Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, January 10, 2012

AD dan AM



Tahniah pada pengarah cerita Songlap. Amat menarik mesej yang cuba disampaikan. Lakonan yang mantap daripada Shaheizy Sam sebagai Abang dalam filem ini . Abang yang bernama AD dan Adik yang bernama AM. Filem yang penuh sumber nasihat pada masyarakat. 10 perkara yang rasa nya menarik pada Masterji;
1. Jadilah Abang yang bertanggung jawap walaupun penjenayah ada hati nak besarkan adik dan jaga dengan sempurna. Lelaki yang menarik dan bertanggungjawap pada keluarganya.
2. Ada tenaga yang kuat, akal yang dibekalkan, gunakan lah pada jalan hidup yang betul tak semestinya ikut jalan pintas jadi penjenayah dan salah kan keadaan dan sejarah. Tak kan orang masuk longkang kita pun harus masuk longkang.
3. Setiap anak yang menjadi mangsa perbuatan ibu bapa akan mempunyai jalan hidup yang berliku liku maka jadilah ibu bapa yang cemerlang.
4. Harus bezakan apa yang kita suka buat tetapi dilarang buat seperti melayani hawa nafsu yang tak sepatutnya. Kena faham tu dengan jelas, apa yang kita suka tetapi tak tak boleh maka tak boleh apa yang kita tak suka tetapi kena buat maka kita kena buat selagi benda tiu halal dan tuntutan agama.
5. Wanita dimana mana adalah orang yang harus dihormati. Kita ni datang dari Allah tetapi menerusi siapa? Kaum wanita selalu di buli, di ugut, diambil kesempatan, di hina dan macam macam lagi. Filem ini memberi kita kesedaran.
6. Seorang wanita haruslah berhati waja dan bak peribahasa cina, takut mati akan mati berani mati akan hidup. maka banyak bidang lain yang boleh digunakan untuk mencari sesuap nasi dan ada banyak cara mengeluarkan diri dari penjara lelaki lelaki yang kejam.
7.Nothing is free. Jangan mudah terpedaya pada mulut yang manis dan tangan yang ditatangkan untuk berikan bantuan.Lagi lagi kalau anda berduit ataupun jelita ataupun sedang dilanda masalah , Kelak tergadai jiwa. Terperangkap di highway walaupun jauh masih boleh U TURN tetapi kalau dunia gelap, kotor dan terjatuh pulak pada tangan yang disangka syurga tetapi neraka bermakna tiada U TURN kecuali nyawa jadi gantian.
8. Seorang Bapa haruslah sihatkan fikiran dan fikirkan benda benda yang bersih dan bagaimana mendapatkan pahala. apabila terpengaruh dengan pemikiran kotor dan lucah melalui bahan bahan terlampau, wayang ataupun cerita cerita rakan tentang keindahan melaku kan maksiat maka anak sendiri akhirnya menjadi korban.
9. Kaum lelaki masih lagi digambarkan sebagai pedagang wanita dalam filem ini. Mungkin ada kebenaran nya. Kebudayaan Bapa Ayam masih wujud. Sepatut nya lelaki yang lebih bijak sana akan memimpin keluar wanita dari perangkap dan bukan memerangkap dan mengambil keuntungan dari titik peluh ataupun perkara perkara lain dari seorang wanita yang dibantu.
10. KL yang di lontarkan dan dikelihatan kan sebagai kota yang menyesatkan. Kota busuk, Kota yang penuh dengan maksiat, tetapi KL juga banyak memberikan peluang rezeki pada ramai orang dan banyak dikenali seluruh dunia. Mungkin kita selalu pandai bercakap, KL kotor, KL busuk, tetapi Filem Songlap bijak menunjuk kan manusia seperti kita lah yang segelintir nya mengotorkan KL. Mungkin kita selalu komen tetapi kita lupa yang kita juga pernah kotorkan KL . Paling kecik pun kesalahan nya mungkin kita kotorkan KL dengan membuang sampah merata rata.

Tahniah dan Masterji belajar banyak perkara dari filem ini.

No comments: