Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 7, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - IMPIAN EMAS


Sejak Masterji melibatkan diri di dalam penyebaran dan berkongsian ilmu melalui blog dan Facebook, Masterji telah berjaya berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Ada antaranya yang jauh beribu-ribu batu.
Lebih menarik, kenalan dunia maya ini langsung tidak pernah bertemu Masterji. Haa..menarik tu, bukan?
Rakan tetapi tidak bersua.

Apa yang ingin Masterji perkatakan adalah mengenai seorang kenalan di Facebook. Semenjak terbitnya Dulu Pencuci Kini Pengurus, banyak sekali yang mengutus komen melalui Facebook. Antaranya seorang rakan yang di kenali dengan nama Hairi Nawi dari Sarawak.
Beliau menulis di "wall" Facebook Masterji.
"asalamualaikum Rafi Masterji... saya baru saja terima poslaju buku tuan petang ini. tak sabar nak membacanya, pasti menarik. :)"

Bila membaca komen ini, walaupun ringkas tetapi amat bermakna untuk Masterji. Ini bermakna, buku Dulu Pencuci Kini Pengurus telah menyeberang Laut China Selatan, jauh terbang dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sarawak. Masterji amat berterima kasih kepada Hairi Nawi yang berusaha mendapatkan buku ini.
Hairi yang juga merupakan seorang penulis laman IMPIAN EMAS juga rupa-rupanya sedang dalam usaha untuk menerbitkan buku.
Tahniah kawan!

Memetik kata-kata Mark Twain, “good friends, good books, and a sleepy conscience: this is the ideal life.”

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji..

Syabas! DPKP telah sampai ke Sarawak. Satu lagi pencapaian yang tidak diduga...sangat mengembirakan.

Banyak cabaran yang dilalui untuk Masterji untuk berada di kedudukan sekarang...dan segala usaha tidak sia2. Teringat saya pada kata2 bekas ketua saya semasa dulu...'Before you can work smart, you must work hard.'