Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, January 24, 2012

Bila Tua.....

Bila tua esok, barulah cool down...,
Bila tua esok, baru lah lepak surau....,
Bila tua esok, baru lah stop ke pub....,
Bila tua esok , barulah duk rumah...,
Bila tua esok, baru lah kita simpan duit sikit sekarang enjoy lah....,
Bila tua esok baru lah balik awal....,

Ya ..bila tua banyak yang kita nak buat tetapi adakah mati itu sewaktu tua sahaja?
Ya...bila tua baru lah best sikit nak tukar profession kita tetapi adakah kesihatan mengizinkan?
Ya...bila tua baru lah best duk rumah sebab dah tak da sape yang nak tengok kita lagi,dan tak pedulikan kita lagi.

Ya banyak benar kita nak buat bila tua nanti. Keremajaan boleh membawa kan dua jenis penyakit apabila kita mengharungi hari tua kelak...jasmani dan rohani. Kalau dari muda kita settle down mungkin banyak yang kita boleh simpan di dalam bank kehidupan abadi satu hari nanti. Di masa tua kita kan lebih tenang dan bersedia menunggu panggilan. tidak perlu terkejar kejar, terburu buru, sedih sana sedih sini, muram sana, muram sini. Repair sana, repair sini, ubat itu , ubat ini , nasihat sana, nasihat sini dan macam macam lagi.

Entri ini untuk Masterji juga berfikir ya..maka marilah kita bersama sama letak "PULLSTOP" pada yang kita suka buat tetapi tak boleh buat.

Pada Cik Fame, aiseymen sejak pi exercise ni, kita berdiri stand still pun tak boleh kan..betul tu perjalanan darah tak smooth. harus exercise. Rajin pergi gym sekarang ya. bagus tu. itu pun persiapan untuk hari tua nanti kan, senang lah kita untuk menambah apa apa yang baik yang kita dah buat pada usia muda. Bila sihat,kita akan lebih tenang menghadapai hari tua. Jasmani cemerlang, rohani cemerlang!

Masterji pun kena lebih ajin lah pi exercise ya nanti dah tak slim pulak..ha ha ha. Thank you for your comments.

No comments: