Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, August 30, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - TANPA NIAT TETAPI BERMANFAAT

Masterji mula menggunakan Facebook setelah di asak bertalu-talu oleh salah seorang samurai.
Pada mulanya Masterji menolak tetapi setelah di terangkan dengan terperinci keberkesanan Facebook untuk memasarkan idea, akhirnya Masterji bersetuju.
Bila pertama kali menggunakan Facebook, Masterji agak terkejut kerana ramai orang di luar sana yang mahu menjadi "friend" Masterji. Ini peluang luas untuk Masterji berkongsi ilmu.Wahhh...dunia maya dan dunia tanpa sempadan.
Satu laman facebook juga di wujudkan khusus untuk pembaca mengetahui perkembangan buku ini. Pada sesiapa yang mempunyai akaun Facebook, boleh LIKE di sini

Baru-baru ini, seorang rakan Facebook memaparkan gambar buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di wallpost Facebook Masterji.
Encik Noor Azam ; seorang Operational Executive dari Tangkak, Johor.
Terperanjat bila dia menulis "terbeli tanpa niat.." dan di susuli dengan komen "cover buku yang menarik, kandungan yang penuh bermanfaat, harga yang berpatutan. 5 bintang dari seorang yang tak minat membaca".
Terima kasih Encik Noor Azam.

Rupanya, buku Dulu Pencuci Kini Pengurus bukan sahaja menjadi bahan rujukan untuk memotivasikan diri di dalam bidang pekerjaan tetapi turut menjadi pemangkin untuk menanam minat membaca.

Kepada mereka yang sudah membaca buku ini, Masterji berharap mereka dapat memberikan komen dan pandangan. Setiap komen dan pandangan ini, boleh di emailkan kepada value_guide@yahoo.com
Masterji amat berterima kasih kerana pembaca terus memberi sokongan dan ianya adalah motivasi bagi Masterji menulis buku yang kedua.

Sampai jumpa lagi....
Terima kasih semua.

No comments: