Sabtu lepas tak dapat kemana mana dan hanya di sebelah petang sahaja Masterji baru bergerak ke program Latihan. Masterji gunakan masa tu untuk bersarapan bersama family dan menonton filem.
Kisah Silurus Bendul
Lurus bendul yang di hargai dan di puja bukan sahaja manusia malah hantu.
Masterji punyai kepercayaan yang kuat, filem mengisahkan watak watak yang kita pernah berjumpa atau akan berjumpa di masa akan datang. Satu matapelajaran yang baik. It's human who make us success and it's human too who make us go no where.
Seronok menonton filem ini dan lawak yang spontan. Ia mengisahkan seorang lelaki yang amat lurus, jujur dan amat berkualiti. Zaman moden ini, amat sukar nak mencari lelaki seperti ini mungkin ada tetapi jumlah nya tak pasti. Lelaki yang meletak kan kepentingan orang lain terlebih dahulu. Hidup penuh dengan ujian dan pelbagai pandangan serta diperalatkan dengan begitu kejam tetapi permata tetap permata ..ia akan tetap bersinar di mana sahaja.
This kind of Man is always at the winning end. Tak kira lah di dunia mahupun di sana nanti. Kerana kelurusan nya, idea beliau di curi dan kerana kelurusan nya selalu di aniayai. Tetapi manusia seperti ini tidak tahu dunia kotor dan kejam. Tak pandai nak mengenakan orang dan tak sanggup. Dalam jiwa orang seperti ini tiada tahu erti menyiksa orang lain. Lurus bendul nya jadi ejekan.
Hantu yang jatuh cinta dengan dia. Hantu jatuh cinta bukan kerana rupa nya tetapi kerana kejujuran nya. Menolong orang tanpa ada apa apa agenda yang tersembunyi. Kejujuran beliau berterusan walaupun selepas itu mengetahui status sebenar kekasih nya. Baik dalam keadaan hodoh ataupun cantik, dia tetap meneruskan niat murni nya untuk memiliki wanita/ Pontianak tersebut. Bercinta dengan orang yang luhur dan jujur ini adalah cinta sejati. Senyuman yang ditawarkan ketika membantu lahir dari hati yang ikhlas dan membawa kebahagiaan hakiki hingga ke akhir hayat berbanding dengan senyuman manis yang di tawarkan ketika memberikan bantuan tetapi membawa sengsara hingga ke akhir hayat.
Mungkin manusia seperti ini kelihatan membosankan..."boring lah dia tu..lurus sangat , tak hip, tak Man Top, Tak Social, very formal , tak pandai nak cilok cilok sikit....tak best lah" ....mungkin ia satu kesimpulan yang salah. Betul dia tak Man Top dalam dunia glamour dan sesat tetapi dia Man Top dalam dunia yang lebih terpuji , dunia yang lebih sihat. Mungkin dia tidak tahu di mana letak nya Restoran restoran mahal dan kelas seperti Kenny Roggers, The Apartments, Alexis, Delicious, Tony Roma's, San Francisco steak House, The Ship , Dome, The Curve , apa yang ada di Pavilion dan lain lain lagi tetapi itu tidak bermakna dia ketinggalan zaman dan tiada kelas!
Mempunyai sifat lurus bendul ini punyai kenikmatan hidup yang tersendiri. Hidup tenang tanpa sesat perjalanan. Sentiasa di hormati dan di sayangi baik manusia sejagat ataupun Allah S.W.T. Bagi sesiapa yang punyai teman hidup seperti ini, amat lah beruntung bagi anda. Jaga lah dengan baik. Mungkin mereka naive perihal aktiviti sosial tetapi anda akan dihargai lebih dari nyawa nya sendiri. Bercinta mungkin cara kuno tetapi keindahan nya lebih tinggi dan berkualiti.
Sehinggakan Hantu pun terjatuh cinta dengan orang begini.....Harga untuk bercinta dengan manusia amat mahal dan mungkin tidak akan jadi realiti tetapi demi kualiti yang terdapat pada Si Lurus Bendul, Hantu tidak berfikir panjang dan teragak agak untuk membuat keputusan. Bijak dan fast action Hantu tu..,Hantu pun ikut jujur juga dan terangkan dengan penuh hati pada dia siapa dan apa sebenar nya status hantu berkenaan sebelum Kapal belayar lebih jauh. Mungkin memeranjatkan sedikit si lurus bendul tu tetapi oleh kerana hati nya bersih, lurus, luhur dan jujur , dia terima juga dengan hati yang terbuka.
Banyak makna dalam cerita ini.Best. Hargai lah diri anda sekira nya anda rasakan anda punyai kualiti yang sama seperti Silurus Bendul dalam filem berkenaan. Jangan risau kalau dikatakan tidak Hip! Bagi mereka yang punyai teman begini, hargailah diri mereka. Dunia semakin moden, kualiti diri makin jauh kebelakang. Sayangi lah dan taat lah pada mereka. Kadang kadang dalam hidup , Permata hanya wujud sekali sahaja. Salah percaturan , airmata kan jadi teman ke akhir hayat.
Pada Puan Noor Jahan, ha ha ha ada sedikit persamaan dengan keturunan, tergelak saya baca komen Puan. Betul lah tu...memang ada persamaan. Maka cara di didik pun pattern nya sama kan. Nasi tidak boleh melebihi dua takuk jari..waw , disiplin dan tertib betul. Patut lah jadi orang HR....,Benarkan...ajaran ajaran tersebut dan semua R & R yang dikenakan memberikan kesan dan benefit pada kita. Sama lah kita ya. Puan di ketuk , saya kena macam gambar yang tunjuk kat entri Mummy cakap...ha ha ha Mummy dah tengok entri tu dan airmata nya mengalir dan tersenyum. "Masih ingat lagi ya..." kata nya. "Cantik gambar bulu ayam tu.." tambah nya dan kami ketawa bersama. Satu lagi yang Mummy pastikan ada ialah...singlet dan saputangan. Kalau tak bawa dan tak pakai singlet ..jawap nya waka waka eh eh lah...Mummy kata orang lelaki mesti pakai singlet kalau berpeluh baju di luar tak ada effect dan kalau emergency masih ada satu lagi baju di dalam membalut tubuh. Dan kalau ke rumah orang, bila buka baju yang pertama masih ada lagi singlet dan nampak manis dipandang orang, sopan kata nya. Pakai T shirt pun kena pakai singlet. Terbiasa dah.
Sapu tangan mesti ada dalam poket berserta pewangi.
Terimakasih ya Cik Fame...kalau Mummy dengar cerita pasal nasi tak boleh lebih dua takuk jari mesti dia tersenyum. Sama kapal lah kira nya..ha ha ha.
Malam tadi di Damansara minum teh tarik bersama dua orang teman, bekas rakan kerja dan pegawai latihan di sebuah syarikat. Selalu juga di situ dan tiba tiba muncul seorang mamat (buskers) yang menyanyi secara spontan dengan gitar dan sebuah lagu yang menarik di sebelah meja kami. Sedap suara nya. Selalu dah nampak Mamat tu tetapi malam tadi suara nya kelas sikit dan ramai yang terpukau.
"Where do I begin...,
To tell the story of how greatful love can be...,
........With the first hello, She gave the meaning to this empty world of mine,
.....She fills my heart with special things..."
Lagu lama dari filem Love Story bertajuk Where Do I Begin
Psttt...Abang Azaman, pulang dari situ, Masterji ada nyanyi dalam kereta lagi sikit sikit...rasa Masterji suara macam sama aje dengan Mamat tu..ha ha ha ha ha ...rasa saya lah...Cik Fame jangan gelak ya.
Mari lah kita dengar lagu tersebut dan satu lagu yang hebat.
1 comment:
Salam masterji,
Jgn marah yer byk pulak komen ari nie.
Zaman sekarang memang susah nak cari org spt itu tp ada gak. Org yg tulis blog nie pun apa kurang nya. Merendah diri lak.
Orang kdg2 mengejar harta dgn pelbagai cara tanpa mengetahui ataupun buat2 x tau yg harta yg dicari2nya tak kekal selamanya. Nanti sampai masanya cuma kain putih 6ela saje dibawanya.
Salah satu yg kekal adalah ilmu yg kita bagi kpd org lain. Dah mati pun boleh carry forward sampai lah ada org yg menggunakannya. Blog nie dan org yg menulis byk memberikan ilmu baru kpd yg lain2. Tak kedekut coz zaman skrg ada ilmu pun ramai yg kedekut nak ajar takut yg belajar jadi lebih pandai.
But for me the things that you thought me had made me to be who i am now without expecting any return. And now it's my turn to pass the things you thought me.
Thanks Masterji
Rgds
One&Only
Post a Comment