Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, January 5, 2011

HERE I AM : 78!


"Kita tidak boleh malu dan kejayaan hari ini menaikkan semangat saya untuk terus berusaha dalam semua aspek"..
"Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu, meskipun sukar, saya tetap kan pendirian untuk terus berusaha".

Akhbar harian Metro pada 3 January 2011, melaporkan pesara kerajaan Mohamed Hasan berumur 78 tahun berjaya mendapat diploma Eksekutif Kaunseling dari UMCCed , Universiti Malaya.

"Usia bukan penghalang menuntut ilmu"...katanya lagi.

Dapat diploma pada umur 78 tahun! Hebat ! Masterji sendiri rasa terpukul dengan pencapaian Pak Cik Hassan. Selagi bernafas, selagi itu berusaha, Never Quick and Don't.

Ramai yang memberikan alasan apabila umur dah lebih, tak boleh sambung belajarlah, masa tak cukuplah, tiada apa yang mahu dikejar lagi lah... dan macam macam. Tetapi Pak Cik Hassan membuktikan, semua alasan itu boleh di ketepikan.

Sebagai pesara, mungkin pencapaian ini adalah untuk nilai diri nya. Sejauh mana dia bisa pergi. Dan ketika berumur 78 tahun untuk duduk dan sambung belajar bukan sesuatu yang mudah.

Apa pun ada 2 key words yang cantik dari beliau:
" Kita tidak boleh malu"
"Usia bukan penghalang"

Yang lain macam mana?

Ingat ya, here I am : 78!

Terima kasih untuk semua komen yang di berikan. Aha... Pn Noor Jahan kena komen cerita Pak Cik Hassan nie ya.

Hah! Encik Azaman dah return back in action, cantik komen pasal bolasepak negara. Ohhh...minat ngan Chelsea ya. Saya juga risau dengan perkembangan terbaru bolasepak negara. Suka dan gembira kerana menang tetapi risau kerana sambutan yang pelbagai. Risau jadi terlalu selesa. Apa pun saya tenangkan fikiran dengan alasan, sambutan semua itu di buat untuk membakar semangat. Turning point celebration. Turning Point Rewards! Turning Point Encouragement bak kata PM kita.

Saya juga menonton permainan tempoh hari dan nampak skill permainan yang tinggi dan terpikat dengan saudara Safee Sali. Nampak kuat, berisi dan tak goyah orangnya.

Beginilah, apa kata kita berikan sokongan padu dan pujian dari jauh. Saya ada keyakinan mereka boleh pergi jauh cuma kadang bila dah jadi star ni, kita cepat melenting walaupun kerana hal yang kecil. Harap tidak jadi begitu.

Thank you for your comment Encik Azaman.

Terima kasih juga pada Roy, sms di awal pagi, 5.45 am perihal entri semalam, Grand Kids. Ha ha ha, tinggalkan hutang. Roy kata , atuk zaman moden kena tinggalkan hutang pada next generation.

Apa pun, jangan lupa umur 78 tahun masih bisa mendapat diploma. Pak Cik Hassan boleh, anda boleh, kita boleh! Jom Berusaha.........

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tahun Baru 2011

Maaf kerana terlewat mengucapkan salam tahun baru. Lama tak hantar komen.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah yang dibuktikan oleh pak cik ni, walaupun berusia 78 tahun tapi masih mampu untuk mengenggam diploma. Berusaha tangga kejayaan.Membaca menambah ilmu. Orang berilmu akan dihormati.Semua orang boleh berjaya jika berusaha dengan tekun & gigih. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Biarlah hari esok lebih baik dari hari ini.

Nazurin Osman (coconut group)....dont drink petrol....harga sudah mahal...hahaha