Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, January 31, 2011

Tiger Wong


Berkeley dan Taman Eng Ann Kelang , 1970 - 1986.
"Long Sifu, chiak peng, chiak ber"?
Maksudnya : Sifu Naga, makan nasi atau bubur. Soalan mesra dari rakan sebaya ketika itu dari kalangan berbangsa Cina. Lebih kurang 16 tahun, Masterji menetap di kawasan perumahan yang majoritinya berbangsa Cina di ikuti oleh India dan hanya ada 2 keluarga Melayu di situ. Antara Taman Berkeley dan Taman Eng Ann di Kelang. Kalau mengaji , ke surau atau masjid, Masterji akan melintas jalan ke seberang di Bukit Kuda Kelang dan tak jauh dari Taman Eng Ann.

Menetap di situ juga seronok. Bahasa Inggeris sudah semestinya menjadi pertuturan harian. Masterji juga mahir tentang Bahasa Mandarin sedikit sebanyak. Oleh kerana Masterji berbangsa Melayu di situ maka ramailah rakan rakan yang berbangsa Cina datang dan berguru tentang pembelajaran Bahasa Malaysia. Penjodoh bilangan, simpulan bahasa, ejaan dan macam macam lagi. Oleh kerana memang dari zaman kanak kanak lagi saiz saya tinggi maka saya di panggil Long. Sepatutnya bermaksud panjang, tetapi kalau di terjemahkan ke dalam bahasa Mandarin , ia membawa maksud yang besar. Lambang Keagungan, Lambang Keperwiraan, Lambang kekuatan dan keberanian. Maksud Long ialah Naga. So, secara bergurau rakan rakan memanggil saya " Long Sifu" ketika mengajar mereka mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ha ha ha, mengelikan hati. Bila di kedai kopi, apabila di panggil nama begitu oleh rakan rakan, ramai yang pandang, dan bertanya " Hei, he ge si tiang'? Bermaksud "Hei siapa tu? Siapa yang di panggil dengan nama Long Sifu tu. Samaada saya atau rakan yang akan jawap "Uncle, mian tam sim, gun lang main main nia". Ha ha Maksud nya : "Uncle jangan risau, kami cuma main main aje."
Ha, nak tergelak, sebab yang kawan kawan maksudkan ialah Sifu Panjang.

Bukan senang nak guna pakai nama Long atau Naga, ia adalah lambang keagungan dan bukan keburukan atau kemusnahan.

Seronok ketika itu. Tetapi saya suka Tiger. Ya Tiger Wong. Legenda ke perwiraan Tiger Wong.

Dan ketika itu juga , Wong Yuk Long, atau nama popular nya Tony Wong sedang mara dengan komik komik lukisannya yang hebat. Komik beliau yang terhebat ialah Tiger Wong. Dulu komik komik ini, hanya dalam bahasa cina tetapi sekarang sudah di terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Laris di pasaran. Dulu, saya selalu membelinya dan melihat gambar sahaja , sambil di terangkan oleh rakan rakan. Dulu juga saya selalu berangan, alangkah indahnya kalau komik ini di dalam Bahasa Malaysia. Kini menjadi kenyataan. Malah komik itu di filemkan kemudian oleh aktor Donnie Yen. Judul komik ini dalam Bahasa Malaysia ialah Jejak Wira. Anak saya pula menjadi pelanggan tetap jadi bapanya share sekali lah...ha ha ha. Hero dan Crook dalam komik ini banyak yang handsome handsome.

Tony Wong di berikan penghormatan yang tinggi di Hong Kong. Raja Kartunis di Hong Kong. Mula melukis ketika berumur 13 tahun dan tidak pernah masuk ke mana mana lukisan. Hanya kerana minat dan mula dengan lukis kukis sahaja tetapi kini sebagai periuk nasi malah beliau popular. Lukisan halus dan cantik. Satu contoh yang baik. Mengubah kan minat menjadi kekayaan! Hingga kini komik komik berkenaan masih survive!
Therefore, minat boleh jadi lorong duit. So try your best.

Thank you to Pn Noor Jahan. Ya Insyaallah bertambah maju. Memang hidup penuh babak airmata tetapi kita harus terus hidup. Maka untuk terus hidup kita harus maju. Ayat Pn , buat saya sedikit terharu, jauh juga perjalanan ini.

Satu lagi komen yang bagus dan saya tak tahan nak gelak, "Berubah , Berubah kalau tak...Bos nanti akan ubah kan "...saya ketawa besar. Ok nanti saya tambah dalam prinsip Berubah Berubah Berubah tu ya. Thank you. New Ice Breaking Idea. ha ha ha.

Pada rakan rakan Cina, Happy Chinese New Year. dan yang lain Selamat Bercuti.

Ada sms masuk lewat petang semalam dan bertanya kenapa pekerja yang rajin dan lurus sahaja di gunakan sepenuh nya dan kadang melampau tetapi yang melawan dan pemalas tidak di hiraukan.

Itu biasa Cik Hawa, orang lebih suka menyuruh yang rajin dan menyampah dengan orang yang boleh mendatangkan masalah. Tetapi ada kala nya gaji si pemalas lebih tinggi dari yang rajin. Itu juga benar dan tiada siapa yang berani marah atau make a clear line to separate the good one and the bad one, and tell them straight.

Teringat Masterji, babak akhir filem Hang Tuah, watak Tuah yang di bawa oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ada mengatakan sesuatu pada keadaan " Adakah aku atau Jebat yang bersalah ".

Jebat buat untuk Tuah , dan Tuah buat untuk Raja yang pernah menghukum nya tanpa usul periksa. namun begitu Jebat yang di dapati bersalah.

Mungkin Tuah buat kerana sikap taat pada tugas nya dan kenangan lama bersama Raja. Kenangan lama kadang lebih power dari masa hadapan .

Apa pun Cik Hawa, usaha yang berterusan bisa memberikan kebenaran pada kita ya. kalau terkandas dan kecundang, anda tetap tahu yang anda benar dan Tuhan juga mengetahui nya. Insyaallah.

Sunday, January 30, 2011

Adjust your tune !


" Sam, Boss nak jumpa kau ya".....Pesanan yang biasa kita dengar dari rakan kerja kita. Pesanan yang di sampaikan oleh rakan kerja mungkin selepas dia berjumpa Boss. Hah! apa anda buat dan apa yang anda rasa?

Mesti kita tanya " Apahal huh "? ...., soalan biasa. Macam macam yang ada pada perasaan kita.

Bila dengar aje nama Boss, terbayang macam macam. Ada yang terbayang Boss macam jembalang tanah, ada yang terbayang tanda ringgit , ada yang terbayang tanda bonus , dan ada yang terbayang tanda batu nesan kat muka boss. Ha ha ha macam macam.

Apa pun , Boss kita adalah manusia. Di sebalik jawatan nya yang besar dan stail nya yang mengerun kan, dia juga ada perasaan sedih, suka, gembira, dan bangga. Kalau kita tekan butang yang tepat, maka kita akan selamat. Ingat ! Boss anda juga seorang manusia , therefore kalau anda seorang penyelia, apa yang anda mahukan daripada orang bawahan anda? Of course, hasil kerja yang cepat, tepat, kreatif, dan tiap kali diperlukan anda bersedia. Bila sebut aje anda muncul, sebut aje anda muncul , bila cerita pasal assignment , anda cepat faham dan bisa menangkap maksud kemahuan nya. Aha! itu di namakan subordinate yang hebat!

4 Petua untuk membuatkan bos anda gembira dengan anda:

1.HEY BOSS, I AM READY !
Bila berhadapan dengan Bos , nampak kan mimik muka yang manis dan positif serta sedikit senyuman bukan muka kelat dan tension. Kalau anda seorang juga seorang penyelia , anda juga tidak mahu berbicara panjang dengan staff bermuka tension.

2.HEY BOSS, DONE IT, 2 DAYS EARLIER THAN THE DATE LINE ! Laksana kan arahan nya dengan segera! kalau dia kata tiga hari dateline, anda buat dalam masa dua hari. Jika anda juga seorang penyelia , staff begitulah yang akan anda suka .

3. HEY BOSS, YOU CAN COUNT ON ME
Wujud kan persepsi dan berikan image di mata dan fikiran nya yang dia boleh bergantung pada kita ! Can count on us. A reliable subordinate! itu salah satu kriteria kan dalam borang penilaian promotion and salary adjustment, betul tak? Mobile phone anda sentiasa on dan tidak off walaupun pada cuti perayaan. dikala mobile phone staff lain mengatakan " The person is not answering, please leave your message " tetapi mobile phone anda mengatakan " Yes Boss, happy holiday, any problem kah"?....aha , saya pasti, hati bos berkenaan jadi milik anda!

4. HEY BOSS, YOU'RE NOT ALONE
Bila Bos dalam masalah, anda juga harus berkongsi dan nampak kan kalau dia susah hati anda juga susah hati. JikA anda sendiri seorang Bos, anda kena maki dari bos yang lebih atas, dan salah seorang staff anda tampil ke depan dan membantu serta ingin menyelesaikan rasa sedih anda itu, bagaimana perasaan anda? Sudah tentu terharu dan akan terus ke lubuk hati bukan. anda akan selalu mengingati staff berkenaan berbanding dengan yang dah angkat kaki , cuci tangan dan cabut. Siapa yang tidak sayang pada staff yang ingin sama sama mati di medan pertempuran.

Pada staff Jabatan Canselori UTEM , thank you for your support.

Pada The One, komen anda dalam Seringgit ke Seribu , agak praktikal. "Nothing can be be gain in shorcut"
Komen yang juga amat menarik dalam OUT OF ORDER, "Kaunter hospital sekarang paling sibuk dengan urusan rawatan sakit jiwa" it's true. Saya sendiri pun saksikan. Ramai yang sekarang nampak smart tetapi mentally disturbed. It could be due to various causes. Ada dua, Internal dan External. Kerana diri sendir dan faktor luaran. Thank you. Nice words " Psychological Hazard". Nampak nya The One expert juga pasal Safety and Psychological ,atter ya.

Encik Azaman, komen anda dalam out of order, memberikan mesej yang bermakna. Selain daripada berkongsi pengetahuan , blog ini juga dapat mengetahui kehebatan kehebatan individu individu lain dalam rutin mereka sendiri. Ya , Insyaallah, nanti saya lakarkan case study untuk Super Woman , Pn Sonia. Kira hebat juga dia ya. Thank you.
Encik Azaman, mamak kat seksyen 20 Khulafah tanya, bila nak datang minum? Ha ha ha.

Pn Noor Jahan , nanti kalau ada training di tempat Pn, Masterji will also include Transformation subject. Benda baru.
Thank you.

Pada pembaca yang lain, thank you for your time dan jangan lupa adjust your tune

Friday, January 28, 2011

Let's Twist again

"Come on everybody,
Now you ' re looking good,
I'm gonna sing my song and won't take long,
We gotta do the twist and it goes like this,

"Come on let's twist again like we did last summer,
Yea, let's twist again like we did last year.......,


Yes! let's twist again and we go for it. Apa khabar teman teman dari Jabatan Canselor? Harap anda semua sihat. Tuan Zainal and Cik Hidayah , thank you so much for your support and invitation. Saya harap anda semua terhibur dan belajar. Saya juga begitu gembira berada di sana tempoh hari. Ingat tajuk taklimat kita? PENERAPAN BUDAYA KERJ CEMERLANG MENERUSI STRATEGI TRANSFORMASI.

Aha , jangan lupa Transformasi bermula daripada perubahan minda dahulu, Berubah , Berubah, Berubah! Saya mesti berubah, bila saya berubah, tempat kerja akan turut berubah! Throw out traditonal working methods, and think of how a new method will work and not how it won't!

Taklimat yang cukup meriah dan disertai oleh para peserta yang begitu pro active dan punyai semangat kerja yang kuat. Tuan Zainal, anda seorang yang jelas tentang maksud transformasi! Cik Hidayah, you have organized transformation preparation session actually and not a "Taklimat". You had pushed and ensure me to meet your organization target effectively. Great! Thank you. Terimakasih juga pada "Cik Normala Samsudin dan Fasha Sandha " kerana menolong membuat persiapan.

Saya tumpang berbangga dengan Universiti Teknikal Malaysia Ayer Keroh Melaka, punyai hasrat untuk melangkah kehadapan dengan penuh pengetahuan dan kemahiran. Jabatan Canselori, anda sekarang adalah samurai samurai yang harus menjadikan Transformasi sebagai kenyataan! Segala step telah di berikan. Ingat, Throw out Traditional way of working methods , think of how a new method will work, not how it won't dan Impossible to possible. ! and the first step in Transformation is 5S!

Taklimat di mulai dengan ice breaking yang rancak, ramai juga ada bakat Rock and Roll King and Queen. Ha ha ha.
Burn your boats and Do it Now! My last request... Masterji will be with you again and very soon till then EXECUTE YOUR MISSION EFFECTIVELY.

YEAHHHH...Let's twist again....twist with Masterji


Yeahh...Let's twist again, and you done better than Masterji...waw!


Yeahhh...Let's twist again and now everyone twist....


" What is transformation"? ...
"Tell me guys. Talk something that everyone understand and don't do it because the words sounded big and we make changes because for improvements and not because of wording".. Masterji said.


Handsome, salah seorang Champion yang menang taklimat transformasi. Dapat reward dari Masterji. Tahniah.


Fokus dan sudah mendapat idea transformasi....
Rozita Che Wan dan rakan.



"Napleon besar ni aje, tapi boleh takluki Eropah"
"No and don't accept excuses to success"


Tuan Zainal..." Kita akan pastikan transformasi di laksanakan"
Great. Ketua yang tinggi semangatnya dan jelas visinya.

Good luck and do it now!


Pn Noor Jahan, thank you so much for your comments ya, Ha ha ha Sivaji Ganesan tu pelakon lama dan veteran. Memang lakonan dia amat menarik terutama babak airmata. Aiseymen, ni mesti darah ada campuran. Theva Magan adalah salah satu cerita beliau yang success! Bagus . Menjadi seorang HR Manager, pengetahuan dalam pelbagai kebudayaan adalah advantage. Teruskan.


Komen Pn Noor Jahan amat mantap! ya benar, stress harus di luah kan, di kongsi dan jangan simpan nanti meletup macam Bom. Pn seorang HR Manager, sudah tentu Pn mahir dalam bidang ini.
tempoh hari pulang dari First AID Training di tempat Puan, Training cordinator dan my quality management subject specialist saya Cikgu Pn Saniyah Kadir dah jadi Doktor. ha ha ha. macam macam perkara yang dia pelajari dari program berkenaan. Macam Doktor dia explain kat saya. Rupa nya masa kecik dulu memang dia nak jadi Doktor. Kena jaga program hari berkenaan maka terus lah kira dia dah jadi Doktor sepenuh nya. Ha ha ha.

Dia ada tanya saya , di mana kedudukan jantung, dan saya salah tunjuk. Dia tunjuk kan posisi yang sebenar nya. Nasib baik saya tak kata kat kat pokok pisang ada jantung.

Dia juga advise pada Bos nya proses sebatang rokok di buat dan apa bahaya Nikotin. dalam report ada peluru. Ha ha ha. Sekarang saya susah hati dah, takut my quality trainer tukar profession jadi Doktor, hancus saya. Tapi cara Pn Saniyah explain, saya dapat bayang kan trainer dan program itu bagus.

Pada Pn Saniyah aka Sonia, sharing anda tentang rutin kehidupan harian nampak mencabar. Ya benar , itu juga stress. Benar kata anda kita harus bersabar. Lama kelamaan akan lali dengan stress berkenaan. Dan ada ketika nya anda kata anda tidak membenarkan stress menembusi fikiran terutama ketika memandu dan sebagai nya. Bagus, anda berjaya. Ya kita juga harus menghindari suasana dan orang yang bisa berikan stress pada kita.

The One, key word anda juga cantik, stress is a silent killer, ayat anda buatkan saya terfikir, ya penyakit ini makin meningkat. Something must be done before it's late. You can smell what the Rock is Cookin huh man... now you are much different!

Pada Tuan Zainal dan Pn Hidayah dari Jabatan Canselori , Universiti Teknikal Malaysia Melaka, saya ucapkan ribuan terimakasih atas layanan yang di berikan semalam. Saya gembira berjumpa dengan anda semua. Transformasi bermula dengan perubahan minda! Masih terbayang di mata saya aktiviti "Let's twist again" dan ragam ragam peserta semalam. Thank you. Insyaallah sehari dua nanti saya masuk kan dalam blog ya.


Pada yang lain terimakasih kerana sudi membaca blog ini. Harap blog ini bukan sahaja berjaya dari segi kuantiti pembaca malah kualiti yang akan di hasil kan dari blog ini. At the end of the day, bila ke sana , we will be asked for effectiveness and not only quantity. Thank you.

Insyaallah kita sama sama berusaha.



Ok guys....Tuan Zainal and anak anak...let's go back to memory and twist agai orait....,
THAT'S WHAT I LIKE JIVE BUNNY AND THE MASTER MIXERS.

Monday, January 24, 2011

OUT OF ORDER


"This machine is temporary out of order!"
Pernah lihat atau terbaca. Ya sure. Signboard atau indication akan di pasang pada machine atau equipment yang sedang di perbaiki atau rosak. Rosak kerana tidak boleh berfungsi secara normal. Rosak kerana pelbagai sebab. Machine senang di baiki tetapi kalau manusia, bagaimana? Yang pasti kita tidak boleh meletak kan apa apa indication atau signboard " This person is out of order ".

Tempoh hari Masterji melawat wad rawatan jiwa di sebuah hospital. Banyak perkataan Disorder yang saya dengar. Rupanya ada macam macam penyakit Disorder.

Ada satu poster yang menarik bagi perkongsian bersama. Memang lumrah membawa buku nota kecil kemana mana lantas saya tulis apa yang saya baca supaya kita bersama dapat mempelajari nya sekarang sebelum out of order!

PUNCA STRESS.
1. Masalah kewangan.

2. Menunggu lama.
3. Konflik rumahtangga.
4. Kena buli .
5. Rasa rendah diri
6. Beban kerja
7. Penyakit Fizikal.
8. Traffic Jam
9. Persekitaran yang tidak selesa.
10. Tragedi.

GEJALA STRESS

1. Gelisah
2. Risau keterlaluan

3. Gangguan tidur
4. Kurang tumpuan kerja

5. Cepat marah.


AMAL KAN 10 B

1. Bertenang

2. Bernafas dengan dalam.

3. Berkata pada diri dan pujuk diri "RELAKS LAH "
4. Bercakap dengan seseorang ( Biar yang tepat dan betul )

5. Beribadat / Beramal/ Bersembahyang.

6. Berurut
7. Berehat.

8. Beriadah

9. Bersenam
10. Berfikiran positif.

Hah! itulah yang ada kat poster tu. Sekarang trend stress meningkat. Cabaran makin banyak dan keyakinan diri serta kawalan harus lebih kuat dan teliti.

Macam macam kes yang saya tengok. Kena tipu, Kena ugut, Kena aniaya, kena pukul dan macam macam lagi. Ada seorang remaja yang terganggu kerana di buli di sekolah atas isu minggu suai kenal. Orientasi. Simpati terhadap diri nya. Minggu suai kenal bertujuan murni bukan menyakiti antara satu sama lain. Minggu suai kenal ibarat anda sebagai pekerja baru yang baru mula bertugas dan harus kenal mengenali antara satu sama lain untuk menyenangkan kerja dan kurang rasa bimbang di tempat baru. Ini di katakan Famialirization period. Bukan nya nak tahu siapa bapak samseng di asrama itu dan betapa samseng nya Bapak samseng berkenaan.

Ada yang suruh cuci kasut, ada yang suruh cuci pakaian dalaman , ada yang suruh buat benda yang pelik pelik. Ini sudah melampaui batas. Ragging yang kejam.

Konsep asrama ini sebenarnya murni. Asrama asalnya adalah untuk anak anak pandai tapi ibu bapanya kurang berupaya dan miskin , maka di berikan peluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan yang tertentu seperti sistem pembelajaran yang lebih baik dan keadaan yang tidak naif. Asrama juga dapat melahirkan individu yang berdikari.
Tetapi acara ragging atau buli yang keterlaluan bisa membuatkan anak yang baru belajar mengenali hidup boleh tersasar jauh.
Apa pun anak kita akan ke asrama juga satu hari nanti, Kalau dulu kita membuli sekarang berdoa jelah.. U get what U give.

Aha, itu salah satu kisah yang ada kat situ, ada banyak lagi. Anyway,tiap pagi kita warm up kan kereta kita agar tiada breakdown atau kereta tahan lama. Setiap pagi kita lakukan begitu.

Apa kata kita juga warm up kan diri kita , semangat kita dan fikiran kita pada permulaan hari. Kita mulai dengan kesyukuran selepas bangun tidur, dengan doa doa yang sesuai, bersihkan diri kita, bergurau dengan anak isteri atau rakan rakan kerja dan rutin rutin ibadat yang harus di amalkan.

Rancang lah plan warm up kita sendiri di permulaan hari supaya kita tidak stress. Kalau di kaji secara mendalam, setiap ahli keluarga kita mungkin ada yang punyai masalah stress. Bila pagi, Bapa harus keluar bekerja dan mungkin aktiviti pekerjaan hari itu ada banyak cabaran dan mungkin kena mengadap Boss di sebabkan masalah kerja , so Bapa stress.

Bila pagi, Ibu harus menyiapkan makanan, membasuh, mengemas, menghantar anak ke sekolah dan pelbagai rutin kerja harian dan belum masuk part Ibu yang juga bekerja dan bukan surimahtangga. Yang jadi surirumahtangga pun stress apatah lagi yang keluar bekerja. So Kaum Ibu juga stress.

Bila pagi, anak anak , kena bangun awal, pergi sekolah, balik sekolah biasa pergi sekolah ugama, balik sekolah ugama pergi tiusyen, balik tiusyen kena buat kerja sekolah di samping itu mungkin membantu ibu atau bapa di rumah, so anak anak pun stress.

Therefore, kita mesti ada cara untuk menangani masalah masalah stress harian ini. Wujudkan lah suasana riang walau lima minit di dalam keluarga. Mungkin dengan makan malam bersama atau adakan hari roti canai, hari teh tarik, hari menonton TV bersama sama, hari jenaka dan macam macam lagi. Dulu, saiz rumah kecil , ada dua bilik sahaja maka ruang untuk berkomunikasi dan bersama keluarga besar tetapi hari ini, kemewahan punyai saiz rumah yang besar mungkin telah meragut kemesraan kita dengan anak anak. Anak anak lebih suka bersendirian di dalam bilik masing masing. Hidup menjadi lebih private. Ada yang makan di dalam bilik sahaja tidak bersama Ibu dan Bapa.

It's good to make time to make success but it's also good to make time to make happiness!.

Apakata Pn Noor Jahan? ada tips tak?
Encik Azaman masih practice, roti canai day lagi ke?
The One bagaimana anda memula kan hari anda ?
Pn Sonia , macam mana buat warm up untuk fikiran, semangat, dan hati setiap hari mungkin ada tips yang sesuai?

Terima kasih pada semua komen yang di berikan. Ha ha ha, ada yang minta Masterji masuk SKS, melihatkan tulisan entri Seringgit jadi Seribu.

Pada yang lain thank you so much for your support. Untuk Universiti Teknikal Kemahiran, Melaka, see you guys , somewhere this week.

Friday, January 21, 2011

Seringgit ke Seribu! (SKS)


"Seringgit boleh jadi seribu ringgit! "..."Apa lagi yang anda tunggu maka ayuh lah kita sama sama menjadi kaya. Kaya seorang tak adil,.."

"Saya tak mahu kaya sorang sorang , kita harus kaya bersama, ada ramai orang susah di sana, kita boleh bantu dan jadikan mereka kaya! Ingat kita boleh jadikan mereka kaya! Kaya ! "..

"Ingat dalam masa sekelip mata seringgit anda boleh jadi seribu dan kalau anda kerja lebih sikit mungkin boleh jadi sejuta! Berapa? Sejutaaaaa...dengar tak?

"Sejutaaa!!!!....Kalau kita kerja , belum tentu gaji kita boleh dapat banyak tu.....Saya pasti kita tak dapat banyak tu. "

"Daftar lah diri anda, dan jangan ingat anda daftar sebagai partner tetapi sebagai bakal orang kaya, bakal penolong dan pembasmi kemiskinan, bakal penyelamat, dan bukan susah untuk mencapai nya,"

"Hanya isikan sehelai borang dan anda telah menuju ke lorong kekayaan, kemewahan dan dunia baru! "

"Dunia yang indah, dunia yang bakal membuatkan anda di puja kerana membasmi kemiskinanan, dunia yang anda akan perolehi segala nya, seperti kereta mewah boleh empat pintu atau dua pintu boleh ada bumbung dan boleh tanpa bumbung! , rumah bak istana bersama orang gaji , taman bunga subur dengan haruman pelbagai bunga, kolam renang untuk bersantai, dan anda hanya perlu berusaha 10 jam sahaja seminggu berbanding dengan waktu kerja 8 jam sehari kali dengan 6 hari seminggu iaitu 48 jam! 10 jam untuk pendapatan yang melebihi 48 jam ! Saya pasti lebih!"

"Saya tak mahu suruh tepuk dada tanya selera, kerana saya mahu anda tepuk tangan kerana anda akan jadi senang, kaya dan bakal mencipta sejarah! " ..."Tak guna asyik tepuk dada tanya selera"... "Tepuk lah tangan anda kerana anda sedang menujui ke arah nya! Arah yang anda akan lihat wang di ATM machine bertambah dan tidak sekali kali berkurangan! ".." Kalau dulu dua minggu sekali, sekarang 2 hari sekali pun boleh tekan tekan"!

"Dengan sekeping borang ini, anda akan dapat memegang cek !".."Bukan sekali tetapi kerap kali"!
"Buka akaun bank anda sekarang, dan bila anda membuka akaun anda, fikir kan lah ia sebagai pintu kejayaan dan bukan sekeping buku akaun semata mata! "

"Ingat, Bukan buku bank tetapi nama nya ialah Ringgit In ! " .....
"Ingattttttttttt Ringgittttttttttt Innnnn.....Ok!"

"Dengan sekeping borang dan lima minit sahaja untuk dipenuhkan anda sudah ke arah pintu Ringgit In! Dan bukan baru bermula!" " Sudah Hampirrrr..."!

"Tiada paksaan berapa patut anda laburkan, kerana kejayaan bukan lah journey tetapi satu destinasi! Kita harus cepat sampai ke Destinasi"! "Untuk sampai cepat, anda harus cepat !".... "Sebenar nya ia bukan pelaburan, perkataan pelaburan tidak tepat tetapi ia adalah tiket tempahan ke IMPIAN ANDA"!

"Apa dia?" ..."Ia adalah tiket tempahan ke IMPIAN ANDA"!

"Dan saya pasti tiket itu boleh buat anda ke IMPIAN ANDA kerana anda yang hadir hari ini kelihatan penuh potensi, penuh usaha, dan bagaikan berlian yang kira nya di gilap anda pasti terang dan bersinar malah berlian itu akan kemudian nya akan di puja kerana tidak kaya seorang tetapi bersama!" ..."Anda adalah wira dunia, anda adalah wira yang membasmi kemiskinan diri dan orang lain dan anda sedang menuju ke arah itu!"

Aha ....pernah dengar tak? Amacam , Masterji ada talent tak buat skim macam tu? Ha ha ha , pasti perasaan anda menyala nyala kan?

Tak jangan risau, Masterji tak ajak masuk apa apa skim. Kat atas tu sampel aje.

Apa pun skim mungkin datang dari niat yang baik dan jujur, dan yang pasti nya memerlukan sokongan dan sumbangan daripada ramai orang. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang dan ada yang asyik bertukar tukar dari satu MLM ke satu MLM lain.

Masterji tak halang cuma beri pesanan agar berhati hati dan sebagai bakal pelabur atau ahli anda boleh lah buat pemeriksaan awal tentang kewujudan sesuatu syarikat itu dan kesahihan nya. Ahli keluarga yang lain atau yang terdekat harus lah pantau dengan dekat kerana akibat perasaan yang menyala nyala itu atau pun wang pelaburan untuk tempah tiket ke IMPIAN ANDA itu lebur dan tiada pulangan walaupun satu sen, anda atau ahli keluarga boleh jadi "Fius Blow", datang kan masalah stress dan abnormal. Akibat dari perasaan yang menyala nyala kalau tidak di kawal bisa mendatang kan banyak masalah. Berangan berkaitan impian tak salah, tetapi pastikan waktu sembahyang kita tepati dan imbangkan angan angan dengan ibadat kerana dikhuatiri akibat terlalu banyak mengikut angan angan nanti banyak benda lain yang masuk.

Mungkin ada yang mengeluarkan seluruh simpanan untuk menempah tiket ke IMPIAN ANDA . Mungkin simpanan untuk tujuan perubatan diri sendiri, simpanan untuk perkahwinan anak, simpanan untuk pelajaran anak, simpanan untuk pembedahan isteri atau suami, atau simpanan untuk membeli sebuah rumah kecil dan kereta kecil demi permulaan sebuah kehidupan. Maka buat lah pertimbangan dan pemeriksaan yang sewajar nya sebelum melabur atau menjadi ahli. Setiap keputusan hidup kadang ada baik ada buruk nya. Jangan bersedia menerima yang baik sahaja tetapi bersedia lah menerima yang buruk dan jangan lah jadi stress. Bila anda stress ramai yang ahli keluarga anda yang susah. Kalau sudah berkahwin , suami, atau isteri dan anak anak yang terlibat dalam masalah stress anda , akan susah dan sedikit sebanyak berasa malu.

Berangan nak jadi kaya tak ada masalah, cuma berhati hati dek akibat terlebih berangan bisa buat kita terus terusan dalam angan angan sahaja dan dah tak kenal sesiapa lagi.

Benar kalau boleh kita ingin jadi yang teratas, tetapi kalau tak boleh, cari yang paling buruk dan bersyukurlah kita masih lebih baik daripada yang terburuk.

Mungkin ada banyak masalah hutang dan ingin cari jalan penyelesaian segera. Maka tempah tiket ke IMPIAN ANDA jadi sandaran. Kadang kita harus berbelanja mengikut poket kita. Jangan risau pandangan jiran tetangga atau saudara mara, yang mengatakan kita miskin lah, rumah kecik lah, kereta kecik lah kerana apabila anda terlantar di hospital kerana terlalu stress atau kuat bekerja kerana nak langsaikan hutang yang sekadar nak bertanding dengan jiran atau nak dapatkan pujian daripada saudara mara atau lain lain , akan hanya ada yang tersayang sahaja di sisi bukan pemuji. Yang susah pun adalah anda dan keluarga anda. Tanpa ketenangan , prestij hanyalah pembaziran dan apa guna rumah bak istana jikalau tabiat tiada kemuliaan.

Memanglah hidup kena berhutang, tetapi hutang yang wajib , hutang yang masih boleh buat kita tenang untuk melalui kehidupan seharian bersama keluarga, beribadat dengan selesa tanpa gangguan fikiran dan sedikit keriangan dalam diri kita.

Kalau kita tak mampu nak pakai kereta besar, pakai lah kereta yang kecil , Malaysia telah menyedia kan pilihan kereta yang pelbagai mengikut taraf dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia. Perkara asas nak pakai kereta ni adalah untuk mudah membawa anak atau isteri kira nya sakit di tengah malam, sewaktu hujan lebat, ataupun tak perlu lah kita berpanas. Itu Nawaitu asas untuk kita berkereta bukan sebagai tayangan taraf kehidupan. Kalau tanya dengan Masterji, tiada ada apa yang boleh dibangga kan kerana kita rasa syok nak tayang kereta besar atau yang special sikit tetapi kita lupa ada yang lebih kaya dah pakai Helikopter, so tak kan kita nak berhutang lagi untuk beli Helikopter pulak. Ibu Bapa di kampung masih dalam kemelut rumah bocor kerana air hujan masuk dalam rumah tetapi kita , dengan special car kita ke hulu hilir. Hutang bertambah dan kita jadi susah.

Mungkin ada ramai kaum isteri yang bekerja sudah tak sihat atau punyai sakit yang kronik. Harus menjadi surirumahtangga untuk berehat tetapi harus bekerja untuk menampung hutang hutang yang tak sepatut nya. Ini buatkan mereka akan terus lemah dan tidak sihat. Mungkin kita boleh pertimbangkan. Memang hutang tak dapat lari daripada kehidupan manusia , tetapi berhutang lah dengan kemampuan poket kita.

Di akhir hari, apa yang sebenar nya kita mahukan dari kehidupan ini. Kemelut atau kebahagiaan.

Entri hari ini, kita belajar bersama ya. Untuk diri saya juga sendiri.

Nak masuk apa skim pun terpulang , cuma adakah ia sesuai pada kemampuan anda dalam menangani risiko. Kalau menjadik ok, kalau tak ? Kalau anda bersedia melihat yang baik dan belajar lah bersedia menerima yang buruk. Itu sahaja pesanan Masterji.

Pn Noor Jahan terimakasih untuk komen dalam entri Last Minute. Ha ha ha Ramai yang call Masterji dan gurau pasal tu.

Cantik petikan perkataan Pn Noor Jahan dalam komen tu, Last Minute job harus di hapuskan. Thank you.

Pada yang lain, Masterji ucap kan terimakasih kerana sudi membaca dan luangkan masa.

Wednesday, January 19, 2011

Me & Sivaji The Boss



Kali ini cerita tentang konsep 1Malaysia

"Rafi...hei man, I made it you know"!... A call from one of my best friend and always admired me in teaching and Domestic Inquiry styles.

Few days ago , Kuna or his full name Kunasekran Karuppiah called me to inform he got it. He has planned it 5 years back. Told me 5 years back that he would be standing besides India film Superstar Rajni Kanth one day. Is his mission.
Kuna amat meminati aktor tersebut. Baru baru ini beliau ke India dan berjaya mencapai impian nya. Bergambar dengan Superstar yang beliau minati. Dulu , di dalam dompet nya terletak gambar beliau dan gambar superstar berkenaan secara berasingan tetapi sekarang sudah menjadi satu.

Dulu sewaktu bercerita tentang impian nya, saya sering membakar beliau, "mana mungkin Superstar yang hebat ingin bergambar dengan awak"..., "Impossible " kata saya pada nya beberapa tahun dahulu.
Beliau senyum dan kata pasti suatu hari nanti. Sure kata nya.

And of course, he made it finally. Dia terus call saya dan kata sekarang kena panggil dia Kuna The Boss kerana dia sudah bergambar dengan Sivaji The Boss. Ha ha ha. Any way , to Kuna the Boss , Congratulations. You achieved your plan and dream. Kuna terlalu gembira dengan pencapaian nya.

Kuna ini seorang atlit sprinter, pantas orangnya. Satu perkara yang bagus lagi dan menghairan kan saya tentang dirinya ialah ,beliau punyai sakit lelah yang kronik tetapi tak pernah MC dan rekod MCnya bersih. Beliau selalu kata " If we think that we are sick , we will be sick but if we think that we are healthy and we will be healthy". Dia buktikan benar. Benar kerana dia seringkali menang acara pertandingan larian dan selalu menjadi juara. Orang sakit tapi bisa jadi juara. 2 tahun lagi umur nya ialah 50 tahun.
Itulah gambar Superstar Rajni Kanth yang terbaru. Amat berbeza dengan filem filem terbaru yang di lakon kan nya. Apapun Superstar berkenaan masih laku dan filem nya selalu box office.

Entri hari ni simple, bila ada impian harus berusaha dan mencapainya dan fikirkan anda kuat, dan sihat . Dalam situasi Kuna, apa keuntungan dari impian berkenaan tak pasti tetapi mungkin dari kepuasan. Juga tertarik dengan slogan kesihatan nya.

Terimakasih pada semua komen yang di berikan. Ha ha ha entri semalam Last Minute buatkan ramai kekawan rapat yang call , mereka ketawa dan kata itu kalau 30 minit kalau 5 minit lagi haru biru. Depa kata checklist yang bagus.

Tuesday, January 18, 2011

Last Minute


Hari ini anda berjumpa Doktor dan anda di beritahu anda cuma ada masa satu jam lagi untuk meninggal dunia.!
Apa yang anda akan buat? Hanya ada masa satu jam sahaja lagi. Bayangkan.

Apa yang akan kita buat? Mungkin perkara pertama kita akan menelefon semua yang tersayang dan beritahu mereka betapa sayang nya kita pada mereka. Betapa kasih nya kita pada mereka. Masa satu jam amat terhad .

Mungkin baru lah kita ingin beritahu isteri dan anak anak kita dimana lokasi dokumen dokumen penting kita seperti: surat nikah, geran tanah, buku bank, dokumen insuran nyawa, segala pending hutang, surat harta pusaka, geran rumah dan sebagai nya.

Mungkin baru lah kita tergesa gesa mencari lawyer atau ke pejabat tertentu untuk meletak kan nama waris yang paling latest.

Mungkin baru lah kita mencari isteri dan anak kita untuk di cium kerana selama ini begitu sibuk dan busy all the time.

Mungkin baru lah kita teringat untuk bersedekah kerana selama ini sanggup ke tempat hiburan dan berhabisan ratusan ringgit tetapi bila derma atau bersedekah hanya satu ringgit.

Mungkin baru lah kita mencari manusia lain untuk memohon maaf, manusia yang pernah kita nodai kehidupan nya, kita aniayai masa depan nya, kita jahil kan fahaman nya , kita ambil kesempatan atas kelemahan nya, kita aib kan maruah nya, kita ugut ketenteraman nya, dan kita terus menerus menyiksa nya walaupun airmata nya telah bergelimpangan keluar memohon nyawa dan kebebasan .

Mungkin baru lah kita dengan segera dan berlinangan airmata pulang ke kampung untuk melawat Ibu dan Bapa kita yang selama ini jarang kita lawati dan berikan bantuan sebagai seorang anak.

Mungkin baru lah kita terfikir , aduhai rugi nya hidup ini kerana tiada apa yang aku capai melainkan menjadi masalah dan bebanan pada orang lain.

Mungkin baru lah kita membeli sejadah, buku sembahyang , mencari surau atau masjid dan belajar mengucap.

Mungkin baru lah kita sedar siapa yang setia dan siapa yang tidak. Siapa yang menangisi dan siapa yang ucapkan all the best and good luck to next level of life.

Mungkin barulah kita risau di office ada banyak maklumat maklumat peribadi yang tak sepatut nya di simpan tetapi untuk mengelak kan dari pada pengetahuan keluarga , laci meja office jadi sasaran.

Mungkin baru lah kita panik , selama ini 90 peratus kehidupan di habiskan untuk mencari glamer, 5% untuk keluarga dan 5% peratus lagi untuk amalan kebaikan.

Mungkin baru lah kita teringat yang pasangan hidup kita suami atau isteri tak tahu nombor kad ATM machine dan tempat simpanan nya kerana selama ini kita hanya berkongsi kamar tidur tetapi dompet wang, telefon bimbit, adalah hak dan rahsia masing masing konon nya. Ini lagi haru biru.

Mungkin barulah kita sedih kerana kita terlalu banyak membantu orang lain sedangkan kakak, abang, atau adik kita yang dalam kesusahan, keperitan hidup tak pernah kita tanya pun bagaimana harus kita bantu dan kita hanya jadi penonton sahaja.

Mungkin baru lah kita terkenang pengorbanan ibu bapa kita, abang kita dan yang lain lain tetapi tak sempat untuk menghargai atau membalas nya di sebabkan lupa diri, pentingkan diri dan punyai sikap "SO WHAT".

Mungkin baru lah kita sedar ada banyak sikap haiwan dalam diri kita walaupun kita ini adalah manusia yang sepatut nya punyai akhlak dan tabiat yang baik.

Aha ada banyak kemungkinan kan.. dan macam mana? FUhhhh... banyak kan. Itu kalau satu jam, kalau 30 minit macamana? Lagi panjang fuhhhhhhnya kan. Jadi kita pun tak pasti berapa lama masa yang kita ada maka jangan lah tunggu sampai satu jam lagi , mula kan lah hari ini kerana anda mungkin sempat!

Entri ini untuk kita sama sama belajar ya. So jangan tunggu last minute ya.

Aha terimakasih untuk semua komen. Tergelak saya baca komen Pn Noor Jahan nak pi attack shift malam. Rajin ya. Kalau zaman saya dulu attack shift malam, security saya pun tak tahu saya ada dalam kilang. Tak mahu ada kebocoran maklumat. Satu benda saya belajar daripada Chow Yuen Fatt dalam filem Killer, never share the direction of your bullet. Apa pun bagus ya, rajin datang shift malam. Spotcheck. Remove the time wasters so that we may move faster and stronger. Ya betul mesti ada strategy.

Terima kasih pada adik Ana yang hantar sms pagi pagi untuk entri semalam, Jambu. Sedih ya... tak pa itu adalah contoh hidup yang baik ya dik.

Terima kasih juga pada yang lain kerana membaca blog ini. Ingat ya , we have plenty of time and don't wait till last minute......

Monday, January 17, 2011

Jambu


"Yeh, yeh yeh yeh...Jambu tak ada bapak yeh yeh..."
Sekumpulan kanak-kanak nakal mengusik-usik Jambu, mereka kemudiannya ketawa berdekah-dekah, mereka mengejek lagi setiap kekurangan yang ada pada diri Jambu. Jambu hanya diam, langsung tidak menjawab, apatah lagi mahu membalas usikan dan ejekan tadi. Budak-budak nakal itu mengejek lagi, menghina lagi si Jambu.
Mereka ketawa lagi, menjejer air liur kerana terlalu suka mengejek Jambu. Bagi mereka usikan dan ejekan itu satu permainan yang mendatangkan kepuasan.
Jambu? Hatinya pedih tetapi dia cuma diam, dia cuma membatu.

"Kak, kenapa mereka hina kita Kak"? Kenapa mak bapak kita tak nak terima kita Kak"? Jambu sedih dan sakit hati dengan ejekan mereka Kak". Jambu mengasak sambil mengunyah makanan yang di suap oleh kakaknya, Pah. Dalam dunia ini, Jambu cuma ada Kak Pah, hanya Kak Pah tempat dia bermanja, Kak Pah adalah ayah, adalah ibu dan segalanya untuk Jambu.
Jambu yang berpakaian seragam sekolah sedang menyusun buku buku darjah empat ke dalam beg lusuhnya sambil di suapkan makanan oleh kakaknya.

"Jambu jangan layan mereka ya dik, nanti penat mereka berhentilah" Kak Pah yang sedang menyuapkan makanan ke mulut Jambu hanya boleh bersabar dan airmata kesedihan menitis di matanya. Simpati pada adik lelakinya, Jambu. Jambu nama timangan di berikan oleh Atoknya. Di rumah itu hanya ada, Atok, Kak Pah dan Jambu.

Kak Pah duduk termenung di tabir pintu menghantar pemergian adiknya ke sekolah dengan mata yang sayu. Atok keluar bekerja membanting tulang sebagai seorang "Jaga" kilang beras.

Masih jelas terbayang di fikiran Kak Pah. Ibu bapa mereka telah bercerai dan masing masing telah punyai keluarga lain. Ibunya telah berkahwin lain, bapanya juga telah berkahwin lain. Kak Pah dan Jambu di tinggalkan pada Atok untuk di jaga. Kak Pah dan Jambu adalah anak masa silam. Berbekalkan alamat yang diberikan Atok mereka, Kak Pah dan Jambu dapat menemui ibu dan bapanya.Kini ibunya punyai keluarga lain dan hidup dalam keadaan yang lebih mewah. Rumah besar, ada kereta besar, kehidupan yang begitu selesa, juga anak anak bersama suami baru yang begitu manja dengan ibunya. Begitu juga bapanya. Tetapi Kak Pah harus berhenti sekolah dan bekerja untuk membantu Atok dan adik nya.

Kedatangan Jambu dan Kak Pah tidak mendatangkan kemeriahan bagi mereka. Baik Ibu atau Bapa nya sudah ada kehidupan baru dan bahagia. Kehadiran mereka mungkin bisa mendatangkan musibah dalam kehidupan baru mereka nanti. Kak Pah sedar. Tetapi tidak pada Jambu. Beliau susah untuk memahami nya. Akal logik Kak Pah dapat menerima yang manusia ada pelbagai walaupun sebagai Ibu atau Bapa.

Bapa nya seorang ahli koparat yang berjaya.
Jambu straight thinker. 1 or 0. Kalau benar itu ibu dan bapa mereka, kenapa tinggal tempat berlainan? Kenapa mereka berdua tinggal dengan Atok? Mesti harus tinggal dengan mereka. Kenapa? Jambu tidak dapat menerima kenyataan itu. Mesti dengan mereka, mesti dengan mereka , mestiiiiiiii...

Kak Pah dan Jambu pulang ke pangkuan Atok dan diberikan jaminan akan dilawat dari masa ke semasa oleh ibu dan bapanya.

Masa berlalu , walaupun tertekan , Kak Pah sedar keadaan tidak boleh diubah, maka dia kena berubah. Tetapi tidak bagi Jambu, Jambu membesar dan banyak menghabiskan masa mencari punca kenapa hidup mereka begitu malang. Kenapa? Jambu tidak dapat menerima keadaan.

Perkataan kenapa juga membesar dan bersarang dalam dalam diri Jambu sehingga dewasa.

Beberapa tahun kemudian dan di satu malam yang agak meriah ,

"Kakk...tangan Kakak ada banyak inai ya"? Tanya Jambu
"Ya dik...jawap Kak Pah dengan senyuman yang manis" Kak Pah akan bersanding keesokan hari. Malam ni Kak Pah berinai. Ya. Kak Pah akan berkahwin.

Dua beradik itu sudah dewasa.

" Akak dah makan ke"? Tanya Jambu
"Belum dik"..juga sambil tersenyum

Jambu datang bersama sepinggan nasi dan segelas air menghampiri Kakak nya yang sedang duduk.
" Kak...ingat tak dulu, waktu kecik kecik, Akak selalu suapkan makanan pada saya kan"?
"Ya dik... Akak ingat". Jawap Kak Pah.
" Malam ni, biarlah saya suapkan Akak ya.. mulai esok, Akak akan jadi hak orang lain dan mungkin kita akan jarang berjumpa kan Kak"?
Kak Pah mengganguk dengan deraian airmata.
Sewaktu menyuapkan makanan ke mulut Kakak nya, mata Jambu juga digenangi air.

Ya mereka sudah besar dan dewasa . Kak Pah akan berkahwin dan Jambu akan meneruskan kehidupan nya sendiri.
Kak Pah berjaya. Sewaktu membesarkan Jambu, Kak Pah bekerja dan belajar. Kak Pah berjaya menjawat jawatan tinggi. Kak Pah berjaya mengubah keadaan nasib nya.

Tetapi Jambu tidak berjaya seperti Kak Pah. Jambu tidak mengubah keadaan malah menangisi keadaan dan masih mempunyai perkataan KENAPA dalam jiwa nya walaupun masa telah lama berlalu.

Walaupun sudah dewasa.
Dari segi umur dewasa tetapi tidak pada perasaan nya. Hati nya masih kuat menderita.

Jambu sering muram. Sering berasa kecewa. Kerjaya Jambu tidak sehebat Kakak nya. Jambu sering kali gagal dalam pertempuran hidupnya.

Apapun sikap dan tingkah laku dua beradik ni, amat lah terpuji. Sungguh bersopan santun, berbudi pekerti malah kalau melihat mereka , amat sukar untuk mempercayai mereka ini di besarkan seperti pokok di hutan.
Tanpa penjaga yang betul dan didikan yang tingg tapi mereka punyai sopan santun yang mulia.

Anak yang lengkap dengan kemewahan dan kasih sayang ibu bapa pun belum tentu dapat menandingi tingkah laku sopan dan etika kehidupan dua beradik itu.

"Kalau zaman kanak kanak ku seperti anak anak lain yang lengkap , mungkin aku juga akan berjaya"....keluhan biasa di hati Jambu.

Talian kasih antara Kak Pah dan adik nya Jambu tidak pernah terputus walaupun Kak Pah semakin sibuk dan sudah berkahwin.

Tetapi tidak pada hari ini. Hari ini, mereka berdua berada di sebuah Hospital. Kak Pah sedang menangis melihat Jambu.

Kak Pah rasakan dunia nya sudah gelap. Kak Pah rasakan dia akan hilang sesuatu yang besar dalam hidup nya. Kak Pah rasakan hatinya bagaikan di hiris sembilu.

Jambu tidak sihat. Jambu cakap sendiri. Jambu amat stress. Jambu menjerit dan tersenyum Jambu menyebut nyebut nama Kakak nya.

Jambu memaki hamun rakan rakan sekolah yang mengejeknya tiada berbapa dan beribu. Jambu kadang kadang kelihatan marah dan kadang kadang tersenyum dan menangis. Jambu bertanya kan Kak Pah yang sedang duduk di sebelah katil nya,

" Awak ada nampak Kakak saya tak..mana dia ya"...tanya Jambu. Jambu sudah tidak cam Kakak nya sendiri. Ya, Jambu sudah sampai ke alam lain. Alam yang hanya dia sendiri yang faham. Alam yang hanya dia sendiri tahu dan nampak.

"Adikkk...ini akak lah...akak...ini lah Kak Pah dik...dik..adikkkkkk..." Kak Pah menjawap dengan linangan airmata.
"Adik...akak sini dik...akak sanggup mati untuk adik, adik sedar lah...kenapa ni dikk...."? " Kenapa dikk...?" Kak Pah ak berhenti menangis.

Kak Pah berfikir, mungkin diri nya berjaya menyeberangi jambatan penderitaan kehidupan mereka tetapi tidak bagi Jambu. Walau pun usia meningkat tetapi Jambu tidak berjaya melepasi jambatan tekanan perasaan berkenaan, dia masih berada di seberang sana. Luka, kecewa dan tiada alternatif lain. Jambu tidak cukup kuat melawan arus dugaan. Jambu tewas. "Adik...malang sungguh nasib mu" kata hati Kak Pah. Kak Pah di selubungi duka dan kepedihan. Yang teramat.

Kak Pah duduk dan memerhatikan Jambu diatas katil. Keadaan Jambu sama. Kadang menjerit, kadang tersenyum dan kadang menangis. Mulut Jambu kadang muncung dan kadang memaki hamun. Tangan Jambu di ikat. Kak Pah tak sanggup melihat adik kesayangan nya begitu. Tidak sanggup.

Bagi Kak Pah , simple. Kalau adik nya tewas dia juga tewas sebenarnya. Dia rasa bersalah pada diri nya. Dia terlalu sayang pada adik nya. terlalu. Banyak kenangan manis dan pahit mereka tempuhi bersama dan kini Jambu tidak mungkin dapat bergurau lagi dengan nya. Kenapa duka sering menyelubungi kehidupan mereka. Kak Pah tiada jawapan.

Kak Pah terus berfikir. Mungkin Jambu pernah cuba menyeberangi jambatan berkenaan tetapi tidak jumpa jalan yang tepat. Jambu kurang semangat daya juang dan akhirnya tewas pada usia yang amat muda.

Dan Kak Pah terus berfikir. Separuh kehidupan nya telah dihabiskan untuk adik nya. Tetapi kini Jambu sudah tak sihat. Jambu tak kenal dia pun. Jambuuuu....kenapa dikkkk...


Seorang jururawat menghampiri kerusi Kak Pah untuk bertanya sesuatu. Kelihatan Kak Pah tengah tidur.
"Cik,Cik...err Cik...boleh bangun sekejap tak , nak tanya sikit pasal adik Cik ni..." Nurse itu cuba mengejutkan Kak Pah dari tidur.

Tiada respon. Jambu di atas katil masih dengan ragam nya. Sekejap marah, sekejap ketawa dan sekejap menangis.

"Cikkk...tolong bangun jap Cik...Cik........" Tiada respon langsung.

Nurse itu menolak sedikit kuat dan Kak Pah hampir terjatuh dari kerusi itu.

"Doktorrrrr......Doktorrrrrrr.......," Jerit Nurse berkenaan memanggil Doktor.

Kecoh sebentar wad berkenaan. Jambu masih dengan ragam yang sama. Ketawa, menangis dan marah. Bercakap seorang.

Mereka memeriksa keadaan Kak Pah. Ketika pemeriksaan dilakukan, Kak Pah sebenar nya sudah lama pergi. Pergi yang tak akan kembali. Kak Pah terlalu rasa sakit atas penderitaan adik nya. Kak Pah sudah tiada.

Jambu tidak sedar apa yang berlaku. Jambu masih dengan ragam dan ketidak puasan hatinya . Alam nya sendiri.

Kini dua beradik berkenaan akhirnya berpindah alam. Sorang pergi dan tak kan kembali dan seorang lagi ...entahlah, tiada kepastian.

Mesej entri hari ini,

Pertama :
Bagi ibu bapa, pengurusan dan kepimpinan yang berjaya bermula dari rumah. Di tempat kerja mungkin kita leader yang paling cemerlang tetapi dirumah mungkin kita pemimpin yang gagal.

Kedua :
Hidup ini penuh dengan cabaran yang kadang ringan dan kadang berat. Maka lalui lah dengan ketenangan dan kesabaran yang tinggi. Kita ada banyak cara untuk mengubah keadaan hidup kita. Lihatlah dunia ini dengan pandangan yang praktikal dan jangan selalu berada dalam kemelut dunia yang cuma kita sahaja memahami nya.
Imbangkan usaha untuk berjaya dan waktu untuk mendamaikan hati.

Ketiga:
Kesulitan hidup akan sering kala menjelma dalam kehidupan setiap manusia. Bila susah kita akan terasa stress. Itu perkara biasa. Cuma yang penting kita harus kawal stress berkenaan dan bukan stress yang mengawal kita.
Bagi yang muda, stress di waktu usia yang masih hijau, amatlah merugikan. Banyak perkara lain yang boleh kita lalui dan dunia ini sebenar nya indah.

Bak kata Pn Sania, kalau kita tidak boleh jadi yang terbaik, jadi yang berguna pun memadai lah.

Terimakasih untuk semua komen yang diberikan.

Hidup kadang sendiri dan penuh airmata,


Friday, January 14, 2011

Attack


Hari ini cerita pasal Strategy of War pulak. Simple dan santai santai ya.
Kekuatan sebenar adalah akal, idea dan strategy. Benar!

HR Manager perlu melaksanakan pelbagai tangkapan atau pun spotcheck.
Salah satu idea yang pernah saya gunakan dulu ialah:

Make a Sound in the east, then strike in the west
In any battle the element of surprise can provide an overwhelming advantage. Even when face with an enemy, surprise can still be employed by attacking where he least expects it. To do this you must create an expectation in the enemy's mind through the use of feint.

Boleh di gunakan untuk menangkap kaki ponteng, kaki gaduh, kaki curi, kaki bakar dan hasut dan pelbagai lagi termasuklah salah guna harta benda syarikat dan kawasan tempat kerja.

Of course in War you must win but to win you must plan how to win!

Thank you for all the comments given. The One kata dalam entri Blunt, "kita macam bateri kena cas selalu."
Benar. Great reminder and easy. The One sekarang tengah prepare untuk last paper. Good luck ya.

Pada yang lain, thank you.

Thursday, January 13, 2011

Ringggggggg.....


Rinnnngggggggg....Rinnnggggg.....Good Morning , this is your wake up call. The time now is......Have a nice day. Wake up call service yang selalu kita guna kan di hotel hotel. Masterji selalu gunakan wake up service bila menginap di hotel ketika ada program latihan. Selain alarm hp, wake up call juga penting bagi saya. In case HP tak function.

Kalau di rumah, selalunya Cikgu Rina (anak kedua , 13 tahun) yang akan kejutkan saya dengan suara seakan wake up call service. Dan saya akan selalunya juga pura pura masih tertidur sampailah beliau kuatkan sedikit suaranya. Kami akan ketawa kemudian.

Aha!... entri hari ini pasal wake up call. Wake up call ini penting.

Rinngggggggggggg...Rinnngggggggg , Masterji speaking, Good day to you, this is your wake up call, the time now is 13th January 2010 and 13 days have passed what have you achieved so far???

13 hari dah berlalu kan..Remember , READY AIM FIRE punya entri dari Masterji? Dah start fire belum. Huh! jangan tunggu tunggu lagi bulan depan ke, 2 bulan lagi ke...kena start. Harus! Sekarang!

Kalau dah ada target bagus tetapi jangan biarkan masa berlalu sahaja. Busy? Busy is no more longer an academic excuses! Semua orang busy. Make time to manage time. Tahu tak, masuk sahaja 1January 2011, adalah garisan permulaan untuk acara 100 meter larian, dan ramai yang telah bergerak dahulu dan terlalu pantas tetapi kita di mana ya? Nanti bila sampai hujung tahun, kita tepuk dahi lagi samaada mengeluh kerana rutin yang sama ataupun status kehidupan tiada perubahan. Ada yang sudah buat beribu ringgit daripada 1 January sehingga hari ini. Kita ?

Masterji ada plan besar tahun ini. 13 hari dah berlalu dan dah buat beberapa perkara untuk plan berkenaan.

Masterji teringat satu scenario di GYM ketika buat exercise satu petang. Seorang pemuda dan saya tengah berborak sambil bersenam. Dia masih baru ketika itu. "Brother , how to make exercise to flattern our stomach"? Saya berkongsi cara cara buat push up. Dia mengikut separuh jalan. Tak pa. Baru mula. " Difficult lah Brother " kata nya.
I told him one thing:
" I can give you the road map but you will have to drive the car and it's you who can make it"

Aha, sama juga yang lain. road map given so many, so please start. Start somewhere and don't worry so much which steps to be taken first, second and so on. Just do it. if you fall, get up back and pick something from your fall because the thing that you picked is expensive lessons in life and could be converted into advantage in days to come! - Masterji

"You must take personal responsibility. You cannot change the circumstances, the seasons, or the wind, but you can change yourself"
- Jim Rohn- America's foremost philosopher.

Hah! ingat ya...Rinnnnnggggggggg, Masterji speaking, this is your wake up call, the time now is 13th January 2011 and 13 days have passed, so.......

Pn Noor Jahan thank you for your comment. Ya , partly yes, I make history for your company but after all is like what I wrote today, I had given the road map and you drive the car perfectly! Syabas!
Ha ha ha, itu bukan Masterji, itu Hitrik Roshan. Hero Filem Dhoom. Sikit hari lagi jadi Hitrik Roshan.. ha ha ha. Part muscle aje kot.

Puan Anita Ahmad, Thank you for your time in reading and support. You like Bruce Lee's quotes very much ya.
Semalam baca entri Blunt.

Pada yang lain, terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini. Dengar cerita sana sini, kata Facebook nak di tamatkan. Tak sure. Pandangan Masterji, apa pun tecnology baru, gunakan lah dengan akal yang logik dan nawaitu yang bersih.

Wednesday, January 12, 2011

Blunt


Shaving Blade mesti tajam. Baru di namakan clean shaven. Hampir setiap hari Masterji kena shaving. Kalau biarkan selama 2 atau 3 hari, bermakna misai dan jambang akan tumbuh dengan pesat nya. Dan kalau selepas dua hari tanpa shaving, pasti kena pakai 2 blade baru lah licin. Kalau tumpul , jawap nya instead of 10 minutes boleh jadi 45 minutes. Makan masa dan lama. Kalau tumpul susah.

Aha ! Begitu juga kemahiran kita. Semahir mana pun , kita harus terus berlatih dan berlatih. Agar kita bisa menajamkan lagi kemahiran yang ada walaupun satu sahaja kemahiran yang kita ada. Raja Bolasepak Pele, mahir dengan bolasepak dan pelbagai permainan lain, maka atas latihan yang pesat, kerap dan bersungguh sungguh, dari satu permainan biasa telah menjadi karier dan kejayaan bagi beliau malah menjadi legenda!

Begitu juga dengan idea untuk buat improvement idea pun kadang kadang elok lah satu persatu atau cukup lah dengan satu tetapi di pertajamkan dari masa ke semasa berbanding dengan terlalu banyak improvement activity tetapi satu pun tak jalan. Kekadang kita lebih sibuk dengan apa yang pesaing kita buat dan kita cuba ikut.

Banyak syarikat yang Masterji pergi dan mereka menunjuk kan pelbagai improvement activity yang mereka laksanakan. Apabila di periksa data dan lapuran, yang paling jelas ialah budget perlaksanaan , dan result cuma dalam progress! Therefore lebih baik satu improvement idea dan dilaksanakan dengan sepenuh nya.

Begitu juga dengan konsep perniagaan, mungkin kita punyai banyak wang dan penasihat yang sedia menghulurkan idea untuk memulakan perniagaan. Boleh dimulakan tetapi adalah lebih baik kita berniaga berlandaskan apa yang kita mahir. Use one strength to fullest and you can make money!

"I Fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times",
- Bruce Lee.

"Give me six hours to chop down a tree and I will spend the first four sharpening the axe"
- Abraham Lincoln.

Terimakasih untuk semua komen yang di berikan. Dr Az, ha ha ha, thank you tetapi Masterji tak sempat nak pi konsert Zack, Jamal Abdillah cuma ikut progress melalui surat khabar. Apa pun di umur 51 tahun beliau tetap gagah dan konsisten. Yes Zack tetap Zack.

Jangan lupa, tajamkan kemahiran anda walaupun satu!

Tuesday, January 11, 2011

Hero!




Hero tu penting!

Sejak kebelakangan ini, Heroin pun dah makin ramai. Betul tak Pn Noor Jahan ? Filem The Tourist yang Masterji tengok tempoh hari pun pakai heroin.

Sabtu lepas , selepas training program singgah di MPH Subang dan tertarik pada sebuah buku, Woman on Top. Terus call Pn Sonia suruh beli dan dia dah beli. Buku yang yang amat cemerlang. Pelbagai kisah kejayaan pemimpin wanita Malaysia. Strategy dan konsep falsafah mereka cantik! Cik Fame kita dan pengikut blog wanita lain pun kena lah beli...ha ha ha. Yang lelaki pun boleh juga beli malah bagus untuk di jadikan bahan motivasi untuk isteri, anak perempuan supaya mereka tahu dalam dunia ini, kaum wanita ada pelbagai options yang berkesan demi kemajuan diri.

Kita sebagai lelaki sendiri pun patut baca!. Benchmarking yang bagus.

Apa pun, heroin ke hero ke , amat lah penting dan diperlukan.
Kalau dalam movie, bila ada scene yang cemas, marabahaya , akan muncullah hero untuk selamatkan keadaan ataupun nyawa. Bila kita tengok scene cemas, kita ikut terasa bimbang, cemas dan mengharapkan keadaan akan cepat di selamatkan dan...yes! here come the Hero to save the situation. Hero yang datang dengan gaya tersendiri, rupa yang menarik dan gagah, serta berani! Tak kira lah filem apa pun tetapi mesti ada Hero. Hero akan selamat kan keadaan! Hero akan di puji, di puja, di jadikan idola , di jadikan sumber inspirasi dan gaya kehidupan! Seronok kan kalau dapat jadi Hero.

Aha! kita perlukan Hero dalam filem. Kita perlukan Hero dalam keluarga. Kita perlukan Hero juga dalam organizasi!
Kita perlukan Hero dalam keluarga sekurang kurang nya seperti watak Abdul Wahub ( Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam cerita tiga Abdul ) sebagai pengimbang, penyelesai masalah dan pemandu keluarga.
Kita juga perlu kan Hero dalam tempat kerja. Ada banyak scene cemas, marabahaya dan kritikal di tempat kerja. Sama macam dalam filem. Dan ini lah scene scene cemas yang sebenar nya! Hero nya kadang lambat, kadang langsung tak ada, kalau ada pun tak gagah, dan kadang kadang langsung tak ada yang tampil kedepan untuk menjadi Hero!
" Sometimes, when everyone else is waiting for someone else to take the first step, you need to be the one to drive the change"- Robin Sharma.

Banyak adegan cemas dalam organizasi, masalah kualiti, masalah kekurangan profit, masalah pekerja, masalah produktivity dan macam macam lagi. Don't always witness things happened, but be the Hero or Heroin to lead it.

Bacalah bagaimana Jack Welch meningkatkan G.E, Bacalah bagaimana Carlos Ghosn rescue Nissan dan lihatlah bagaimana Tun Dr Mahathir Mohammad mengubahkan Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang. They are all Heroes, and I believed you could also be one based on your respective roles!

Watch some great movies and take the Heroic characters such as smartness, greatness, sharpness as your thought of the day, go and listen to some hot musics, music that can burn your heart to be a Hero.

I myself does that most of the time before starting my work in the morning. I listened to Rock you like a Huricanne, Sivaji the Boss, Baasha, Don, Mission Impossible, Staying Alive, Final Countdown, Eye of the Tiger, Die Another Day and many others. While hearing, I saw my self walking, performing like a champ, like a Hero, like James Bond, Rock Star ! Entering my work place or training dance floor with superstar approach in practice and mind.
" Music will help. A lot. It wll make every moment better. It is the soundtrack to a brilliant life "
- Robin Sharma.

I had plenty of such kinds sountracks for me and my training programs!

And of course, being a Hero, I need to do someting to proof it either while conducting Training programs or work results!
Something that can be an eye cathing or make some of the people thingking that , wow! he's the Man!

Talking about that, Cik Fame, you re one the Heroin, thank you for welcoming me for the visit of last week at your place. There is no words to describe your progress of improvements! Wonderfull! Great! rupa nya anda telah melaksana kan lebih daripada apa yang Masterji ajar. Bagus! Tempat kerja yang bertaraf 1st class. Anda contoh yang cemerlang.
Pengarah Urusan anda telah begitu gembira menunjuk kan trophy pertandingan International Kaizen yang telah anda perolehi! Go foward and don't stop.


Pada Cik atau Puan Wanita Bertudung Hijau , thank you for your comments in 2020. Ya benar ramai orang suka Tun Dr Mahathir Mohamad terutama sekali bila beliau berbicara. Selamat Berkenalan, sila lah berikan pandangan dari masa ke semasa dan berkongsilah pengetahuan. Thank you. Pernah kah kita bertemu? Maaf kalau Masterji tak ingat ya.

Apa pun , ingat... Kita mesti jadi Hero.

Saturday, January 8, 2011

Blanco


Suatu pagi, di dalam satu meeting, Seorang Manager sebagai ketua jabatan bersama sama dengan beberapa penyelia berkaitan pemilihan calon calon untuk kenaikan gaji dan pangkat.

Manager : " Err... baik , kita mula kan dengan cadangan daripada anda sebagai penyelia tentang calon anda dan of course mesti lah yang cemerlang., rekod kedatangan harus lah baik kerana kita kena pilih Ast. Supervisor yang baru".

Penyelia satu : " Saya cadangkan , staff saya Mr A , rekod kedatangan 95% average"

Manager : " Err...Mr A, Mr A...( Tak berapa pasti ), " Mr A ...yang mana satu ya , atau ada tak perkara perkara yang lain yang boleh buat saya dapat image Mr A?"...

Penyelia satu : "Seorang pekerja senior , pakar membaiki mesin mesin dan bekerjasama dan bertugas di group T".

Manager : " Err... Siapa ya...emm, tak dapat lah image nya dan pattern kerja dia"..." Yang lain lain kenal tak Mr A ni"..?

Yang lain lain : Senyap. ( Kurang pasti )

Penyelia satu : ???#????#!???? ( Buntu, Blur ).

Aha ! Therefore make your self visible when your work! Get yourself to be noticed! Don't blanco your self! Expose yourself to various levels, be smart! Sometimes working hard and being silent may not make yourself known to others.

Your workplace location could be very far and hidden from area of attention but that doesn"t mean yourself is also hidden!

Listen, if there is 1000 employees in the workplace, it's difficult to know or recoqnise anyone except you come out and let your self to be known.

Many ways can make yourself exist and visible in the workplace:
1. Come early! Come to work and be at your table before your boss come everyday.
2. Make sure you have at least one item to report to your boss daily.
3. Be award winners! even small amount or small gift as long as you are given the gift in front of everyone. Even if it's for poster drawing competition! if there is any department competition, participate it and make sure your department take any prize within 1st to 3rd.
4. Got the look. Walk, sit, talk with styles. If you're clerk do practice Managerial Style! Practice it at home. Don't be shy. It's for your benefits. Invest in your self!
5. When you are given chances to talk infront of others, grasp it! A proper and interesting 5 minutes talk may make the whole Management team key people recognised you! 5 minutes for many years to come and it's worth it!
6. Take your work approach always has the something new and different compare to others.
7. Be impressive with your words! Use the right words when you are in important session. Relates your words to company mission, policy, system and some powerfull management words but not to complicated.
8. Take any voluntary jobs for the company during any big events such as , sports, dinner or anything. Someone from the management teams will surely notice you!

And many other ideas besides the above 8. Be sparkle, Be visible, Be bold, Shinning, and don't blanco your self.
Remember , One of the reason , you are not promoted or recoqnised is because your name only exist in the pay roll, but no body know who are you and what are you are doing. Therefore stop complaint and show where are you in the work place and what are you. Try it! Don't Blanco your self.

Kata Encik Azaman, jual diri!

Terimakasih pada semua komen dari pembaca. Thank you to Brader Naz, Selamat Tahun Baru. Sedap key words anda: Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Biarlah hari esok lebih baik dari hari ini. Best! Very good. Ya, Biar lah hari esok lebih baik dari hari ini, so be sparkle and visible!

Cik Fame, the way you smile is one of the reason you are visible besides your work achievements. Good.

Thursday, January 6, 2011

2020!



Tun Dr Mahathir Mohamad, satu nama yang cukup popular. Cara kepimpinan beliau membawa banyak kejutan dan pujian. Apa pun, jauh di sudut hati ramai rakyat Malaysia, perkataan beliau hebat, tersemat kemas di hati dan minda masing masing.

Banyak jasanya untuk negara dan rakyat. Bagi sesiapa yang memahami konsep leadership yang sebenarnya, akan dapat mengenali dengan jelas apa kehebatannya dan juga pemikirannya dan yang paling penting apa itu sebenarnya kaedah kepimpinan.

Bagi saya, beliau punyai balance leadership approach di antara Democratic dan Autocratic. Konsep kepimpinan sebenar nya berlandaskan pada situasi sesuatu misi, keadaan dan keadaan pengikutnya. Tak semestinya Democratic memanjang, ada kala untuk melaksanakan perubahan , kita harus tegas dan berpendirian kukuh.

Seorang pemimpin yang bersuara lantang, Straight From The Gut,
Seorang pemimpin yang punyai hala tuju, Visionary Leaders,
Seorang pemimpin kalis peluru , Do the right thing not the popular thing.
Dan banyak lagi, terutama Chief of making transformation!

Ketika itu di pertengahan tahun 1990 an, saya bekerja sebagai training officer sedang berbicang dengan seorang kakitangan Jepun perihal leadership training. Ayat yang di keluarkan dari mulut kakikatangan berkenaan memeranjat kan saya, " Your PM is popular in Japan..Dr Mahathir, "....katanya.

Saya ucapkan terima kasih dan tanya kenapa popular ? " Your PM, had clear target..., 2020".. and ," If you had clear target, very clear also for many things"...kata nya.

Mereka rata rata nya memuji wawasan 2020 dan idea untuk punyai satu tahap sebagai direction dan hala tuju. "Clear Leadership" kata mereka.

Termenung juga saya selepas itu, jauh di sudut hati, tumpang berbangga dengan cara Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau faham benar konsep "Leader sometimes is a lonely person".

Saya minat apabila beliau berada dalam sessi wawancara, jawapan nya jelas, tersusun dan kreatif. Beliau sering menjawap soalan tanpa "err...."yang panjang. Spontan dan kadang kala jawapannya menarik perhatian. Cara beliau bercakap sedikit sebanyak berjaya menterjemahkan Malaysia dalam keadaan yang lebih baik dan punyai kehebatan yang tersendiri di mata dunia.

Akhbar Berita Harian tarikh 6 January, 2011 melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad di temu bual oleh penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza.

Bagi saya, beliau punyai formula yang berkesan dalam kaedah kepimpinan. Thank you to all your leadership effectiveness and positive changes that you had cultivated in Malaysia. Thank you also for your look east policy, where it has brought many working and learning opportunities! Thank you Sir.

Terima kasih pada semua komen yang di berikan untuk entri semalam dan kelmarin GrandKids.
Yes , Cik Fame, sure kita akan di kenang generasi akan datang! Bukan saya sahaja malah anda dan lain lain di dalam blog ini! Blog ini juga banyak berkongsi kisah Pn Noor Jahan. Satu hari nanti, beritahu pada cucu anda, siapa anda dalam blog Masterji! Untuk kita bersama dan juga semua pembaca yang lain.

Dan kalau setahun dua ini, Masterji menekan butang yang tepat, blog ini akan menjadi sejarah yang gemilang! Saya ada keyakinan. Insyaallah.

Wednesday, January 5, 2011

HERE I AM : 78!


"Kita tidak boleh malu dan kejayaan hari ini menaikkan semangat saya untuk terus berusaha dalam semua aspek"..
"Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu, meskipun sukar, saya tetap kan pendirian untuk terus berusaha".

Akhbar harian Metro pada 3 January 2011, melaporkan pesara kerajaan Mohamed Hasan berumur 78 tahun berjaya mendapat diploma Eksekutif Kaunseling dari UMCCed , Universiti Malaya.

"Usia bukan penghalang menuntut ilmu"...katanya lagi.

Dapat diploma pada umur 78 tahun! Hebat ! Masterji sendiri rasa terpukul dengan pencapaian Pak Cik Hassan. Selagi bernafas, selagi itu berusaha, Never Quick and Don't.

Ramai yang memberikan alasan apabila umur dah lebih, tak boleh sambung belajarlah, masa tak cukuplah, tiada apa yang mahu dikejar lagi lah... dan macam macam. Tetapi Pak Cik Hassan membuktikan, semua alasan itu boleh di ketepikan.

Sebagai pesara, mungkin pencapaian ini adalah untuk nilai diri nya. Sejauh mana dia bisa pergi. Dan ketika berumur 78 tahun untuk duduk dan sambung belajar bukan sesuatu yang mudah.

Apa pun ada 2 key words yang cantik dari beliau:
" Kita tidak boleh malu"
"Usia bukan penghalang"

Yang lain macam mana?

Ingat ya, here I am : 78!

Terima kasih untuk semua komen yang di berikan. Aha... Pn Noor Jahan kena komen cerita Pak Cik Hassan nie ya.

Hah! Encik Azaman dah return back in action, cantik komen pasal bolasepak negara. Ohhh...minat ngan Chelsea ya. Saya juga risau dengan perkembangan terbaru bolasepak negara. Suka dan gembira kerana menang tetapi risau kerana sambutan yang pelbagai. Risau jadi terlalu selesa. Apa pun saya tenangkan fikiran dengan alasan, sambutan semua itu di buat untuk membakar semangat. Turning point celebration. Turning Point Rewards! Turning Point Encouragement bak kata PM kita.

Saya juga menonton permainan tempoh hari dan nampak skill permainan yang tinggi dan terpikat dengan saudara Safee Sali. Nampak kuat, berisi dan tak goyah orangnya.

Beginilah, apa kata kita berikan sokongan padu dan pujian dari jauh. Saya ada keyakinan mereka boleh pergi jauh cuma kadang bila dah jadi star ni, kita cepat melenting walaupun kerana hal yang kecil. Harap tidak jadi begitu.

Thank you for your comment Encik Azaman.

Terima kasih juga pada Roy, sms di awal pagi, 5.45 am perihal entri semalam, Grand Kids. Ha ha ha, tinggalkan hutang. Roy kata , atuk zaman moden kena tinggalkan hutang pada next generation.

Apa pun, jangan lupa umur 78 tahun masih bisa mendapat diploma. Pak Cik Hassan boleh, anda boleh, kita boleh! Jom Berusaha.........

Tuesday, January 4, 2011

Grandkids


Sebatang pokok durian yang di tanam akan memakan masa yang lama untuk membesar, bertahun juga. Atuk atau pun nenek kita yang menanamnya belum tentu sempat memakan hasil nya. Tetapi untuk generasi mereka yang akan datang.

Sedang saya membelek belek gambar lama ketika cuti tahun baru untuk di muatkan ke album baru, saya melihat sekeping gambar usang. Gambar seorang wanita yang rajin, manis wajahnya dan gigih orangnya. Wajah yang pernah membantu saya mengenali dunia dan memberi makan pada saya.

Banyak masa saya yang habiskan sewaktu di alam kanak kanak bersamanya. Taat menjaga saya dan adik. Sedih ketika menatap gambar tersebut. Gambar arwah nenek saya semasa muda.

Gambar berkenaan membuat saya terkenang akan fitrahnya sebagai seorang nenek dan sebagai seorang wanita waja yang berhati cekal .Meninggal dunia pada usia 85 tahun pada tahun 2006 di atas pangkuan saya pada hari yang ke sembilan belas berpuasa. Jelas di mata saya ketika itu kenangan yang terakhir bersamanya.
Saya terpaksa menangguhkan program latihan pada hari esoknya.

Arwah Nenek ,...emm ketika saya menatap gambarnya tempoh hari, pantas dan begitu cepat memori perihal success story beliau.Banyak dan terlalu banyak success story beliau. Arwah nenek tidak tahu membaca dan hanya tahu untuk sign dan mengira wang. Wanita yang tidak pandai membaca ini dapat dapat menampung kehidupan keluarga dengan cekal dan sabar.

Pakar memasak nasi lemak, pakar dalam kemahiran pertukangan dan penjagaan kesihatan. Sihat. Senaman baginya amat lah penting. Sepanjang hayatnya, arwah nenek tiada diabetes, darah tinggi, ataupun sakit sakit lain.

Arwah nenek pakar dalam perniagaan nasi lemak. Sold out! Habis segera dan tiada pernah berbaki. Satu kesilapan kerana selepas itu tiada yang semahir arwah nenek dalam masakan nasi lemak. Rugi rasa nya. Dulu, nasi lemak hanya di waktu pagi tetapi sekarang pagi, tengahari, petang dan malam. Dengan resipinya , saya yakin boleh buat duit zaman ini! Nasi Lemak banyak menolong saya mendapatkan wang saku sekolah. Saya bantu menjual di sekolah dan senarai permintaan bertambah dari sehari ke sehari dan cuma berhenti sebab dah nampak lebih pada usahawan dan bukan pelajar, ha ha ha....
Dua success story yang paling ketara berkaitan arwah enek, pakar memasak nasi lemak dan pakar dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Arwah nenek popular kerana nasi lemaknya.

Arwah Atuk seorang yang popular di bandar Klang. Berkain pelikat, baju lengan pendek , berkopiah putih, hanya berbasikal ke sana ke sini bersama sarung guni yang di ikat kemas di basikalnya. Kebanyakkan tuan punya kedai di bandar Klang ramai yang mengenalinya termasuk satu dua pasaraya. Hebat macam James Bond. Bahasa Inggerisnya hebat. Kerjanya masuk dari satu kedai ke satu kedai.

Selalu terserempak dengan beliau sewaktu bersekolah rendah dan menengah di Bandar Klang belas tahun dahulu. Beliau pakar dalam accounting. Pakar dalam bidang simpanan kira kira. Pakar dalam Debit , Kredit, pakar dalam Profit and Lost, pakar dalam account balancing! Hari hari asyik mengambil upah dalam bidang berkenaan. Hujung tahun adalah hari hari yang paling sibuk untuknya.

Banyak tokeh tokeh kedai yang mengenalinya. Ada yang mengatakan " awak punya datuk, banyak pandailah itu kira kira, saya ada satu dua bulan mau kira, dia satu jam juga"... testimonial yang di berikan pada arwah atuk dan saya sendiri mendengarnya.

Bangga saya mendengarnya. Begitu juga perihal nenek dan atuk orang lain. Masing masing dengan sucesss story mereka. Ada yang menjadi pakar perang yang terkenal, ada yang menjadi polis yang terkenal, ada yang menjadi lawyer atau pun doktor yang terkenal. Ada juga yang jadi Cikgu Silat terkenal. Kita yang menjadi cucunya mesti bangga kan. Aha ! itu part mereka, part kita macam mana? They've got their success story to be shared with 2nd or the next generation. Kita bagaimana? Ini mesej yang sebenar nya Masterji nak sampaikan. Apa yang boleh kita jadikan bahan kebanggaan pada mereka. Apa yang boleh buatkan mereka jadikan idola dan bahan motivasi perihal kejayaan kita? Salah satu cara untuk berjaya dalam hidup ini ialah bagaimana kita mahu cucu, cicit dan generasi selepas itu mengenali kita dan bangga dengan kita. "Wah , Atuk aku dulu, terrer lah... dia bekas seorang CEO yang terkenal lah"... sedap di dengar bukan perkataan begitu daripada generasi kita yang akan datang. Bayang kan lah kalau generasi kita yang akan datang kata " Cis,.. Atuk aku ni apalah,... Atuk orang lain kumpul ijazah, atuk aku kumpul report polis aje..hisshh". Tentu tak sedap di dengar bukan.

Bak kata Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika berborak dengan rakannya, Dato Aziz Satar sebelum meninggal dunia, " Aku akan tetap di kenali seribu tahun lagi...".

Make extraordinary success, something that you can tell your grandkids about. Something that can tell, them, "hey hey hey...I've done my part , what's yours and when'?

Therefore, kita harus tinggalkan sesuatu dan berazam ia pasti terjadi! Another way to shift our mind set. Leave clues for success to our grandkids!

Thak you for all comments given. Pn Noor Jahan, cuti cuti pun membaca juga ya. Hebat dan rajin!
I like your quotes "Don't quack like a duck, soar like eagle". Dan pesanan anda tentang, don't turn back when your mission is clear, go for it!

Encik Azaman cuti panjang katanya. Hujung tahun. Pi cuti mana ya tu agak nya.
Bonus banyak ni kot.

Thank you for many sms wishes for HAPPY NEW YEAR. Thank you.

Pada Haji Zul, saya harap apa yang saya kirimkan , menepati keperluan anda tempoh hari. Let's keep in touch ya.

Pada pembaca yang lai, terimakasih kerana sudi meluangkan masa anda bersama blog ini.