kebal apabila kita punyai kelulusan? Adakah kalau esok esok kita terlungkup, penasihat itu bisa memberikan bantuan ekonomi secara percuma pada kita?

Kadang kadang kita lebih banyak melawan orang daripada diri kita.
Kita tak lawan diri kita supaya lebih maju,
kita tak lawan diri kita supaya menjadi lebih terbuka dan positif,
Kita tak lawan diri kita supaya kita lebih baik daripada yang lain,
Kita tak lawan rasa malas dalam diri kita sebalik nya kita lawan segala falsafah dan penasihat yang berikan jembatan yang lebih baik,
Kita tak lawan fikiran kita supaya berfikiran lebih rasional dan kreatif,
Kita tak lawan keselesaan yang wujud dalam diri kita,

"Setiap Hari, kita di berikan peluang; Samaada membina jembatan ataupun mengukuhkan lagi tembok halangan"

Benar, Kalau dulu kita gagal, masa yang lepas tak akan kembali, tetapi masa yang akan datang boleh di perbaiki. Go and change your chances for betterment.

Of course , we may not get a perfect tommorow but at least a better tommorow!

Bercakap pasal membina jembatan kemajuan diri ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah pada The One. Pn Noor Jahan, Cik Fame kita juga mengucapkan tahniah dalam entri semalam untuk The One. Cik Fame juga tumpang gembira dan mengesyorkan membina jembatan yang lebih luas ke hadapan.

Saya tertarik pada komen anda, Normally behind a success man, there is a women, but in your case it was a Man, ha ha ha. Thank you. Saya bukan sahaja berjaya memberikan jembatan kepada The One tetapi satu kegembiraan pada seluruh ahli keluarga anda. Syukur alhamdulillah. Memperbaiki salah seorang insan bermakna memberikan kebahagiaan dan kehidupan pada sepuluh insan insan lain yang bersama nya. The One kini anak anak anda dan isteri anda pasti melihat anda sebagai legenda keluarga yang cemerlang.

Blog ini, menemui nawaitu asal saya, sedekah dan amal jariah melalui perkongsian pengetahuan.
Saya gembira. Blog ini akan hidup dan menjadi kenangan manis pada semua para pembaca yang di hormati.

Pada Cik Fame, YES YOU ARE SUPER RIGHT! Saya tertarik dengan komen mengatakan brand itu lebih banyak berkaitan dengan personality dan image seseorang individu itu. Bingo!
Melihat ragam kita sudah bisa memastikan brand nya! Thank you a good and simple key word for my training contents!



1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

"London bridge is falling down...falling down...falling down..." itu lagu zaman kanak2... saja buat selingan jer!!!

Bercakap tentang bridge ni... orang boleh bagi material utk bina bridge percuma jer...tapi kita sendiri kena buat design bridge mcm mana yg kita impikan. Tapi ingat bridge yg kukuh juga boleh roboh mcm lagu kat atas tu kalau tiada 'maintenance'.....betul tak Masterji?